Chalet Depan Pantai Yang Cantik Dan Indah Di Terengganu. Buka Tingkap Terus Nampak Laut!

0 2,615

Keindahan pantai-pantai di negeri Terengganu ni selalu menjadi faktor utama buat pelancong untuk memilih penginapan di tepian pantai tiap kali bercuti ke negeri ni. Selalu kita dengar tentang Pantai Penarik, atau Pantai Batu Buruk yang boleh dikatakan antara yang terkenal di negeri Pantai Timur ni. Bila ke sini je, terus kita mencari chalet depan pantai yang cantik ni. Tak mahulah melepaskan peluang menikmati keindahan pemandangan laut di sana kan.

Namun selain pantai-pantai yang disebutkan tadi, masih ada antara kita yang kurang tahu tentang kewujudan salah satu lagi pantai yang dinamakan Pantai Batu Rakit yang terletak di Kuala Terengganu ni. Pantai ini juga mempunyai keindahan air laut dan pasir halusnya yang sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.

 

 

 

Terdapat banyak lambakan chalet dan homestay penginapan yang terletak di sini. Nak dapat yang betul-betul nampak view laut depan mata, sudah tentunya ada!

Buka tingkap bilik je, terus nampak laut. Nikmat percutian ni dapat dirasai di salah sebuah chalet di sini yang dinamakan Batu Rakit View Chalet. Tenang dan nyaman suasananya bila dapat duduk bersantai di hadapan balkoni sambil tengok pemandangan laut. Lagi-lagi dapat merasai udara nyaman dari pantainya.

 

Chalet ni antara penginapan yang selesa dengan view yang cantik dan tenang terdapat di Kuala Terengganu. Kedudukannya betul-betul menghadap pantai dan terletak dalam suasana kampung yang dinamakan Kampung Tanjung Batu Rakit.

 

 

 

Kelebihannya yang mempunyai suasana nyaman dalam kampung dan halaman yang luas menjadikan ianya tempat sesuai untuk pengunjung yang nak bercuti sambil berehat bersama keluarga.

 

Siapa tak mahu kan, dapat bercuti dalam penginapan yang boleh nampak pantai yang cantik dari chalet sahaja. Dan boleh mendengar dengan jelas juga bunyi deruan ombak dari pantai tu.

Bukan itu sahaja, di ruang hadapan chalet juga terdapat gazebo dan ruang duduk yang besar disediakan untuk tetamu berehat santai sambil melihat laut. Seronok rasanya bila dapat berehat sekejap kat sini jauh dari kesibukan bandar.

Chalet depan pantai yang cantik di Kampung Tanjung Batu Rakit ni terletak hanya 30 kilometer dari bandaraya Kuala Terengganu.

Apa yang menarik di sini ialah harganya yang berpatutuan, bersih, mempunyai pantai yang cantik, dan mudah untuk pengunjung mendapatkan makanan yang sedap-sedap di sekitarnya. Dah tentu makanan terkenal seperti celup tepung dan nasi kerabu yang best boleh dapati di sini.

Di sini terdapat 5 jenis penginapan yang boleh menjadi pilihan pengunjung.

Pertamanya ialah Bilik Standard. Bilik ini ada 2 jenis. 1 jenis mempunyai 1 katil queen dan 1 lagi jenis mempunyai 2 katil single. Boleh memuatkan 4 orang dewasa, harganya ialah RM90 semalam.

 

 

Selain bilik biasa, di sini juga ada Bilik Keluarga. Bilik ini terdapat 2 katil queen di dalam setiap unit. Harganya 1 malam ialah RM145 dan boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa.

 

 

Bukan sahaja penginapan chalet. Di sini turut ada penginapan Homestay yang boleh juga menjadi pilihan keluarga. Homestay di sini terdapat 2 unit dan dalam setiap unit ada 2 buah bilik yang boleh memuatkan 7 orang dewasa. 1 buah bilik ada 1 katil queen dan lagi sebuah bilik ada 2 katil single. Homestay ni juga ada ruang tamu. Harganya satu malam ialah RM235.‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍

 

 

 

 

 

Untuk pengetahuan, di sini terdapat juga chalet yang baru je dibuka pada bulan Julai 2020. Dan ianya dinamakan Bilik Standard Seaview. Di dalam bilik ni mempunyai 1 katil queen dan berharga RM110 semalam.

 

 

Dan akhir sekali ialah Bilik Family Seaview. Sama seperti Bilik Standard Seaview, bilik ini juga baru sahaja dibuka. Ciri-cirinya sama seperti Bilik Standard Seaview namun lebih besar dan terdapat 2 katil queen di dalamnya. Harganya pula ialah RM160 semalam.

 

 

Dalam setiap unit chalet ni ada kemudahan lengkap termasuk aircond, tv (Astro), kettle, towel, peti ais, dan water heater. Sekiranya nak buat penambahan orang, tetamu boleh bawa tilam toto sendiri ikut keselesaan masing-masing. Selesa dan berbaloi sangat-sangat dengan harganya kan!‍‍‍‍‍‍

Satu lagi chalet suasana kampung depan pantai yang boleh dijadikan tempat percutian hari keluarga yang terletak di Teluk Senangin, Perak. Nak tau lebih lanjut, baca di sini.

Di sini tak ada disediakan dapur memasak. Namun tetamu dibenarkan untuk membawa peralatan sendiri dan memasak di homestay atau di gazebo. Boleh la memasak dan berbbq sambil menikmati udara nyaman dari pantai.

Bagi yang tak nak memasak pun tak mengapa. Tak perlu risau kerana banyak makanan yang sedap-sedap yang mudah je untuk didapati di sekitar kawasan ni.

Mengenai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini, sudah tentu mandi laut depan chalet, beriadah atau permainan hari keluarga, bermain bola pantai dan buat aktiviti memancing.

 

 

 

 

 

Dan yang paling best sekali bila tiba musimnya, pengunjung juga berpeluang untuk tengok penyu naik ke darat untuk bertelur. Pada sesiapa yang tak pernah melihatnya sebelum ni, dapatlah pengalaman baru tengok penyu bertelur kan.

 

Jadi bagi yang ingin merancang untuk bercuti ke Terengganu tu, jom lah masukkan chalet depan pantai yang cantik ni sebagai satu destinasi percutian di negeri Pantai Timur ni nanti.

 

 

Nama: Batu Rakit View Chalet

Alamat: 9357 Kg Tanjung Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu

No phone: 012-967 2955 / 013-921 4515

Leave A Reply

Your email address will not be published.