#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Chalet Depan Sungai Kawasan Kampung Yang Tenang Untuk Percutian Keluarga Di Janda Baik

0 913

Hanya berjalan beberapa langkah je, dah boleh terjun sungai! Inilah yang dapat dirasai bila menginap di chalet depan sungai kawasan kampung yang terdapat di Janda Baik ni. Ianya merupakan salah satu dari berpuluh penginapan menarik yang terdapat di sini.

 

 

Ramai sudah sedia maklum bahawa Janda Baik ni sememangnya tempat percutian sesuai bagi sesiapa yang sukakan kedamaian kampung dan persekitaran hutan dan sungai. Kawasan yang sejuk dan udara nyaman yang jauh berbeza suasananya berbanding di bandar.

Memilih untuk menginap di penginapan ini yang dikenali sebagai Chalet dan Homestay SheLiza Janda Baik adalah tepat sekali. Paling seronok bila dapat buat family day di sini kerana air sungainya yang jernih, sejuk dan tak begitu deras. Nak berendam beramai-ramai bersama keluarga bagi orang dewasa dan kanak-kanak pun tiada masalah.

 

 

 

 

 

Chalet ni berada dalam kawasan perkampungan yang tenang dan nyaman yang terletak di Sg Lampin, Janda Baik. Berhadapan je dengan sungai yang sejuk dan menyegarkan, suasana kampung yang penuh pokok-pokok kehijauan kat sekelilingya pasti membuatkan pengunjung terbuai dengan ketenangan yang boleh didapati di sini.

 

 

 

Kawasan persekitaran homestay ni sangat luas, mudah nak meletakkan kenderaan, nak main sukaneka hari keluarga, berkhemah dan masak-memasak. Lagi-lagi halamannya sentiasa bersih dan terjaga. Pasti pengunjung berpuas hati sepanjang menginap di sini. Ditambah lagi dengan layanan yang sangat peramah dan mesra pengunjung dari pemilik chalet.

 

 

 

Bagi yang rindu untuk berkumpul beramai-ramai dalam suasana kampung, dan dicampuri pula dengan bunyi deruan air sungai, sesuai sangat luangkan masa dengan keluarga di sini.

Percutian luar biasa di air terjun kehijauan bak lukisan di Terengganu. Jom ke Lata Kolam Air Deru Ecopark di negeri Pantai Timur ni dan rasai penginapan unik berbentuk capsule yang ada di sini!

Ada 5 jenis penginapan yang ada di sini bersesuaian untuk keluarga kecil atau besar.

Chalet RM140

Chalet ni ada 3 unit yang boleh memuatkan 3-4 orang dalam 1 unit. Mempunyai 1 katil queen, 1 tilam extra, kipas siling, tv Njoi dan kettle, harganya satu malam ialah RM140.

 

Chalet RM170

Chalet ni pula ada 2 unit dan boleh memuatkan 4-5 orang dalam setiap unit. Di dalamnya ada 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto, kipas siling, tv Njoi dan kettle dan harganya 1 malam RM170.

 

 

 

Chalet RM190

Chalet ni juga ada 2 unit dan boleh muatkan 5-6 orang/unit. Dengan harga RM190 semalam, di dalamnya ada 1 katil queen, 1 katil double decker, toto, tv Njoi, aircond, kipas siling dan kettle.

 

Selain chalet, di sini juga ada penginapan homestay yang sesuai untuk keluarga yang lebih besar.

Homestay 3 bilik

Boleh memuatkan 10-15 orang, homestay ni terdapat 2 bilik air/tandas. Kemudahan di dalamnya termasuk peti sejuk, dapur gas dan pelbagai lagi peralatan memasak. Harganya 1 malam ialah RM550.

 

 

Homestay 4 bilik

Di dalam homestay ni pula terdapat 3 bilik air/tandas. Sama juga dengan homestay 3 bilik, di dalamnya ada kemudahan peti sejuk dan peralatan memasak. Harganya RM650 semalam dan boleh memuatkan 15-20 orang dalam satu masa.

 

 

 

 

 

Untuk tetamu yang ada lebihan bilangan orang, caj tambahan yang diperlukan hanya RM30 sahaja seorang.

Disebabkan penginapan jenis chalet tidak mempunyai kemudahan memasak, tetamu di sini tak perlu risau bagaimana untuk menyediakan makanan. Di sini turut disediakan tempat memasak yang boleh disewa RM50 sahaja sehari.

Peralatan memasak lengkap disediakan termasuk dapur gas dan peti sejuk sekali. Boleh memasak beramai-ramai dengan keluarga. Selain tu, tempat bbq pun turut ada yang boleh digunakan secara percuma sahaja.

 

 

 

 

Antara kemudahan lain yang ada disediakan di chalet depan sungai kawasan kampung ni ialah pondok rehat. Sekiranya pengunjung ingin bersantai-santai di hadapan sungai, boleh menyewa pondok rehat yang disediakan dengan harga RM5/jam.

Bolehlah berehat santai sambil tengok anak-anak mandi di bawah. Dan bagi anak-anak kecil yang ingin gunakan pelampung, ianya boleh disewa dengan kadar RM5 untuk 2 jam.

Sesekali kalau dapat berbasikal dan jalan-jalan dalam kawasan kampung pun seronok juga kan. Di sini tetamu boleh menyewa basikal dengan harga RM7/jam untuk basikal besar dan RM5/jam untuk saiz kecil. Barulah seronok menikmati percutian dalam kawasan perkampungan yang nyaman sebegini.

Nama: Chalet dan Homestay SheLiza

Alamat: Lot 5301, Sg Lamping, Kg Janda Baik, 28750 Bentong Pahang

No phone: 019-982 5615 / 019-915 4831

Leave A Reply

Your email address will not be published.