Chalet Depan Pantai Di Terengganu, Ini Salah Satunya Yang Memberikan Pemandangan Indah Laut Depan Mata!

0 874

Tak boleh gambarkan betapa tenangnya rasa bila dapat duduk berhadapan pantai. Tambahan lagi terdapatnya pankin terletak di depannya. Di sinilah tempat paling sesuai untuk bersantai sambil melihat pemandangan dan menghirup udara segar datangnya dari laut. Memang tenang sangat bercuti tempat sebegini dengan orang tersayang. Chalet depan pantai di Terengganu ni selalunya memang terkenal kerana mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Salah satu penginapan yang memberikan panorama sebegini di Terengganu ialah Chalet Desa Birra Pata. Chalet ni terletak di Kg Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kalau nak ke Bandar Kuala Terengganu tu dalam setengah jam perjalanan sahaja.

Menariknya chalet ni ialah kerana kedudukannya yang terletak di persisiran pantai yang tenang dan nyaman. Sepanjang menginap di sini tetamu akan ditemani dengan bunyi deruan ombak yang mengasyikkan dari bilik penginapan je. Sesuai kalau nak berehat dan bersantai-santai tanpa gangguan.

Pantai yang cantik di depan chalet ni sangat sesuai untuk bermain, mandi manda serta beriadah bersama keluarga, lagi-lagi yang mempunyai anak kecil tu. Tak susah untuk memantau anak-anak yang sedang bermain dan mandi pantai kerana kedudukan lautnya yang berdekatan je dengan chalet.

Bukan tu je. Penggemar aktiviti memancing juga boleh melayan hobi memancing di sekitar pantai di sini.

Penginapan di sini ada di antaranya mempunyai bilik penginapan yang tingkapnya betul-betul menghadap pantai. Sambil baring berehat di atas katil tu, tetamu disajikan pula dengan pemandangan laut yang dapat dilihat melalui tingkap sahaja. Bahagia kan rasanya bila dapat menghayati moment itu.

Yang bertambah bestnya, kat sekitar chalet ni pun mempunyai landscape yang didekorasi cantik dan bersih untuk pengunjung duduk bersantai dalam suasana yang bersih dan sedap mata memandang.

Chalet depan pantai di Terengganu ni mempunyai beberapa jenis penginapan yang disediakan:

Studio

Penginapan unit studio ni mempunyai 1 katil queen dan extra tilam. Boleh memuatkan maximum 3 orang, harganya ialah RM150/malam.

Unit standard (chalet)

Chalet standard ni mempunyai 2 jenis. 1 jenis ada 2 katil bujang manakala 1 jenis lagi mempunyai 1 katil queen. Untuk kedua-dua unit ni turut menyediakan tilam extra dan boleh menempatkan 3 orang dalam 1 masa. Harganya semalam ialah RM100.

Unit Standard Family

Unit standard family ni juga mempunyai 2 unit. Setiap satunya ada 1 katil queen dan 1 katil single yang berharga RM120/malam.

Unit Family

Penginapan ni turut ada 2 jenis. 1 jenis mempunyai 1 katil queen dan 2 katil bujang, manakala 1 jenis lagi ada 2 katil queen dan 1 katil bujang. Tilam extra juga turut disediakan. Harganya semalam ialah RM180.

Homestay

Selain unit chalet, di sini juga terdapat 1 unit homestay yang sesuai bagi keluarga. Di dalamnya ada 3 bilik tidur yang mempunyai katil queen dalam bilik 1, katil double decker dalam bilik 2 dan katil single dan queen dalam bilik 3. Selain tu, dapur, peralatan memasak, ruang tamu, sofa, dan meja makan turut ada di dalam unit homestay ni yang selesa seperti di rumah sendiri. Harganya semalam ialah RM350.‍‍‍‍‍‍

Harga bilik di sini boleh dikatakan murah dan berpatutan. Tambahan lagi kemudahan yang ada di dalamnya termasuk aircond, tv dan kettle.

Di Terengganu juga! Kalau nak menginap kat chalet menghadap pantai yang berkonsep Melayu moden, jom stay di penginapan kawasan kampung di Pantai Penunjuk ni!

Bukan itu je. Sekiranya pengunjung nak berbbq, pihak chalet turut menyediakan tempat bbq depan pantai secara percuma je. Sambil makan-makan tu dapat menikmati pemandangan dan udara nyaman dari laut.

Bagi tetamu yang menginap di homestay, kemudahan memasak iaitu dapur dan peralatan memasak ada disediakan di homestay. Namun bagi mereka yang ingin mendapatkan makanan dari luar, di sini terdapatnya warung untuk sarapan dan masakan panas yang terletak bersebelahan je dengan chalet. Tak perlu lagi tetamu pergi jauh-jauh untuk mencari tempat makan.

Nama: Chalet Desa Birra Pata

Alamat: Lot 2852, Jalan Pantai, Kg Tanjung, Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu

No phone: 012-412 0958

Leave A Reply

Your email address will not be published.