Seronoknya kalau bercuti kat kawasan tepi pantai ni. Ketenangan tu tak boleh nak digambarkan. Dapat berehat sambil menenangkan fikiran dari kesibukan bandar. Pergi ke Cherating memang banyak penginapan tepi laut boleh anda kunjungi. Antaranya ialah chalet betul-betul depan pantai di Kampung Cherating ni.
Di chalet ni, ada biliknya tu, bila buka je pintu terus nampak laut. Pada waktu malam kata orang tu nak lebih tenang, tidur sambil buka pintu. Boleh dengar deruan ombak! Tak dapat ketengan macam ni dalam kehidupan harian kita, betul tak.
CHALET KONSEP TRADISIONAL
Chalet ni dinamakan Villa De Fedelia yang terletak kat kawasan perkampungan Cherating. Kelilingnya penuh kehijauan. Beberapa langkah je dari Pantai Cherating! Konsep chalet ni ialah tradisional dan garden. Walaupun kawasan kampung, tapi penginapannya berkonsepkan moden tradisional. Selesa penginapan di sini.
Bilik pun bukan biasa-biasa, lengkap dengan kemudahan seperti balkoni, kelengkapan tv, katil queen, penghawa dingin dan sebagainya. Nak bawa keluarga, ibu bapa dan anak-anak memang seronok.
FAMILY VILLA UNTUK KELUARGA
Banyak pilihan penginapan kat sini. Kalau datang ramai-ramai dengan keluarga boleh pilih penginapan villa. Cantik dan besar! Balkoni untuk ruang santai pun luas. Siap boleh buat minum-minum petang.
Family villa ni ada 1 katil queen dan 1 katil super single. Boleh muatkan 3 orang dewasa. Dan kalau nak tambah orang boleh tambah tilam untuk lagi 2 orang. Bilik pun lengkap dengan bilik air, tv, aircond, pati ais, wifi dan sebagainya.
Cuma ada sebahagian bilik ni dapat pemandangan pantai, dan ada yang dibelakang. Tak mahal sangat pun. Satu malam dalam RM380, dan kalau nak tambah 1 katil dalam RM50.
CHALET KELUARGA
Ada satu lagi chalet yang sesuai untuk keluarga. Yang ini berbeza sikit dengan family villa. Chalet ni konsep kayu tradisional, dan kelebihannya betul-betul menghadap laut. Ada 2 katil queen boleh muatkan 4 orang dewasa dan ada juga penambahan tilam.
Kemudahan kat dalam semua sama je. Lengkap dan selesa. Yang seronoknya chalet keluarga ni ada beranda dan siap perabot untuk berehat santai, macam rumah kampung betul. Seronok! Harganya lebih sikit berbanding family villa tadi. Dalam RM560.
CHALET DELUXE
Kalau berdua je sesuai untuk chalet ni. Chalet ni ada 1 katil queen. Tapi boleh muatkan maximum 3 orang dengan tambah 1 lagi tilam. Chalet ni pun betul-betul depan pantai dan siap balkoni juga. Harga RM280 semalam.
Klik sini untuk percutian resort kolam renang depan sungai di Gopeng. Siap ada Penginapan Geo Home.
CHALET PREMIUM
Chalet ni ada 1 katil queen dan penambahan tilam untuk 1 orang dewasa. Yang ni agak berbeza sikit sebab kat luarnya ada pancuran mandian dan tempat bbq. Mungkin ini kelebihannya yang buatkan harga lebih sikit berbanding chalet deluxe iaitu RM300 1 malam. Kelebihan lain semua sama, iaitu ada beranda, aircond, tv, wifi dan sebagainya.
SUITE BULAN MADU
Yang baru berkahwin atau nak bilik romantik sikit tu, anda boleh pilih suite bulan madu ni! Nampak mewah, cantik, siap ada beranda tau. Bilik ni ada 1 katil king size, dan 1 bilik mandi iaitu kat dalam dan luar.
Villa suite honeymoon ni kira baru juga lagi, dan sebahagiannya ada pemandangan pantai. Nak berbulan madu tu bolehlah pilih penginapan ni. Harga baru RM350 je.
Apa lagi boleh cakap dengan chalet ni! Serba cantik, selesa dan paling best kedudukan tepi pantai tu. Menurut pengunjung yang pernah datang kat sini, kebanyakan mereka kata tempat ni seronok seakan-akan dapat percutian privacy.
Chalet betul-betul depan pantai, boleh dengar bunyi ombak, dan pantai pun tak begitu ‘crowded’ dengan orang. Selesa anda nak berkelah, mandi manda dengan keluarga.
Kalau nak makan pun ada café yang berdekatan. Bila dah sampai Cherating ni nak cari tempat makan tak berapa susah. Kalau nak makan di luar ada restoran seafood berdekatan. Kena pandai merayau je kat kawasan sekitar tu.
So apa lagi, anda yang nak merancang percutian tu bolehlah masukkan chalet ni dalam list. Jom rancang percutian keluarga kat sini.
Nama: Villa De Fedelia
Alamat: Lot 370, Kampung Budaya Cherating Lama, 26080 Kuantan Pahang.
No phone/whatsapp: 018- 399 2949
Website: villadefedelia.com