Chalet Kawasan Kampung di Melaka, Dengan Konsep Rumah Comel Dan Ala Hipster

0 36,899

Kalau bercuti di Melaka, mesti kita nak cari penginapan yang best-best kan. Selalunya chalet-chalet tepi pantai yang akan dicari. Apa kata kali ni, jom menginap di chalet kawasan kampung pula. Konsep rumah percutian ni amat unik sekali. Terletak kat ladang kebun, penginapannya comel dan ala hipster!

Confirm teruja kalau dapat stay kat sini.

Terletak kat kawasan perkampungan Melayu di Ayer Molek, chalet kawasan kampung ni menarik perhatian sebab seni binanya yang berkonsepkan batu bata dan persekitaran semulajadi.

Bagi yang pencinta alam dan ketenangan tu, bolah la pilih rumah kecil ni sebagai port penginapan korang.

DEKORASI YANG MODEN

Dengan nama klasiknya iaitu Pondok Pondok, chalet ni bukan rumah penginapan yang biasa-biasa. Dekorasi bilik dan persekitarannya cantik, lengkap dengan kemudahan, dan ada swimming pool!

Yang penting, suasananya aman dan tenang jauh dari kesibukan kota. Sesekali nak jalan-jalan sekitar kampung dan mengirup udara segar pun boleh.

Ada 5 unit rumah kecil konsep percutian kat Pondok Pondok ni:

1. Standard Unit Tinyhouse (3 unit)

  • Max 4 orang/unit
  • 1 katil queen dan 1 queen sofabed
  • Weekdays RM180/malam
  • Weekend, cuti am dan cuti sekolah RM200/malam

2. Pool View Tinyhouse and Balcony (1 unit)

  • Max 4 orang/unit
  • 1 katil queen dan 1 queen sofabed
  • Weekdays RM200/malam
  • Weekend, cuti am dan cuti sekolah RM220/malam

3. Family Unit Tinyhouse and Balcony (3 unit)

  • Max 6 orang/unit
  • 2 katil queen dan 1 queen sofabed
  • Weekdays RM250/malam
  • Weekend, cuti am dan cuti sekolah RM270/malam

Semua unit rumah ni lengkap dengan aircond, kipas, tv njoi, dan tandas water heater.

Klik sini untuk lihat chalet tepi air terjun di Rantau Panjang! Siap boleh berkelah dan berkhemah tau!

Tambahan lagi, kat sini ada open kitchen atau pantry yang menyediakan minuman water filter dan microwave. Cuma tidak dibenarkan memasak buat masa ini atas faktor keselamatan.

Namun kat sini ada sediakan 3 unit ruang bbq yang boleh disewa dengan harga RM50 seunit. Boleh lah korang berbbq kat tepi kolam dalam suasana hening waktu malam.

Nak mencari makanan di luar pun tak begitu susah. Hanya beberapa minit dari rumah penginapan, korang dah boleh access ke kawasan kedai makan yang menarik. Antaranya:

  • Ikan Bakar Parameswara
  • Kuih Tradisional di Pekan Duyong
  • Kak Zaza Medan di Tambak Paya

Dan banyak lagi.

Sepanjang Pkp ni, pihak chalet sedang menaik taraf tempat penginapan dan akan mula beroperasi semula pada bulan Ogos 2020. Tapi bagi yang berminat nak booking awal tu, dah boleh mula buat tempahan bilik dari sekarang!

Yang penting, korang kena take note dulu segala SOP dan syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang musim Pkpp ni. Antara syaratnya ialah:

  • Maksimum 2 unit rumah sahaja untuk 1 keluarga
  • Pengunjung melebihi suhu 37.9 tidak boleh memasuki kawasan penginapan
  • Tiada family day sepanjang PKPP ni
  • Tidak boleh memasak dalam tempoh ni
  • Dan beri masa sedikit untuk proses pembersihan dan sanitizing antara 2 pengunjung yang keluar dan masuk ke bilik.

InsyaAllah dengan syarat dan titik berat yang dibuat oleh pihak penginapan, korang boleh bercuti dengan selesa. Cuma jangan lupa patuhi syarat dan sop ya!

Nama: Pondok Pondok Melaka

Alamat: Lot 282, Jalan Jenuang, Kampung Ayer Molek, 75460 Ayer Molek, Melaka

No phone: 018-388 9818

Email: [email protected]

Website untuk booking: pondokpondok.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.