Chalet Kawasan Kampung Cantik Ala² Hotel Urban Di Kedah, Port Best Untuk Family Day

0 29,245

Chalet ni terletak kat kawasan Pantai Merdeka di negeri Kedah. Dinamakan Chinta Chalet Pantai Merdeka, chalet kawasan kampung cantik ni mempunyai kemudahan yang sangat selesa dengan dekorasi dalaman yang moden ala hotel urban dan up to date.

Tambahan lagi, chalet ni antara yang terbaru kat sini. Dah tentu bilik dan persekitarannya serba cantik dan bersih. Bagi orang-orang utara yang nak bercuti dan buat family day, sesuai sangat untuk berkumpul dengan keluarga di sini.

Terdapat 10 unik bilik yang luas iaitu 25x7sqft, penginapan di sini boleh membuatkan pengunjung berasa seperti di rumah sendiri. Ini disebabkan oleh kemudahan di dalamnya yang cukup lengkap.

Jika dilihat senarainya, dah boleh gambarkan tahap keselesaan yang akan dirasai bila menginap di sini.

  • Smart tv (siaran Njoy)
  • Kettle
  • Peti sejuk mini (bukan sejuk beku)
  • Aircond
  • Kipas siling
  • Meja tulis
  • Meja makan (3 kerusi)
  • Bilik air lengkap dengan water heater dan sabun mandi

Paling menarik tentang chalet ni ialah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang luas yang terletak di depan bilik. Buka pintu bilik je terus terjun kolam.

Jika keseluruhan chalet iaitu 10 unit bilik ni disewa oleh satu keluarga sahaja, bolehlah terjun kolam dan berendam 24 jam tanpa fikir akan mengganggu pengunjung yang lain. Jangankan anak-anak, orang dewasa pun tentu akan berasa teruja.

Terdapat 2 jenis bilik yang ada:

Bilik Deluxe (4 unit)

  • 1 katil king 1 katil single
  • RM180/malam

Bilik Super Deluxe (6 unit)

  • 2 katil king
  • RM200/malam

Jika dilihat dengan bilangan katil dan kelengkapan yang ada di dalam bilik, boleh dikatakan chalet ni murah dan sangat berbaloi.

Klik sini untuk lihat chalet rumah kampung tepi sawah bendang untuk percutian best di Pulau Langkawi.

Setiap bilik boleh muat maksimum 7 orang. Kalau nak booking semua bilik untuk buat family day, bolehlah menginap sehingga 70 orang dalam satu masa.

Dengan persekitaran penuh pokok-pokok menghijau dan dalam kawasan tertutup, chalet ni kiranya memberikan suasana yang agak privacy untuk kita luangkan masa bersama family.

Selain dari tu, kemudahan lain turut ada di chalet ni. Antaranya dapur memasak, ruang bbq, dan tempat duduk santai. ‍‍‍‍‍‍‍‍Bagi pengunjung yang ingin memasak sendiri, dapur ada disediakan dengan kadar sewa RM30 untuk sehari.

Namun sekiranya ingin mendapatkan khidmat makanan lain, pihak chalet ada sediakan pakej makanan yang boleh ditempah. Tak perlu lagi bersusah payah untuk sediakan hidangan makanan sendiri.

Bagi kemudahan bbq pula, di chalet ni juga ada sediakan ruang untuk bbq yang lengkap dengan kemudahan singki, plug point, dan tempat untuk bakar.

Cuma kelengkapan dan arang je yang perlu dibawa sendiri oleh pengunjung. Ini pun dah cukup memberikan keselesaan untuk pengunjung berbbq dengan selesa.

Terasa rugi rasanya kalau tak cuba rasai penginapan di chalet kawasan kampung cantik di Pantai Merdeka ni.

Bagi yang ingin berkumpul dengan keluarga tu, ajaklah ahli keluarga ke sini dan conquer keseluruhan tempat untuk luangkan masa dengan keluarga sahaja.

Suasana indah dan tenang chalet ni di waktu senja dan malam

Tingkat atas chalet
Tingkat bawah chalet

Nama: Chinta Chalet Pantai Merdeka

Alamat: Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda Kedah

No phone: 019-240 0932

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100