Chalet Depan Sungai Kaki Bukit Di Janda Baik, Dengan Air Sungainya Yang Sejuk Untuk Percutian Keluarga

0 18,446

Keseronokkan bercuti di Janda Baik memang tak dapat disangkalkan lagi. Dengan suasananya yang tenang, sungainya yang jernih dan menyegarkan, dan udara yang nyaman dalam kawasan kampung yang mententeramkan jiwa. Lagi-lagi dapat pula bercuti dan meluangkan masa di chalet depan sungai kaki bukit, tak boleh bayangkan lagi keseronokannya menghabiskan masa hujung minggu di sini.

Sebagai contoh, penginapan chalet yang terletak di Kampung Cheringin ni. Dinamakan Chalet Kuala Tampit, suasana di sekitar tempat ni amat menyegarkan disebabkan adanya sungai yang mengalir di kaki bukit Getting Highland. Begitu sejuk dan segar air sungainya. Amat menyeronokkan untuk buat short getaway bawa keluarga dan anak-anak bercuti dan mandi sungai di sini.

Persekitaran kawasan chalet ni sunyi dek kawasan perkampungan. Dengan persekitarannya yang penuh kehijauan dan sejuk, tambahan lagi ada sungai yang terletak kat depan bilik je, tak dapat digambarkan ketenangannya macam mana.

Jika inginkan percutian yang privacy dan jauh dari bandar bersama keluarga, chalet ni boleh menjadi port percutian sesuai kerana lebih santai disebabkan adanya gazebo dan tempat untuk berkhemah di sekitarnya. Dapat melupakan sekejap kesibukan kerja bila berehat di sini.

Air sungai yang terletak di depan chalet ni tak begitu deras, sesuai untuk anak-anak kecil mandi. Penginapan di sini pun simple je, dan terletak dalam kawasan yang lapang dan bersih. Paling menariknya siap ada port untuk memancing kat kawasan sungai yang berhampiran. Bagi yang kaki pancing tu dapat melayan hobi memancing bila bercuti di sini.

Di chalet depan sungai kaki bukit ni terdapat 5 unit bilik penginapan. Jenis penginapan yang ada ialah Deluxe Twin dan Deluxe Queen.

Untuk Deluxe Twin, di dalam bilik ni terdapat 2 katil single. Harganya semalam ialah RM180.

Untuk Deluxe Queen pula, di dalamnya ada 1 katil queen yang berharga RM150 semalam.

Bagi pengunjung yang ingin menginap dalam khemah, tapak perkhemahan pun ada disediakan dengan harga RM20 sahaja sehari.

Klik sini untuk lihat satu lagi chalet best depan sungai yang berada di Sungai Inki Kalumpang di Hulu Selangor. Port best untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga!

Menariknya, tetamu boleh bersantai kat gazebo sambil masak-masak bbq yang menghadap sungai. Sambil berehat-rehat kat pankin tu bolehlah pantau anak-anak yang sedang mandi di bawah. Kedudukan pankin menghadap sungai ni memang bersebelahan je. Setelah puas bersantai dan makan-makan di pankin ni boleh terus turun mandi sungai kat depannya.

Bila dah bercuti kawasan kampung ni, lagi seronok kalau dapat masak-masak sendiri bersama keluarga kan. Pengunjung tak perlu risau bagaimana untuk menyediakan makanan. Di sini turut terdapat dapur yang lengkap dengan peralatan dan peti ais untuk tetamu memasak. Tak perlu lagi untuk keluar untuk mencari gerai makan di luar kawasan chalet. Hanya perlu bawa bahan masakan sendiri sahaja.

Untuk kemudahan pondok bbq di sini, harga sewaanya ialah RM50 sehari. Selain dari tu, di sini juga ada kemudahan dewan terbuka yang berharga RM300 sehari bagi yang ingin melakukan event-event tertentu di kawasan perkampungan yang berdekatan sungai.

Apa lagi. Jom bawa keluarga menginap dan berkelah di chalet depan sungai kaki bukit yang nyaman dan tenang di Janda Baik ni nanti.

Nama: Chalet Kuala Tampit

Alamat: Kampung Cheringin Janda Baik, 28750 Bentong Pahang

No phone: 010-792 3309 / 010-860 7057 / 0111-780 4179

Leave A Reply

Your email address will not be published.

mahjong slot

slot gacor

slot depo 10 ribu

slot princess

slot777 online

gates of olympus

slot bet 100 rupiah

rujak bonanza

joker123

robopragma slot

nexus engine

sbobet88

bonus new member 100

slot qris

slot bet 100

scatter hitam

https://staffordspringsbluesfest.com/

slot server luar
https://eaglemoversthailand.com/ https://garmafarm.com/