#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Nak Bercuti Ke Melaka, Apa Kata Menginap Sekali Di Chalet Kabin Kolam Renang Depan Bilik Yang Best Ni

0 223

Selalu kalau kita ke Melaka mesti bertujuan untuk melancong di negeri penuh bersejarah ni disebabkan ada banyak tempat pelancongan yang menarik yang berada di sini.

Kali ni, apa kata dah alang-alang melancong ke sini, jom menginap sekali di salah satu tempat menarik iaitu chalet kabin kolam renang depan bilik yang best dan privacy.

Buka pintu bilik je terus terjun kolam. Barulah puas bila bercuti kan!

Chalet ni menawarkan bilik penginapan konsep kontena yang comel dan moden. Nama sahaja kabin house tetapi di dalam biliknya ada kemudahan dan dekorasi yang tiptop seperti di rumah sendiri.

Apa yang menariknya, persekitaran di sini tenang seperti dalam kawasan perkampungan yang agak privacy. Percutian sebegini memang menjadi impian semua orang.

Suasana menghijau di kawasan penginapan memberikan keseronokan bercuti sambil dapat mententeramkan jiwa.

Sesuai sangat untuk buat family gathering disebabkan kawasannya yang tenang, luas dan bersih. Mudahlah untuk pengunjung yang buat event di sini jalankan aktiviti yang sudah dirancang.

Selain jenis chalet kontena, antara tarikan lain yang ada di sini ialah kolam renang yang terletak di depan bilik dan dibuka sepanjang masa.

Pengunjung boleh mandi sepuas-puasnya bila-bila masa. Tak kira pagi hingga ke malam. Lebih mengujakan, dari dalam bilik pun kita dah boleh nampak anak-anak mandi di kolam.

Dinamakan Ke Cabin by Bungalow In Village, penginapan ni terletak kat Semabok Melaka, yang berhampiran dengan Bandar Hilir dan tempat pelancongan best di negeri ni.

Antaranya ialah Menara Taming Sari, A Famosa dan zoo. Mudah sangat untuk bercuti dan melancong ke tempat-tempat menarik tersebut.

Ada 2 jenis penginapan yang ada di chalet ni, salah satunya ialah cabin dan satu lagi banglo. Boleh jadi perfect place kalau nak buat family day, kerana banglo yang disediakan agak luas dan kemas.

 

CABIN (4 unit)

  • Kapasiti 2-4 pax
  • Ada 1 katil queen dan 1 sofa bed
  • Di luar kabin ada shared mini pantry yang sediakan fridge, singki, air panas, tea dan coffee
  • Harga weekdays (RM199), weekend dan ph (RM250)

BANGLO

  • Kapasiti 10-15 pax
  • Dalam banglo ada 4 buah bilik tidur dengan jumlah katil 5 unit
  • Semua bilik ada penghawa dingin
  • Ada 2 family hall, satu dining, 1 dry kitchen dan 1 wet kitchen
  • Kelengkapan memasak pun ada disediakan
  • Harga weekdays (RM950), weekend (RM990) dan peak (RM1200)

4 bilik tidur di banglo ni luas dan selesa dimana pengunjung boleh bawa tilam sendiri sekiranya ada lebih jumlah ahli keluarga.

Bagi pengunjung yang ingin buat family gathering atau hari keluarga, boleh menempah seluruh tempat ni melalui pakej yang dibuka oleh pihak penginapan.

Ciri-ciri pakej seluruh unit cabin dan banglo ialah:

▶️ Maksimum kapasiti 40 pax (termasuk dewasa dan kanak-kanak)

▶️ Harga weekdays RM1746, weekend RM1990 dan peak season RM2200

▶️ Harga istimewa 3 hari 2 malam pula RM3950 (weekend) dan RM4100 (peak)

▶️ Untuk maksimum kapasiti ni tetamu perlu bawa tilam, toto dan selimut sendiri. Hanya tilam bujang yang akan disediakan

Teringin nak menginap kat sebuah lagi chalet kabin di Melaka yang unik dan hipster. Klik sini.

Kalau dah berkumpul dengan keluarga tu, tak sah rasanya kalau tak buat aktiviti berbbq beramai-ramai kan. Di Ke Cabin ni, ada sediakan sekali bbq pit secara percuma.

Tetapi jika pengunjung nak merasai juga makanan ikan bakar yang dah sememangnya sinonim di negeri Melaka ni, bolehlah ke Restoran Ikan Bakar Alai yang terletak hanya 15 minit, atau ke Ikan Bakar Duyong yang terletak hanya 5 minit sahaja dari bilik penginapan.

Selain dari tu, untuk tempat menarik dan pelancongan yang lain, chalet kabin kolam renang ni berdekatan sahaja dengan tempat-tempat seperti:

  • Menara Taming Sari (15 minutes drive)
  • Bandar Hilir (5 minutes drive)
  • Mahkota Parade (14 minutes drive)
  • Dataran Pahlawan (13 minutes drive)
  • Element Mall (12 minutes drive)
  • A Famosa (14 minutes drive)
  • Baba & Nyonya Heritage Museum (15 minutes drive)
  • Istana Kesultanan Melayu Melaka (15 minutes drive)
  • River Cruise Melaka (14 minutes drive)
  • Jonker Street (14 minutes drive)

Dan macam-macam lagi.

Apa lagi, jom plan family day kat chalet cabin kolam renang ni. Dan rancang terus percutian dan jalan-jalan kat sekitar negeri Melaka.

Nama: Ke Cabin by Bungalow In Village

Alamat: Lot 463, Jalan Bunga Kemboja 8, Semabok Dalam, 75050 Melaka

No phone: 012-308 0929

Leave A Reply

Your email address will not be published.