Depan Sungai Janda Baik, Chalet Ni Antara Yang Best Untuk Bercuti Dalam Kawasan Yang Sejuk Dan Nyaman

0 21,846

Seronoknya bila dapat bercuti dengan keluarga dalam kawasan perkampungan yang sunyi dan tenang. Dapat bermalam, masak-masak dan bbq di tepi sungai. Dan paling best mandi manda kat sungai yang sejuk dan segar sepanjang masa. Suasana ni boleh dirasai bila menginap di salah satu chalet depan sungai Janda Baik ni.

Ramai sedia maklum yang di Janda Baik memang terkenal dengan tempat percutian tenang kawasan perkampungan. Ada banyak penginapan chalet dan homestay yang berdekatan dengan sungai di sini.

Bagi yang belum pernah ke Janda Baik, boleh pilih chalet ini sebagai salah satu destinasi percutian bersama keluarga. Dinamakan sebagai Teratak Kabung, apa yang menariknya di sini ialah disebabkan kedudukannya yang terletak betul-betul berhadapan sungai.

Air sungai yang tenang dan tak begitu deras

Sungai yang jernih dan sejuk ni hanya beberapa langkah je di depannya. Bayangkan sepanjang menginap di sini pengunjung akan ditemani bunyi deruan air sungai je. Sungai pula tenang dan tak begitu deras. Mesra kanak-kanak sangat. Tak perlu risau untuk anak-anak mandi manda di sini. Ibu bapa pun senang untuk memantau anak-anak dari pankin berehat yang ada kat tepian sungai je.

Pengalaman bercuti di chalet ni pasti tak boleh lupa. Ini kerana chalet ni terletak di kaki bukit dan mempunyai persekitarannya penuh dengan pokok kehijauan dalam suasana kampung. Sejuk dan nyaman je suasana sekitar chalet ni. Lagi-lagi pada waktu pagi, senja dan malam yang sunyi dan dingin.

Chalet penginapan pun selesa dengan jenis rumah batu yang ada kelengkapan macam dalam rumah sendiri. Antara kelebihan lainnya ialah terdapat gazebo yang berada di depan chalet yang mengadap sungai untuk pengunjung bersantai. Boleh berehat dengan tenang seperti kat pankin rumah kampung.

Yang menariknya, gazebo yang disediakan amat selesa sehingga boleh baring atau tidur di situ. Paling tidaknya pun tetamu dapat menikmati suasana makan dan minum petang di situ sambil melihat air sungai yang mengalir di tepi. Boleh dikatakan saat bercuti yang paling sesuai untuk membuat terapi diri dan minda.

Penginapan jenis chalet dan homestay

Di sini terdapat 7 unit penginapan yang kesemuanya menghadap sungai. Amat sesuailah untuk percutian keluarga dalam bilangan yang ramai. 6 unit di sini adalah jenis chalet yang lengkap dengan tandas dalam setiap 1 unit. Dan 1 lagi ialah jenis homestay yang mempunyai 3 bilik.

▶️‍‍‍‍‍‍ Chalet Double Queen

Chalet ni ada 3 unit. Di dalamnya mempunyai katil double queen (atas bawah). Boleh memuatkan 5-6 orang, harganya 1 malam ialah RM250‍‍‍‍‍.

▶️ Chalet dan 2 Gazebo

Chalet ni pula ada 1 unit. Di dalamnya mempunyai katil queen dan boleh memuatkan 5 orang. Kelebihannya ialah mempunyai 2 gazebo dan peralatan memasak. Harganya 1 malam ialah RM300.‍‍‍‍‍‍ ‍‍

▶️ Chalet dan Gazebo

Chalet ini ada 2 unit. Kelebihannya juga ialah gazebo yang ada pada setiap satu unit chalet. Di dalam 1 unit chalet ada katil queen dan dalam 1 lagi unit ada 2 katil single. Boleh memuatkan 2-3 orang, harga chalet ni satu malam ialah RM250.

▶️ Homestay

Bagi yang datang bersama keluarga yang ramai, unit homestay ni boleh dijadikan pilihan. Ianya merupakan sebuah rumah yang ada ruang tamu, dapur dan 3 bilik. Hargaya RM500.

Klik sini untuk lihat satu lagi resort sungai depan bilik di Janda Baik yang ada dekorasi ala Bali!

Harga penginapan berbaloi mengikut keselesaan facilities yang chalet sediakan. Tambahan lagi ada hosting yang baik dari pemilik chalet dan tempat yang sentiasa bersih.

Di sini pun pengunjung tak perlu risau tentang kemudahan memasak sebab dah siap lengkap dengan dapur termasuk peralatan memasak dan tempat bbq. Hanya pelu membawa bahan masakan sendiri sahaja.

Selain dari tu, kalau pengunjung hanya ingin berehat santai sahaja dan malas untuk masak sendiri, boleh juga dapatkan perkhidmatan catering dari pihak chalet. Catering yang disediakan termasuk sarapan, tengahari, malam dan bbq. Mudah sangat kerana tak perlu cari makanan lagi dari luar.‍‍‍‍‍‍

Apa lagi, kalau nak rasai moment bangun pagi, melangkah setapak dua dan terus masuk sungai, jom ajak keluarga ke chalet depan sungai Janda Baik ni.

Nama: Teratak Kabung

Alamat: Kg Cheringin Janda Baik 28750 Bentong, Pahang

No phone: 012-613 7344

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/