Chalet Air Terjun Di Rantau Panjang Perak, Port Terbaik Untuk Bercuti Dan Berkelah
Dengar air terjun je, terus terbayang keseronokan mandi manda air sejuk dicelah-celahan batu. Lagi seronok kalau dapat berkelah dan bermalam kat kawasan alam semulajadi macam ni. Chalet air terjun di Rantau Panjang ni menjadi salah satu tarikan percutian di negeri Perak.
LATA TEBING TINGGI
Air terjun ni dah biasa menjadi port berkelah oleh orang tempatan atau dari luar negara. Terletak 15 km dari Pekan Selama dan 10 km dari pekan rantau Panjang, air terjun ni tak la terlalu jauh untuk dijejaki.
Ianya antara menjadi pilihan dalam banyak-banyak port berkelah di serata Perak sebab kawasannya yang bersih, tempat mandi yang luas dan tak begitu banyak batu dan dalam. Seronok untuk mandi manda sakan.
Lagi bertambah syoknya tu, dapat pula menginap kat kawasan air terjun yang sejuk dan nyaman, sambil ditemani bunyi-bunyi air masa tidur waktu malam.
CHALET TEPI AIR
Antara tarikan penginapan kat air terjun ni ialah D’Lata Chalet. Chalet ni dibina berhampiran dengan air terjun. Boleh nampak air terjun depan mata je. Sesuai dengan suasana alam semulajadi, chalet air terjun ni simple, tapi memenuhi keperluan pengunjung yang nak bermalam atau berkelah kat sini.
Dah tentu moment yang paling seronok ialah bila dapat rasai suasana sejuk dari air terjun dan sekitar kawasan pada waktu malam.
Antara pakej yang ditawarkan oleh pihak chalet ni ialah:
CHALET KECIL DI TEPIAN AIR TERJUN
- Katil saiz queen
- Max 3 orang
- Bilik air
- RM120/malam
Klik sini untuk lihat chalet segi tiga yang unik untuk port family day di Selangor.
CHALET BILIK SEDERHANA BESAR DI BELAKANG TEPIAN AIR TERJUN
- Katil saiz queen
- Max 4-5 orang
- Bilik air
- RM150/malam
Bagi yang tak nak menginap di sini, chalet juga boleh disewa secara harian sahaja iaitu RM80 untuk chalet kecil dan RM100 untuk chalet size sederhana. Bilik boleh didiami dari 9 pagi hingga 6 petang.
Dan mungkin ada yang teringin nak berkelah dan berkhemah kat kawasan air terjun ni sahaja. Korang juga boleh menyewa khemah terbuka bersaiz sederhana dengan harga RM25 seunit.
Selain tu, kalau nak berbbq pun boleh juga di sekitar chalet ni. Tak sah pula rasanya kalau berkelah tepi air terjun tanpa berbbq kan. Kat sini pihak chalet telah sediakan pakej tambahan RM10 sahaja untuk 1 set bbq, dan RM10 untuk set 1 meja dan 4 kerusi.
Bukan itu je. Kalau nak cari kemudahan makanan lain pun tak ada masalah. Kat air terjun ni turut ada kedai makan dan cafe yang dibuka pada hujung minggu. Tak perlulah menapak jauh ke pekan.
Nama: D’Lata Chalet
Alamat: Lata Tebing Tinggi, Rantau Panjang, Perak
No phone: 017-549 4071