#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Chalet Depan Pantai Teluk Senangin, Buka Pintu Bilik Terus Nampak Laut Indah Depan Mata

0 5,668

Laut terletak beberapa langkah sahaja dari bilik penginapan. Nak mandi pantai mudah, nak berkelah pun tiada masalah. Yang paling seronok bila dapat berkumpul bersama keluarga, berbbq dan buat aktiviti pantai bersama. Semua ini dapat dirasai bila menginap di chalet depan pantai Teluk Senangin ni.

Keunikan chalet ini ialah diperbuat dari kontena yang didekorasikan dengan warna warni pada setiap unit bilik. Bila melangkah je ke sini, terus naik mood ceria lagi-lagi yang kaki bergambar tu. Dapat melakarkan memori indah menginap dalam chalet yang unik dan keindahan pantai di sini.

Disebabkan kedudukan chalet ni terletak betul-betul di persisiran pantai, pasir lembut pantai tu dapat dirasai bila melangkah keluar dari pintu bilik. Tak diceritakan lagi kenikmatan bunyi ombak dan udara nyaman dari pantai tu. Boleh dikatakan percutian di sini sangat tenang dan menjadi ‘the best place’ bagi mereka yang gemarkan percutian tepi laut.

Bagi yang ingin buat family day atau reunion, chalet ini boleh menjadi pilihan yang tepat untuk berkumpul. Ini kerana persekitaran chalet yang bersih, pantai yang landai, harga yang berpatutan, ada kemudahan yang lengkap dan pengurusan yang ramah dan mesra pelanggan.

Pengunjung akan diberikan layanan dan sentiasa dipastikan segala kemudahan dan keselesaan dapat dirasai sepanjang menginap di sini. Lagi-lagi kamudahan bbq dan keselesaan pada waktu malam.

Suasana waktu malam sangat cantik apabila dipenuhi dengan lampu-lampu yang digantung di depan chalet. Dan pengunjung tak kan berasa takut untuk ke pantai pada waktu malam kerana terdapat spotlight yang dipasang menghala ke pantai. Dah boleh gambarkan keindahannya bagaimana kan.

Terdapat 13 unit penginapan kat chalet depan pantai Teluk Senangin ni. 9 darinya ialah bilik kontena dan 4 lagi bilik batu. Kesemua unit ni sama je harganya iaitu RM130/malam pada weekdays (Ahad-Khamis), dan RM150 untuk weekend (Jumaat-Sabtu) dan cuti am/sekolah.

Bagi kemudahan dalam bilik pula, ianya dilengkapi dengan 1 katil queen, bilik air private dan aircond. Dengan saiz bilik yang luas, di dalamnya boleh memuatkan sehingga 4-5 orang, dan pengunjung boleh bawa tilam dan toto sendiri jika mahu. Tapi jika ingin sewa toto dari pihak chalet pun boleh dengan harga RM10 sahaja untuk satu set toto dan 2 biji bantal.

BILIK KONTENA

BILIK BATU

Nak rasai satu lagi penginapan depan pantai di Teluk Senangin juga, jom ke Chalet Casa Impiana ini. Turut merupakan salah satu port yang menarik untuk family day.

Selain dari tu, di sini juga terdapat dapur yang lengkap dengan alatan memasak yang boleh disewa jika pengunjung ingin memasak sendiri. Bagi yang ingin memenuhi masa untuk berehat sahaja dan tak mau memasak pun tiada masalah. Di chalet ni turut menyediakan pakej makan pagi, tengahari, petang dan malam yang boleh ditempah. Bukan tu je, kat sekitar chalet pun terdapat banyak gerai makanan yang mudah untuk dikunjungi.

ADA PAKEJ SNORKELING DAN MEMANCING

Apa yang menariknya lagi di sini, selain berbbq, mandi laut, dan buat aktiviti pantai, pengunjung boleh juga buat aktiviti lain yang ada. Antaranya ialah:

  • ‘Boating’ iaitu bersiar menaiki bot melihat pemandangan sekitar kawasan
  • Snorkeling/island hoping dengan 1 bot boleh memuatkan 12-15 orang
  • Memancing – boleh menyewa bot untuk 4-5 orang ke lokasi memancing yang menarik

Dengan tambahan aktiviti-aktiviti ni pasti percutian tu lebih menyeronokkan.

Kelebihan lain di chalet ni:

  • 20 minit ke Seri Manjung
  • 30 minit ke Lumut
  • 45 minit dari Jeti Lumut ke Pualu Pangkor
  • Berhampiran kedai runcit
  • Kawasan parking yang luas

Apa lagi, jangan lepaskan peluang menginap di chalet depan Pantai Teluk Senangin ni bila bercuti ke negeri Perak.

Nama: D’BOX Cottage Chalet at Senangin

Alamat: Kg Labohan Bilis, Teluk Senangin, Lumut, Perak

No phone: 010-836 0066 / 010-338 8924 / 012-462 4945

Leave A Reply

Your email address will not be published.