Chalet Kabin Kawasan Kampung Untuk Percutian Tenang Di Negeri Sembilan

0 1,221

Sekali sekala kalau dapat bercuti dan merehatkan minda di kawasan perkampungan memang seronok. Bayangkan ketenangannya dengan bunyi hutan dan burung sahaja. Memang percutian idaman semua orang. Kali ni, jom kita tengok chalet kabin dalam hutan yang cantik dan tenang di Negeri Sembilan ni.

Tak jauh pun dari Kuala Lumpur, chalet kabin ni terletak di Seri Menanti Kuala Pilah. Yang menjadi tarikan ialah penginapannya berbentuk kabin dan berhadapan je dengan kolam renang. Rata-rata memang ramai suka tempat percutian macam ni sebab lokasi strategik yang penuh kehijauan.

Dengan kolam renang pula depan mata, membuatkan anak-anak lebih gembira bermandi manda sambil boleh dipantau oleh ibu bapa. Apa yang menariknya ialah bentuk bilik penginapan ni agak unik dan mesra pengunjung.

Bukan je cantik, malah moden dan selesa. Nama tempat ni ialah Casa Menanti yang terdapat 6 buah kabin penginapan kesemuanya. Sesuai untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.

BILIK KABIN SERBA MEWAH

Selain kelebihan kolam renang depan bilik, penginapan ni pun antara yang menarik sebab serba lengkap. Untuk pengetahun anda, chalet ni masih je baru lagi dibuka pada tahun ni. Dah tentu penginapannya masih cantik dan serba baru lagi.

Setiap bilik dilengkapi dengan katil king atau queen, dan ada bilik air beserta water heater. Dekorasi bilik pun cantik dan serba baru dengan kelengkapan aircond, kipas, almari dan sebagainya. Menjamin keselesaan pengunjung.

Selain keselesaan dalam bilik, anda pun boleh berehat santai di depan bilik dengan kerusi yang disediakan. Dapat menikmati pemandangan yang indah dan memantau anak-anak bermandi manda.

Selain tu, antara kelebihan Casa Menanti ni ialah kelengkapan lain seperti pantry yang dibuka 24 jam pada pengunjung. Pantry ni pun lengkap dengan kemudahan dapur seperti water filter, fridge, minuman cuckoo, pinggan mangkuk dan microwave oven. Jadi, mudah untuk anda sediakan juadah ringan sendiri.

Bukan tu sahaja, kalau nak berbbq pun ada disediakan kemudahan bbq pit yang boleh disewa.

Klik sini untuk lihat Villa Mewah Kolam Renang Di Kuala Selangor. Penginapan Cantik Macam Luar Negara!

Untuk penginapan kat sini, rate satu malam ialah RM350 termasuk sarapan pagi. Kalau anda nak pakej makan tengahari dan malam pun boleh tempah dari pihak chalet. Jadi, tak perlu bersusah payah lagi untuk dapatkan makanan di luar.

BERBASIKAL KAWASAN KAMPUNG

Sesuatu yang tak dapat dibuat di bandar ialah menikmati suasana damai dan tenang di kawasan perkampungan! Ini yang anda boleh buat di sini. Selain duduk santi di kabin, anda pun boleh berbasikal pusing-pusing kawasan kampung.

Dan bagi anda yang suka aktiviti lasak, kat sini turut berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang anda boleh buat aktviti hiking. Antaranya ialah Bukit Senaling, Bukit Sikau dan Gunung Angsi. Memang tak akan lepaskan peluang untuk buat aktiviti mendaki.

MANDI JERAM BERDEKATAN!

Untuk pengetahuan anda, walaupun Kuala Pilah ni kawasan kampung, tapi ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah Jeram Ulu Bendul untuk anda menikmati air terjun dan sungai dalam hutan. Dan ianya beberapa kilometer je dari kawasan kabin. Dah muak mandi kolam renang di chalet, bolehlah ke jeram pula kan.

Selain tu, ada juga tempat menarik lain boleh anda kunjungi termasuk Muzium Istana Lama, Ladang Alam Warisan untuk aktiviti atv dan macam-macam lagi.

Tak rugi kalau anda bercuti ke sini. Dapat menikmati chalet kabin dalam hutan, selain memenuhi percutian anda dengan tempat-tempat menarik yang ada.

Nama: Casa Menanti

Alamat: 1, Kampung Lereng, Kampung Gunung Pasir, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan.

No phone: 019 – 551 1884 / 012 – 327 5977 (En Sabri)

Leave A Reply

Your email address will not be published.