#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Menarik di Pahang. Chalet Betul-Betul Tepi Sungai Untuk Port Family Day Yang Indah Dan Nyaman di Raub!

0 845

Lihat je gambar terus jatuh hati dengan keindahan tempat percutian yang ada di Raub Pahang ni! Mana tidaknya, ada sungai yang indah dan persekitaran pokok-pokok menghijau kat sekeliling. Memang menjadi tempat percutian idaman kebanyakan dari kita. Lagi-lagi ada chalet betul-betul tepi sungai yang memberikan keseronokan berganda sepanjang menginap di sini.

 

 

 

Boleh terdengar deruan air sungai dari luar tingkap bilik je semasa tidur waktu malam. Jarang-jarang nak rasai suasana sebegini kan. Yang gilakan kedamaian dan suasana hutan bunyi cengkerik tu sesuai sangatlah bercuti ke sini.

 

Penginapan yang dinamakan Kompac Chalet dan Homestay ni berada di dalam kawasan hutan dan perkampungan yang tenang di Ulu Dong, Raub Pahang. Sejuk dan nyaman je suasananya kerana berada dalam kawasan persekitaran yang menghijau. Memang terbaik untuk dijadikan port family day beramai-ramai dengan keluarga.

 

 

Kalau biasa dengar nama Pulau Chekas, chalet ni merupakan salah satu penginapan yang terletak di Pusat Rekreasi di sana. Tenang dan segar sangat kalau mandi manda di sini. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa 2 jam sahaja dari Lembah Klang.

 

 

 

 

Masuk je kawasan ni melalui jambatan menyeberangnya, terus ternampak air sungai jernih mengalir di bawah. Tempat ni ada kelebihannya tersendiri. Nampak je sederhana penginapannya, namun suasana alam semula jadi di sini kelihatan begitu ‘mahal’ dengan konsep back to nature. Boleh terlupa sekejap dunia luar dan dapat merehatkan diri dan minda.

 

 

 

Sungai yang berada di Pulau Chekas ni memang terkenal di daerah ni disebabkan keindahan dan kesejukannya. Airnya yang bersih dan tak bergitu deras menjadikan tempat ni ‘mesra pengunjung’ kerana mudah didekati oleh pelbagai jenis golongan sama ada individu atau berkeluarga. Tak perlu risaukan anak-anak yang ingin bersuka ria dan mandi manda di sini.

 

 

 

 

Lagi-lagi menginap di chalet betul-betul tepi sungai ni. Jadi, mudah sangat untuk ibu bapa yang sedang bersantai di depan chalet untuk memantau anak-anak yang sedang mandi di bawah.

Kemudahan yang ada di pengiapan ni serba lengkap. Nak melepak, masak-masak, dan main permainan aktiviti hari keluarga tiada masalah. Semuanya ada. Bilik penginapan pun ada yang jenis berpenghawa dingin dan tiada penghawa dingin.

Dalam suasana hutan dan perkampungan macam ni, udara nyamannya sahaja dah cukup sejuk untuk menggantikan penghawa dingin. Kalau tak ada penghawa dingin pun tiada masalah lah kan. Apa yang penting adalah keadaan chaletnya yang selesa. Dan ‘extra point’nya ialah harganya yang murah dan berpatutan.

Di sini terdapat 19 unit bilik. Bagi yang ingin buat hari keluarga tu, boleh menyewa kesemua chalet penginapan ni, dan boleh conquer keseluruhan tempat untuk keluarga anda sahaja. Kemudahan tempat makan, ruang masak dan bbq yang disediakan luas, selesa dan menghadap sungai. Memang sesuai sangatlah untuk bersantai beramai-ramai.

 

 

 

Bagi bilik yang ada penghawa dingin, di sini ada 13 unit dengan harga RM120/unit semalam. Dan bilik yang tak ada penghawa dingin pula ada 6 unit dan berharga RM60/unit satu malam. Untuk tempat makan dan bbq pula boleh disewa dengan hanya RM80 sahaja.

 

 

 

Nak rasai pengalaman menginap di chalet depan sungai air kaki bukit yang sejuk dan nyaman, jom ke Chalet Kuala Tampin yang terletak di Kampung Cheringin, Janda Baik ni!

Di dalam setiap bilik mempunyai 1 katil queen. Bagi yang ingin menambah bilangan orang melebihi 2 pax, boleh bawa 1 extra tilam toto mengikut keselesaan masing-masing. Di samping tu, dalam bilik juga terdapat kemudahan lain seperti tv dan peti ais mini.

Kawasan sekitar penginapan ni juga ada ruang dan tempat sesuai untuk jalankan aktiviti hari keluarga. Jadi bagi mereka yang merancang untuk buat hari keluarga di kawasan perkampungan dan mempunyai chalet betul-betul tepi sungai tu, bolehlah ke chalet best dan tenang yang berada di Raub Pahang ni.

 

 

 

 

Nama: Kompac Chalet Homestay

Alamat: Lot 909, Pulau Chekas, Kg Peruas, Ulu Dong 27600 Raub, Pahang

No phone: 019-262 7123

Leave A Reply

Your email address will not be published.