#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Berkelah Tepi Sungai Dan Bermalam Dalam Chalet Kayu Kawasan Kampung, Antara Percutian Menarik Di Ulu Selangor

0 6,326

Bercuti hujung minggu dalam kawasan alam semulajadi dan perkampungan pasti menyeronokkan. Lagi-lagi ada sungai yang boleh kita berkelah dan mandi manda. Jika inginkan percutian tenang dan santai di tepian sungai, bolehlah ke Nahara Kalumpang di Ulu Selangor ni.

Terkenal sebagai port berkelah dengan pemandangan cantik dan nyaman, ramai yang menjadikan tempat ini sebagai weekend getaway dengan keluarga. Tambahan lagi di sini turut ada chalet kayu kawasan kampung yang selesa untuk bermalam dan menikmati suasana tenang jauh dari bandar.

Kawasan perkelahan di tepi sungai ni sentiasa dijaga rapi dari segi kebersihan persekitarannya, baik di kawasan berkelah mahupun chalet.

Dalam kawasan 6 ekar, terdapat beberapa unit chalet, dan villa yang dibina untuk memberi peluang pada pengunjung yang inginkan penginapan kawasan hutan berdekatan dengan sungai.

Dapatlah kita merasai pengalaman bermalam sambil ditemani bunyi cengkerik, deruan air sungai dan udara sejuk bila menginap di sini.

 

Menariknya, ada beberapa wakaf dan gazebo yang dibina sepanjang sungai bagi keselesaan pengunjung untuk berkelah dan bersantai. Bukan itu sahaja, bbq pit turut disediakan di kawasan yang sama untuk pengunjung lakukan aktiviti membakar dan makan-makan sambil mandi manda.

Tak dapat digambarkan kesejukan air sungai di sini. Disebabkan kawasan hutan dan penuh batu-batu ada di dalamnya, air sungai di sini sangat sejuk dan nyaman. Pada yang gemarkan kesegaran air sungai macam ni, pasti seronok nak berendam tak kira pagi ke petang.

Bagi yang ingin datang untuk harian tanpa bermalam, kadar masuk yang dikenakan tidak termasuk wakaf dan gazebo ialah RM8 untuk dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak. Waktu dibuka ialah dari 8 pagi hingga 5 petang untuk hari biasa dan 8 pagi hingga 7 petang untuk hujung minggu dan cuti am.

Walaupun kadar yang dikenakan agak tinggi berbanding tempat lain, ramai pengunjung rasakan ianya berpadanan atas faktor kebersihan dan keselesaan kawasan yang terjaga dan tidak tercemar.

Mengenai penginapan untuk yang nak bermalam pula, terdapat 2 jenis chalet dan 1 villa yang selesa berada dalam kawasan yang sama. Chalet di sini berkonsep kayu namun selesa bagi penginapan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dalam satu unit chalet.

CHALET A (5 unit)

  • 1 tilam queen, aircond, kipas, dan tandas di luar
  • Harga RM150/unit

CHALET B (4 unit)

  • 1 katil queen, aircond, kipas, tv & Astro Njoi, dan tandas di dalam
  • Harga RM300/unit

Sekiranya pengunjung nak menginap lebih dari bilangan kapasiti, tambahan caj ialah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Klik sini untuk lihat homestay konsep kontena siap kolam renang untuk percutian best di negeri Melaka.

Bagi villa pula, ianya lebih istimewa dengan konsep rumah agam yang besar untuk penginapan maksimum 30 orang. Yang datang beramai-ramai dan nak buat hari keluarga tu, sesuai untuk menginap di sini.

Dalamnya terdapat 5 buah bilik yang ada 1 katil queen untuk tiap satunya. Kemudahan lain termasuk 3 bilik air, ruang tamu yang luas, dapur dan bbq pit. Selain tu, di villa ni juga terdapat 1 kolam renang private. Kadar bayaran untuk satu malam ialah RM1800.

Kedudukan villa ni tak jauh dari sungai, dan ianya dalam pemandangan gunung dan pokok-pokok menghijau di sekeliling. Suasananya jauh lebih tenang dan privacy.

Selain chalet kayu kawasan kampung dan villa mewah, di sini turut ada tapak khemah bagi yang teringin bermalam dalam khemah. Kedudukannya tidak terletak di tepi sungai untuk faktor keselamatan.

Namun disediakan kawasan khasnya yang lebih selesa termasuk kemudahan tandas dan persalinan. Bagi yang nak pengalaman bermalam dalam khemah tu, bolehlah menyewa tapak khemah di sini dengan harga RM25-RM50 (ikut saiz khemah). Dan kalau nak sewa khemah Nahara, kosnya RM50 (6m/t) dan RM100 (10m/t).

Kemudahan yang ada di Nahara Kalumpang:

  • Padang untuk bersenam, bersukan dan volleyball (RM30/jam)

  • Sewa gazebo yang ada tempat bakar sekali jaring, kipas, tikar dan plug point (RM40 dan RM50 mengikut saiz dan sesi)

  • Jungle trekking minimum 10 orang (RM20 seorang)

Nama: Nahara Kalumpang

Alamat: Kalumpang, 44100 Kampung Pasir Putih, Ulu Selangor

No phone: 019-431 2193

Leave A Reply

Your email address will not be published.