Chalet Kolam Renang Air Sungai Yang Menggamit Suasana Perkampungan Untuk Percutian Keluarga Di Yan Kedah
Alangkah seronoknya bila dapat berkumpul dengan keluarga dan saudara mara kan. Selalunya keseronokan tu dapat dirasai bila beramai-ramai berkumpul di kampung halaman. Apa kata kali ni jom merancang untuk bercuti dan meluangkan masa di sebuah penginapan kawasan kampung yang terletak di Yan, Kedah ni. Kelebihannya yang mempunyai chalet kolam renang air sungai pasti menjanjikan percutian keluarga yang tak mungkin dapat dilupakan.
Penginapan ni dinamakan Chalet Rimbun Hijau dan merupakan sebuah tempat percutian yang penuh dengan pokok-pokok kehijauan. Boleh dikatakan 5 star dari segi suasana ketenangan dan kebersihannya.
Di sini ada landskap yang cantik, ada beberapa buah kolam renang yang bersumber air sungai dari Gunung Jerai, dan berada dalam kawasan yang privacy. Memang sejuk dan nyaman.
Terletak di Jalan Batu Hampar Yan Kedah, ianya berada dalam suasana kampung yang tenang dan boleh menjadi tempat yang sesuai bagi mereka yang sukakan percutian santai untuk merehatkan diri dan minda.
Dengan konsep penginapan moden dalam kawasan kampung, ianya sememangnya sesuai untuk percutian keluarga dan saudara mara disebabkan ada persekitaran chalet yang luas, ada padang kecil untuk beriadah atau main permainan hari keluarga, dan berdekatan pula dengan anak sungai untuk meluangkan masa beramai-ramai.
Bilik-bilik dan kemudahan asas yang ada pun serba lengkap dan selesa. Tambahan lagi ada kemudahan lain seperti dapur memasak, dewan makan, tempat bbq, dan macam-macam lagi.
Ada 3 buah kolam renang sumber air sungai
Mereka yang merancang untuk buat hari keluarga tu boleh jadikan tempat ni sebagai pilihan kerana bilik dan kawasannya yang besar boleh memuatkan sehingga 40-50 orang.
Tambahan lagi ada 3 buah kolam renang dan 9 buah bilik yang disediakan bagi pengunjung meluangkan masa beramai-ramai. Lagi-lagi sekiranya 1 keluarga menempah keseluruhan kawasan chalet ni. Dapatlah bercuti sesama keluarga sahaja tanpa ada pengunjung lain di sini.
Di sini ada pelbagai jenis bilik. Nak buat tempahan bilik boleh mengikut pakej yang ditawarkan bergantung pada bilangan tetamu.
PAKEJ A
Pakej ni sesuai untuk 2 keluarga kecil iaitu 10-12 orang. 2 buah bilik disediakan untuk pakej ini dan biliknya bersaiz 10×16 kaki yang ada kemudahan katil queen, aircond, kipas dan bilik air.
Antara kemudahan lain yang boleh digunakan ialah 2 buah kolam renang, ruang makan, bbq, dapur pantry termasuk peti ais dan peralatan memasak, ruang santai, tv (Njoi) dan 1 gazebo rehat. Harganya semalam RM400.
PAKEJ B
Pakej ni pula menyediakan 3 buah bilik yang sesuai untuk 3 keluarga atau bilangan 12-16 orang tetamu. Pakej ni baru sahaja dibuka pada bulan November 2020 dan pengunjung boleh berurusan dengan pihak chalet untuk sebarang info mengenai pakej baru ni. Harganya ialah RM600 semalam.
PAKEJ C
Pakej ni merupakan pakej yang besar sesuai untuk 9 keluarga sehingga 40-50 orang tetamu. 5 buah bilik (wajib) akan disediakan dan pengunjung boleh buat pilihan untuk menambah 4 bilik lagi.
Harga pakej ni ialah RM900 untuk keseluruhan 5 bilik wajib dan tambahan RM100 untuk setiap 1 unit bilik tambahan tadi.
Bagi 5 unit bilik wajib ni, 2 darinya ada 1 katil queen dan 1 katil single. 2 buah bilik lagi ada 2 katil king single. Manakala 1 lagi bilik ada 1 katil king. Setiap bilik berkeluasan 14×16 kaki dan ada menyediakan penghawa dingin dan bilik air.
Bagi 4 unit bilik tambahan (pilihan) pula, 2 darinya berada dalam 1 rumah yang ada 1 katil queen dalam setiap bilik. Kemudahan bilik airnya dikongsi. Manakala 2 buah bilik lagi ada 1 katil queen dan 1 katil single serta bilik air.
Kemudahan bagi pakej ni termasuk 3 buah kolam renang, anak sungai untuk rekreasi, tempat masak dan pantry termasuk kelengkapan masak dan bbq, dewan makan dan aktiviti terbuka, 1 ruang tv (Njoi), 3 ruang santai, surau boleh muat 80 jemaah, padang sukaneka, 4 gazebo rehat dan 4 buah tandas di luar.
Berbaloi-baloi kan harga penginapan di sini dengan bermacam-macam kemudahan yang ada. Pasti pengunjung berpuas hati.
Nak rasai percutian keluarga depan pantai dan berlatar belakang sawah padi dan Gunung Jerai, boleh ke Casa Bayu Chalet yang terdapat di Yan Kedah ni juga!
Selain bersantai dengan keluarga, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang ada. Di sini pangunjung boleh bermini karaoke, boleh buat aktiviti trekking ke Puncak Gunung Jerai dan Air Terjun Puteri Mandi.
Nak buat aktiviti memanah tradisional pun boleh juga. Bila berkumpul dengan keluarga tu, barulah seronok dapat buat bermacam-macam aktiviti tambahan lain kan, selain mandi kolam, sungai dan permainan family day.
Apa lagi, jom masukkan chalet kolam renang air sungai ni sebagai salah satu destinasi anda. Ajak keluarga dan saudara mara bercuti ke sini untuk menikmati suasana sejuk air sungai gunung dalam suasana kampung.
Nama: Chalet Rimbun Hijau
Alamat: Jalan Batu Hampar, 06900 Yan, Kedah
No phone: 012-510 8191