Chalet Kayu Persekitaran Hutan Ni Menjadi Hidden Gems Di Daerah Lenggong, Cantik Dan Indah Macam Dalam Lukisan

0 28,717

Pengalaman menginap kat kawasan hutan dan pemandangan kehijauan di sekeliling pasti menjadi idaman setiap orang. Beruntung jadi rakyat Malaysia ni. Negara kita mempunyai banyak hutan dan gunung yang indah terpelihara.

Bila sebut penginapan kawasan hutan kehijauan ni, mesti ramai yang teringin untuk rasai pengalaman ber’camping’ atau tidur dalam chalet kayu persekitaran hutan kan. Paling tidak pun sekali seumur hidup.

Jika teringin, apa kata cuba ke satu chalet yang terletak dalam kawasan perkampungan tersembunyi di Lenggong ni. Bukan sekadar chalet hutan je tau, ianya lebih kepada penginapan kaki bukit dengan pemandangan alam semula jadi yang indah memukau.

 

Terletak 2 kilometer dari Pekan Lenggong, chalet ni dikatakan sebagai hidden gems di daerah ini. Sesuai sangat dengan namanya iaitu Masbro Hidden Village, chalet ni terletak di perkampungan tersembunyi yang indah di sebalik Lembah Banjaran Bintang, Perak.

Keindahan di sini bukan sahaja disebabkan suasana dikelilingi hutan pokok tinggi, malahan terdapat aliran air yang turun dari air terjun berdekatan. Lihat sahaja gambar, terus jatuh cinta!

KOLAM RENANG SUMBER AIR TERJUN

Apa yang unik tentang chalet ni, ianya berkonsep pondok buluh tradisional yang dibina di sepanjang kaki bukit. Menginap dalam chalet ni memberikan pemandangan yang indah kat sekitarnya lebih-lebih lagi pada waktu pagi yang diselubungi kabus.

Ini menjadi tarikan utama pelancong, bahkan ditambah lagi dengan tarikan kolam renang yang bersumberkan air gunung yang terdapat 2 buah kolam di sini. Dah boleh gambarkan keseronokan mandi dan berendam dalam kolam sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah depan mata.

Chalet kayu persekitaran hutan di sini terdapat lebih 20 unit. Dan bukan tu sahaja, tapak camping juga turut disediakan bagi yang ingin bermalam dalam khemah. Berbeza dengan penginapan lain, kadar bayaran yang dikenakan di sini bukanlah berdasarkan per bilik, tetapi per pax.

Untuk chalet, kadar harga untuk seorang ialah RM50/malam manakala tapak khemah pula RM30 seorang. Bagi kanak-kanak bawah 4 tahun tak akan dikenakan sebarang bayaran.

Dengan konsep chalet buluh tradisional ni, di dalamnya tak disediakan katil. Tetamu boleh bawa ‘sleeping bag’, bantal, dan selimut untuk keselesaan diri. Namun di dalamnya terdapat permaidani, kipas dan suiz elektrik.

Dengan saiz chalet yang sama kesemuanya, setiap chalet boleh memuatkan 2 pasangan, atau 6 ahli keluarga atau kumpulan 5-6 orang. Bagi yang nak bekhemah tu, perlu pasang khemah di tapak yang disediakan dan khemah dibawa sendiri.

Nak berkelah tepi sungai dan bermalam dalam chalet tradisional suasana kampung, jom bercuti dan family day di Nahara Kalumpang Ulu Selangor ni!

Tandas chalet ni terletak di luar yang dibina luas dan kemas. Dekorasi dalam tandas pun cantik ala-ala Bali dan pengunjung tak perlu risau tahap keselesaanya. Plug point turut ada di ruang tandas ni kalau ada yang ingin bawa hair dryer. Cuma peralatan mandian tak disediakan dan perlu bawa sendiri.

Untuk menjamu selera, kat sini terdapat tempat bakar bbq di sekitar resort. Bagi yang ingin memasak, pihak chalet benarkan pengunjung memasak di luar chalet dengan menggunakan peralatan memasak sendiri.

Namun bagi yang ingin rasai makanan dari chalet ni, di sini terdapat juga cafenya sendiri. Dinamakan Embun Cafe yang dibuka setiap hari, ianya menyediakan menu ala carte. Selain dari tu, sekiranya pengunjung nak buat tempahan buffet, tempahan juga boleh dibuat semasa booking chalet atau semasa daftar masuk. Kadar harga untuk sarapan ialah RM6, tengahari pula RM12, manakala makan malam RM12 seorang.

Di sini turut ada surau terbuka

Apa yang menariknya lagi di sini, selain mandi kolam renang dan berbbq pengunjung boleh juga jejaki air terjun di sini yang dinamakan Lata Beringin.

Dengan jarak 80 meter sahaja dari chalet, pengunjung boleh berjalan kaki ke sana selama 5 minit dan menikmati pemandangan air terjun dan mandi manda di sana.

Bukan tu sahaja, di sini ada aktiviti lain juga seperti cave exploring, mendaki gunung untuk menikmati panorama berawan dan lihat matahari, dan juga jungle trekking/dakian bukit seperti Bukit Gading.

Dengan aktiviti seperti ni, boleh dikatakan ianya percutian back to nature dan mendekati alam semula jadi. Pasti ianya jadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Nama: Masbro Hidden Village

Alamat: TM Ladang Teh, 3400 Lenggong, Perak

No phone: 012-377 5005

Leave A Reply

Your email address will not be published.

mahjong slot

slot gacor

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100

slot188

slot nexus

slot188

slot bet 100

slot qris 10k