Bercuti Di Tepian Gunung Dan Sungai Di Kedah, Port Menarik Untuk Bawa Keluarga Bercuti!

0 70,748

Kalau sebut sahaja negeri Kedah, mesti terbayangkan jelapang padinya yang terbentang luas. Bayangkannya sahaja di fikiran dah boleh merasai suasana damainya. Namun masih ramai tak tahu bahawa negeri Kedah ni juga seronok diterokai lagi. Bukan sahaja sawah padi, malah kaya dengan lambang alam semula jadi yang lain seperti air terjun, pantai dan gunung-ganang. Bercuti di tepian gunung dan sungai pasti menjadi idaman setiap orang.

 

Sebagai contoh penginapan yang ada di Baling, Kedah ni!

Penginapan ni dinamakan Chalet Asyuk Maju yang terletak di Kampung Pantai Pulai di daerah ni.

Apa yang menariknya, ianya terletak bertentangan dengan Gunung Baling yang besar dan tersergam indah di hadapan mata sahaja.

 

 

Sungai pula terletak betul-betul bersebelahan dengannya. Alangkang tenangnya bila dapat berkelah dan mandi sungai kawasan pergunungan sebegini kan.

 

Air sungainya yang sejuk, jernih dan sangat luas amat sesuai untuk mandi manda beramai-ramai dengan keluarga.

 

 

 

Apabila pengunjung datang ke sini dalam keadaan cuacanya yang begitu cantik dan tak hujan, inilah masanya anda dapat menikmati keindahan pemandangan sungai yang luas, dan berhadapan pula dengan gunung yang ada bentuknya tersendiri. Pasti ianya memberikan percutian alam semula jadi yang tak kan dapat dilupakan.

 

Penginapan jenis chalet yang ada di sini berada dalam suasana perkampungan yang tenang di kaki gunung. Halamannya luas dan ada kolam renang mini sesuai untuk anak-anak. Memang port sesuai untuk tenangkan jiwa dan rehatkan diri disebabkan adanya pemandangan gunung dan sungai tu.

 

 

 

Bukan itu sahaja, nak berjalan-jalan sambil berbasikal di sekitar kampung pun boleh juga. Selain tu, pengunjung dapat juga melakukan aktiviti seperti memasuki gua dan memancing. Semua tu boleh dilakukan di sini.

Di chalet ni terdapat 8 unit penginapan yang bermacam jenis:

Yang pertamanya Chalet Kayu. Chalet ni mempunyai 1 unit yang terdapat katil queen, tv siaran Njoy, penghawa dingin dan kipas. Di dalamnya boleh memuatkan sehingga 4 orang.

 

Keduanya pula ialah Chalet Biru. Chalet ni juga ada 1 unit. Boleh memuatkan 4-5 orang dalam satu masa, di dalamnya ada kemudahan katil queen dan single, tv siaran Njoy, penghawa dingin dan kettle.

Ketiganya ialah Chalet Strawberi. Chalet ni juga ada 1 unit yang boleh memuatkan 3 orang. Di dalamnya ada katil queen, penghawa dingin, tv dan heater.

 

Seterusnya ialah Chalet Manggis yang turut ada 1 unit. Dengan kemudahan katil queen, penghawa dingin, tv dan heater, ianya boleh memuatkan 3 orang tetamu.

 

Selain dari tu, di sini ada juga Chalet Hijau Berkembar yang mempunyai 2 unit. Boleh memuatkan 4-5 orang, di dalamnya terdapat katil queen dan single, tv siaran Njoi, penghawa dingin dan kettle.

 

 

 

Dan akhir sekali ialah Chalet Putih Berkembar yang ada 2 unit. Kemudahan di dalamnya juga ialah katil queen dan single, tv siaran Njoi, penghawa dingin, iron dan heater. Chalet ni boleh memuatkan 4-5 orang.

 

Harga kesemua chalet di sini ialah RM130/unit untuk satu malam.‍‍‍‍‍‍

Sekiranya ada lebihan orang, tetamu boleh menyewa set toto, bantal, dan selimut dengan harga RM20 sahaja.

Kali ni di Yan pula! Sesiapa yang ingin buat hari keluarga di kawasan perkampungan yang ada kolam renang bersumber air sungai, jom ke Chalet Rimbun Hijau ni!

Aktiviti paling santai dan best yang boleh dibuat di sini dah tentu berkelah tepi sungai dan berbbq. Sambil-sambil berkelah tu, dapat duduk menghadap gunung-ganang yang tersergam indah depan mata. Kena pula dengan udara sejuk dan nyamannya, sungguh menenangkan.

Bagi yang berminat nak ber’camping’ di sini, boleh menyewa khemah RM15 untuk seorang, RM20 untuk 2 orang atau RM25 untuk 3 orang.

Dah berkelah tepi sungai ni, seronok pula dapat masak dan menjamu selera beramai-ramai dengan keluarga kan. Di sini turut menyediakan peralatan memasak yang boleh disewa. Kadar harganya ialah:

▶️ Dapur gas RM25/hari

▶️ Bbq kecil dan 1 arang RM25/hari

▶️ Bbq tong dram RM50/hari

▶️ Peti sejuk dan pinggan mangkuk ada disediakan. Cuma kena bawa periuk nasi sendiri.

Tambahan lagi, sesiapa yang ingin membuat aktiviti masuk gua, boleh ikuti trip dan pakej yang disediakan. Pakej ni termasuk Gua Jepun, Gua Merah, Gua Seronok, Black Ladder dan Scary Stone. RM35 je untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak termasuk makan tengahari dan peralatan. Bolehlah buat sebagai penambahan aktiviti sepanjang bercuti di tepian gunung dan sungai di Baling Kedah ni.

 

 

 

Nama: Chalet Asyuk Maju

Alamat: Kampung Pantai Pulai, Baling Kedah

No phone: 019-305 8992 / 013-701 7343 / 013-958 2900

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/