Chalet Pemandangan Air Laut Biru Kehijauan, Antara Penginapan Best Pulau Tioman

0 4,879

Pulau Tioman antara pulau yang terkenal dan sering sangat menjadi destinasi pelancong dari dalam atau luar negara disebabkan keindahan air laut dan suasana hutan-hutan tebal yang berada di sini. Tak terkata nikmatnya kalau dapat pula menginap di chalet yang memiliki keindahan pemandangan di sekitarnya. Antara yang boleh menjadi pilihan ialah Bushman Chalet iaitu merupakan salah satu penginapan yang best di Pulau Tioman ni.

 

Memiliki pemandangan pantai yang cantik, pasir lembut bewarna putih, dan air laut warna turquoise, panorama kat sini boleh dikatakan seperti di oversea! Dari balkoni bilik dah boleh melihat view laut dan daun pokok kelapa melambai-lambai. Terasa begitu tenang.

 

 

Kalau bercuti di pulau ni, pengunjung betul-betul akan dapat menikmati true nature. Mana tidaknya, persekitaran kawasan dipenuhi dengan hutan yang menghijau. Penginapannya pula menghadap pantai. Tambahan lagi pengunjung berpeluang untuk melihat sunrise dan sunset pada waktu pagi dan petang disebalik lautan yang indah sebegini.

 

 

Kalau terlalu asyik dengan suasana tenang macam ni, jadi tak kisah berjauhan sebentar dari bandar dan hiburan-hiburan yang biasa kita nikmati di luar. Dapat mencuci mata dan menghirup udara segar tanpa pencemaran sepenuhnya di sini.

 

Yang bertambah menariknya, pantai di sini luas dengan adanya pasir halus dan lembut. Berehat santai kat depan pantai ni sudah semestinya menjadi aktiviti wajib sepanjang percutian di sini. Dan bagi mereka yang kaki bergambar tu jangan melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di sini. Pemandangannya sangat instaworthy.

 

 

 

Dinamakan Bushman Chalets Tioman, kedudukan penginapan ni mengadap pantai Kampung Juara, dan terkenal sebagai salah satu chalet yang cantik dan bersih di pulau ni.

Chalet di sini dibina dengan kampung style, selesa beserta dengan kelengkapan aircond dan mini fridge. Ditambah lagi dengan balkoni teres untuk tetamu berehat sambil menikmati udara nyaman dari pantai.

 

 

 

 

Harga bilik penginapan di sini pun boleh dikatakan berpatutan. Pakej penginapan yang ada ialah Bilik untuk 2 orang dengan harga RM100/malam, Bilik 3 orang dengan harga RM120/malam dan Bilik 4-5 orang dengan harga RM150/malam.

 

 

 

Dengan tilam yang empuk dan bilik yang bersih pasti akan bagi keleselaan pada tetamu sepanjang bermalam di sini.

 

 

 

Harga ni untuk penginapan sahaja dan tidak termasuk sarapan pagi dan trip dari jeti ke Juara. Namun pengunjung boleh buat tempahan trip ke jeti yang pihak chalet cadangkan.

Bukan tu sahaja. Pelbagai lagi pakej untuk aktiviti-aktiviti menarik yang pihak chalet turut sediakan. Contohnya aktiviti snorkeling, memancing dan melawat air terjun.

Ini antara pakej yang ada di sini:

TRIP A 4×4:

  • Pergi dan pick up Marine Park untuk aktiviti sendiri
  • Duty free
  • 9.30am – 3pm
  • RM70/pax (minimum 2 orang)

TRIP B 4×4:

  • Transport pergi balik ke Tekek (Berjaya)
  • Snorkeling ke Pulau Rengis
  • 9.50am
  • RM100/pax (minimun 2 orang)

FUN TRIP (SHORT)

  • Snorkeling untuk 3 stop sekitar Juara
  • RM80/pax (minimum 5 orang)

Nak ke Pulau Pangkor pula? Klik sini untuk lihat chalet indah depan pantai yang tenang dan nyaman di pulau ni!

TRIP MEMANCING

  • RM350 (3 jam)
  • Maximum 4 orang
  • Extra jam (RM50/jam)

BOAT TRIP A CORAL ISLAND

  • Snorkeling di Pulau Tulai (2 @ 3 stop)
  • Lunch di Salang
  • Snorkeling di Pulau Soyak
  • RM120/pax (minimum 6 orang)

TRIP CORAL + ROUND ISLAND

  • Air Terjun Asah
  • Pulau Rengis
  • Lunch di Salang
  • Coral Island (2 stop)
  • 9.30am – 4pm
  • RM180/pax (minimum 6 orang)

TRIP WATERFALL

  • 2 stop snorkeling
  • Air Terjun Asah
  • Termasuk sandwich tuna dan air mineral
  • RM100/pax (minimum 6 orang)

CORAL ISLAND HALF DAY

  • 3 stop untuk snorkeling
  • RM90/pax (minimun 6 pax)

Selain dari tu antara tarikan lain di penginapan best Pulau Tioman ni ialah restorannya yang ada pelbagai hidangan makanan yang sedap-sedap. Terutamanya menu western. Dengan adanya pizza, burger, nasi dan mee goreng, bbq, milk shakes dan macam-macam lagi, pengunjung tak perlu risau untuk dapatkan makanan apabila menginap di sini.

 

 

 

 

 

Pemandangan cafenya pada waktu malam pun amat cantik, tenang dan mendamaikan.

 

Jadi bagi sesiapa merancang percutian ke Pulau Tioman tu, bolehlah masukkan chalet depan pantai ni dalam list port penginapan anda sepanjang bercuti di sana.

Nama: Bushman Chalets Tioman

Alamat: Kampung Juara Pulau Tioman, Kampung Tekek, Pahang

No phone: 013-781 0005

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100