#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Chalet Betul-Betul Tepi Sungai Di Janda Baik, Dapat Rasai Deruan Air Sungai Mengalir Kat Belakang Bilik Je!

0 16,585

Percutian ‘back to nature’ kebiasaannya menjadi percutian idaman rakyat Malaysia. Tambahan lagi Malaysia kaya dengan tempat-tempat yang dipenuhi hutan, laut, dan sungai yang cantik dan indah.

Salah satu contoh destinasi percutian kembali ke alam semulajadi ialah Janda Baik, yang terkenal dengan persekitaran kampung, hutan, pohon-pohon menghijau dan sungai yang bersih dan jernih.

Sudah semestinya kalau ingin bercuti ke sini, kita akan memillih penginapan yang sangat berhampiran dengan sungai untuk menikmati keindahannya.

Antaranya ialah Chalet Mamapapa iaitu chalet betul-betul tepi sungai yang membuatkan pengunjung merasai deruan air mengalir hanya di belakang bilik sahaja.

Chalet ini terletak bersebelahan Sungai Benus yang jernih dan segar. Berlatak belakang Banjaran Titiwangsa, ianya terletak di Kuala Lurah iaitu 45 km dari Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan chalet ini antara salah satu dari berpuluh chalet dan resort di Janda Baik yang menjadi pilihan pengunjung. Ini kerana kelebihannya dari segi kedudukan berhampiran sungai, keluasan kawasan, view yang cantik, bilik yang luas dan privacy.

Pemandangan yang boleh kita lihat dari balkoni bilik yang kita inap. Puas hati betul dapat jika dapat stay dekat sini, deruan air terjun pun boleh dengar dari dalam bilik je.

Sungai yang bersih dan jernih ni terletak betul-betul di belakang chalet. Buka pintu belakang, terus nampak view sungai yang menenangkan. Pengunjung boleh dengar bunyi air sungai dan air terjun kecil menderu-deru dari dalam bilik.

Keadaan air yang tak dalam di sini sesuai untuk mandi manda dengan keluarga dan tak bahaya untuk kanak-kanak. Boleh bersantai-santai mandi dan berendam tanpa kerisauan.

Klik sini untuk lihat satu lagi chalet tepi sungai berlatar belakang gunung di Janda Baik, menggamit kenangan seperti di kampung halaman dengan penginapan rumah kampungnya!

Chalet ni menyediakan bilik yang sesuai untuk keluarga. Terdapat 7 jenis bilik penginapan boleh menjadi pilihan dengan pemandangan sungai dan taman. Ada di antaranya terdapat balkoni sendiri dan ruang tamu.

Kedudukan chalet betul-betul tepi sungai yang ada air terjun kecil

KEMUDAHAN BILIK YANG LENGKAP DENGAN HARGA TERMASUK SARAPAN PAGI

Dalam bilik chalet ni lengkap dengan kemudahan buat pengunjung. Antaranya aircond, tv 32 inci, bilik air termasuk water heater, tuala, sabun dan air mineral.

Tambahan lagi bilik di sini luas dengan katil yang besar dan empuk yang pasti memberi keselesaan pada para tetamu.

Paling menarik, bila harga bilik pun siap termasuk dengan sarapan pagi. Tapi tak semua bilik yang disediakan pakej begitu. Berikut senarai bilik yang ada dengan harga termasuk sarapan pagi:

BILIK 1

Terdapat 2 unit untuk Bilik 1 yang ada 2 katil single dalam setiap bilik. Ianya sesuai untuk 2 orang tetamu. Harga satu malam RM200.

BILIK 2

Di dalamnya terdapat 2 bilik  dan 1 mini living room yang sesuai untuk 5 orang tetamu. Dalam Room A ada 1 katil king dan 1 katil single manakala Room B  terdapat 2 katil single. Harga satu malam RM450.

BILIK 3

Di dalamnya juga terdapat 2 bilik dan 1 living room yang boleh menempatkan 6 orang tetamu. Dalam Room A terdapat 1 katil king dan 1 katil single. Dan di dalam Room B terdapat 3 katil single. Harga satu malam RM500.

BILIK 4

Bilik ini ada 4 unit. 2 unit berada di ground floor dan 2 lagi di first floor. Di dalam setiap bilik terdapat 4 katil single yang sesuai untuk 4 orang tetamu. Harganya satu malam RM300.

BILIK 5

Bilik ini terdapat 2 unit yang berada di first floor. Boleh menempatkan 6 orang tetamu dalam satu bilik, di dalamnya ada 2 katil queen dan 2 katil single. Harga satu malam ialah RM300.

BILIK 6

Di dalamnya terdapat 2 bilik dan living room yang sesuai untuk 6 orang tetamu. Di dalam Room A ada 1 katil king, manakala Room B terdapat 1 katil king dan sofa bed. Harganya satu malam RM600.

DORM 2&3

Penginapan jenis dorm ini terletak di first floor. Ianya berbeza berbanding dengan bilik lain kerana tandas terletak di luar. Dalam dorm terdapat 5 katil single yang sesuai untuk 5 orang tetamu. Harganya satu malam ialah RM250.

Kemudahan-kemudahan lain yang ada di chalet betul-betul tepi sungai ini ialah:

  • Ruang makan cafe
  • Surau
  • Tempat bbq
  • Parking persendirian percuma
  • Padang permainan (sesuai bagi yang ingin buat hari keluarga)
  • Telematch, aktiviti berkumpulan
  • Karaoke (atas permintaan)

Bukan tu je, sekiranya pengunjung nak dapatkan perkhidmatan makanan pun boleh tempah dari pihak chalet dengan minimum order 20 orang. Pakej makanan kat sini sedap-sedap dan memenuhi citarasa orang kita.

Penyediaan makanan dan minuman mengikut selera kampung termasuk tengahari, petang, malam dan bbq.

Tak ketinggalan untuk aktiviti-aktiviti menarik, di chalet ni juga turut ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung sepanjang penginapan di sini.

Untuk meninggalkan kenangan yang manis, jangan lepaskan peluang untuk berjalan kaki dan menyusuri sungai ke Air Terjun Gunung Nuang dan Air Terjun Lata Tampit. Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah dan mandi manda di sana.

Air Terjun Gunung Nuang
Menikmati udara segar dan pemandangan Air Terjun Gunung Nuang
Kolam air terjun kecil yang boleh dijumpai sepanjang menyusuri Air Terjun Gunung Nuang
Air Terjun Lata Tampit
Mandi manda di Air Terjun Lata Tampit

Selain dari tu, di chalet ini juga terdapat aktiviti berbasikal, ATV, memancing di kolam dan sungai, melawat kebun sayur dan Taman Rusa & Arnab. Dengan pelbagai aktiviti ni, dapatlah rasai pengalaman yang menyeronokkan semasa berada di chalet ni.

Sesiapa yang mencari penginapan di Bentong Pahang, jangan lupa masukkan chalet awesome ni dalam list korang ye. Chalet yang sesuai untuk family day ini menjanjikan pengalam yang best dalam percutian yang dirancang.

Nama: Chalet Mamapapa

Alamat: Lorong Kuala Lurah Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

No phone: 019-368 8594

Email: [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.