Chalet Depan Pantai Best Di Melaka, Boleh Mandi Laut Dan Buat Aktiviti Pantai Hanya Kat Depan Chalet Je!

0 149,766

Kalau nak bercuti ke Melaka, mesti terus terfikir nak stay kat area berdekatan laut kan. Apa kata jom ke chalet depan pantai yang terletak di Tanjung Bidara ni.

Diberi nama Bidara Beach Village, penginapan kat sini betul-betul terletak berhadapan laut. Dari chalet je dah boleh dengar bunyi desiran ombak.

Tak jauh dari KL. Hanya 1 jam 30 minit perjalanan. Sesuai pada mereka yang nak bercuti jauh dari kehidupan bandar.

2 jenis penginapan yang disediakan. Ada dalam bentuk homestay dan ada juga dalam bentuk chalet. Jadi, ianya sesuai bagi mereka yang nak buat family gathering, reunion atau nak berhoneymoon. Paling tidak pun, nak bercuti santai untuk lupakan kesibukan kerja. Inilah tempatnya.

KOLAM RENANG BERBUMBUNG

Apa yang best kat sini ialah ada kolam renang yang terletak di hadapan chalet. Kolam renang ni berbumbung, tapi masih terbuka dan boleh nampak lagi view laut depan mata.

Kolam ni sesuai untuk kanak-kanak. Confirm anak-anak yang paling seronok sebab dapat bergilir-gilir mandi kat pantai dan kolam renang kat chalet.

Lagi seronoknya, pemandangan pantai berdekatan dengan perkampungan nelayan. Bila nampak suasana kampung ni, terasa tenang je, tambahan lagi dapat menyaksikan matahari terbenam.

Pantainya pula boleh mandi manda, main permainan hari keluarga dan buat aktiviti memancing. Tak boringlah kiranya kalau menginap di sini.

Terdapat 11 unit chalet dan 4 unit homestay di sini:

CHALET SEA VIEW (7 unit)

  • 2 katil queen
  • 4 dewasa dan 2 kanak-kanak
  • Weekdays RM160/malam
  • Weekend dan cuti am RM190/malam

CHALET 1ST FLOOR DI RECEPTION (1 unit)

  • 2 katil queen
  • 4 dewasa dan 2 kanak-kanak
  • Weekdays RM160/malam
  • Weekend dan cuti am RM190/malam

CHALET 1ST FLOOR SEA VIEW (2 unit)

  • 2 katil queen
  • 4 dewasa dan 2 kanak-kanak
  • Weekdays RM170/malam
  • Weekend dan cuti am RM210/malam

CHALET HIBISCUS 1ST FLOOR (1 unit)

  • 3 katil queen
  • 6 dewasa, 4 kanak-kanak
  • Weekdays RM250/malam
  • Weekend dan cuti am RM299/malam

Kesemua bilik dalam chalet ni lengkap dengan kemudahan aircond, kipas, peti sejuk, kettle dan minuman 3in1, water heater, tv/Astro, iron, free wifi, sabun mandi, dan 2 helai tuala mandi.

Jom bercuti kat kawasan AIR TERJUN di Pahang ni. Ada pelbagai jenis chalet dan cottage. Penginapan Japanese style pun ada.

HOMESTAY (4 unit)

  • Ada 3 bilik tidur (kesemuanya aircond)
  • Bilik 1 – 2 katil queen
  • Bilik 2 – 1 katil queen dan 1 double decker
  • Bilik 3 – 1 double decker
  • Ada 2 tandas, kipas, sofa, meja makan, dapur dan peralatan memasak, water heater, tv/Astro, peti sejuk, iron dan free wifi
  • Sesuai untuk 10 dewasa dan 5 kanak-kanak
  • Weekdays RM350
  • Weekend dan public holiday RM450

Kalau ada penambahan orang, perlu caj tambahan RM20/pax untuk semalam. Dan sewaan satu tilam extra ialah RM10/malam.

Untuk yang berhari keluarga, biasanya aktiviti yang wajib kita buat ialah bbq dan karaoke. Kat chalet ni turut sediakan kemudahan ni.

Untuk bbq pit, meja dan kerusi, kadar sewanya ialah RM100/hari. Dan untuk sewaan 2 hari ialah RM150.

Untuk karaoke pula, sewa 3 jam pertama ialah RM200 dan jam seterusnya ialah RM50/jam.

Di hadapan chalet terdapat gazebo dan dewan makan terbuka yang boleh disewa. Sewa hariannya ialah RM200, dan untuk 2 hari RM300. Bagi yang nak menjamu selera beramai-ramai tu bolehlah berkumpul kat sini.

Dan kalau korang nak booking pakej catering dari pihak chalet pun boleh juga. Tempahan boleh dibuat dengan minimum 20 pax.

Selain dari tu, kat chalet depan pantai ni pun sesuai juga untuk buat aktivit berbasikal. Bayangkan sambil beriadah tu dapat nikmati udara segar dari laut. Untuk sewaan basikal, bayarannya RM5 sahaja untuk sejam. Barulah seronok aktiviti hari kelaurga di sini.

Nama: Bidara Beach Village

Alamat: Kampung Gembur, Tanjong Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka

No phone: 013-240 2543 / 013-631 1501

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100