Buka Pintu Je Terus Nampak Sungai! Jom Bercuti Ke Chalet Betul-Betul Depan Sungai Kawasan Kampung Di Raub!
Jika rindukan suasana kampung yang nyaman, memang seronok dapat pergi ke tempat-tempat yang ada bunyi deruan sungai. Sejuk, nyaman dan tenang je. Kalau anda nak bercuti ke kawasan Pahang, moh menginap di Chalet Pak Teh D’Sg Klang Raub ni. Tempat ni keistimewaannya chalet betul-betul depan sungai. Pasti anda terpegun dengan kecantikan tempat ni.
Bawa anak-anak kat sini mesti mereka seronok sebab air sungai tak begitu deras dan dalam. Dan paling best air sungainya jernih boleh nampak dalam kalau cuaca cantik. Memang akan menghabiskan masa mandi sungai je nanti kalau bercuti ke sini.
Kalau tengok penginapan kat sini simple je, tidaklah seperti chalet mewah lain. Tapi yang seronoknya, ianya menjanjikan suasana kampung. Kalau anda sukakan suasana kampung yang menghijau, tempat ni memang sesuai untuk anda.
CHALET SERENDAH RM70
Chalet kat sini ada beberapa jenis, dan harganya serendah RM70 je. Dan untuk chalet yang lebih besar pun tak lebih RM100. Berbaloilah dengan penginapan yang disediakan. Ada yang buat hari keluarga di sini, buat aktiviti mandi sungai, berbbq dan berkhemah.
Tempat untuk berbbq dan gazebo pun ada disediakan untuk anda bersantai-santai bersama keluarga. Murah je tempat sewanya. Boleh dikatakan tempat ni percutian bajet keluarga. Yang penting suasana nyaman kawasan kampung tu lebih mahal nilainya.
Pemandangan kat sini memang penuh dengan pokok-pokok dan sungai je. Beberapa buah chalet tu bila buka je pintu terus nampak deruan sungai. Inilah kelebihan utama tempat ni. Boleh tenangkan diri sekejap jauh dari kesesakan bandar.
Klik sini untuk Percutian Tenang Dan Santai Menghadap Pantai, Jom Ke Chalet Depan Laut Di Pantai Balok Ni.
BERKELAH, MAIN ATV
Ramai yang datang ke sini bawa macam-macam bekalan makanan, periuk dan kuali portable. Dapat masak-masak berlatar belakangkan suasana menghijau. Sambil-sambil tu pula menghadap air sungai mengalir. Memang seronok!
”Nak cari mini portable stove sesuai untuk camping boleh dapatkan kat sini. >> https://shp.ee/mxu249m ”
Selain aktiviti mandi sungai, berkelah dan bersantai, dekat sini pun ada aktiviti ATV. Anda boleh pusing-pusing kawasan kampung dan ladang sawit. Ambil suasana nyaman yang mungkin tak dapat di luar sana. Pengalaman baru jugak tu bagi yang belum pernah rasa naik ATV. Semua ni pihak chalet ada sediakan!
Mengikut cerita pengunjung yang pernah sampai kat sini, walaupun chalet ni kawasan kampung, tapi masih ada lagi line phone. So bagi yang ada urusan kerja, atau nak update social media tu, memang tiada masalah.
Kalau anda tak nak masak atau nak cari makan di luar, dekat berhampiran chalet ni masih ada kedai makan. Kedai runcit yang simple-simple untuk keperluan asas pun ada. Jadi kalau terdesak atau nak cari bekalan makanan pun boleh cari di luar.
Teruja rasanya tengok gambar-gambar suasana kat chalet ni. Chalet depan sungai ni memang menjadi idaman percutian setiap orang. Rindu pula suasana kampung kan! Kalau nak merasa pengalaman menginap suasana yang penuh menghijau dan deruan sungai, bolehlah pergi ke tempat ni.
Cuma perlu hati-hati dengan musim hujan. Tunggulah musim hujan ni reda, barulah boleh plan ke sana.
Nama dan alamat: Chalet Pak Teh D’Sg Klang Ulu Sungai, 27600 Raub Pahang
No phone: 019- 9783327
Email: [email protected]
Facebook: Chalet Pak Teh D’Sg Klang, di Ulu Sungai, Raub, Pahang