Chalet Kolam Renang Depan Bilik Dengan Harga Yang Sangat Murah! Confirm Pengunjung Nak Repeat Lagi

0 41,578

Dengan konsep eko resort dan kawasan kekampungan, chalet kolam renang depan bilik ni antara tarikan yang popular di Lekir Perak. Apa yang menarik di sini ialah kolam renangnya yang sangat luas dan sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Tenang dan damai je kalau bercuti di sini sebab terletak kat kawasan pedalaman. Tambahan lagi chalet ni berhampiran dengan sungai.

Bagi yang kaki pancing tu confirm seronok sebab kat chalet ni ada pakej trip ke sungai untuk memancing dengan RM70 seorang. Pakej ni untuk minimum 3 orang dalam satu trip.

Bagi yang nak mencari port untuk family gathering tu, sesuai sangat dibuat di sini. Lebih kurang 20 unit bilik di sini dengan kapasiti 5 orang setiap unit.

Ada jenis bilik untuk keluarga kecil, dan ada juga villa untuk yang keluarga besar. Kemudahan dalam bilik semua selesa dan lengkap. Memang best kalau nak bercuti dan relaks-relaks bersama keluarga.

Yang menjadi plus pointnya ialah harganya yang berpatutan. Kalau tengok setiap bilik, rasa puas hati sebab konsepnya yang moden, bilik yang luas dan katilnya yang empuk. Dengan harga serendah RM130 untuk 5 orang, chalet kolam renang depan bilik ni dah terlajak murah.

Jom tengok satu lagi chalet kolam renang kawasan kekampungan. Berdekatan pula dengan pusat beli belah best di Selangor!

Ini senarai kelengkapan dan harga bagi 2 jenis penginapan ni:

BILIK (1-16)

  • 1 katil queen + 1 katil single
  • Bilik air
  • Aircond
  • Tv plasma
  • RM130 (weekdays)
  • RM150 (weekend)

VILLA (FAMILY HOUSE)

  • 2 bilik
  • 2 katil queen + 2 katil single
  • 2 extra tilam single
  • 3 Bilik air
  • Dapur
  • 5 Aircond
  • Tv plasma
  • RM450

Dengan bilik yang selesa dan kemudahan yang lengkap, harga chalet ni sangat murah dan berbaloi kan!‍‍‍‍‍‍

Bagi yang stay kat bilik, kalau nak memasak sendiri pun boleh. Kemudahan dapur ada disediakan. Dapur kat sini penuh dengan kelengkapan dengan kadar sewa hanya RM20 sahaja.

Bukan tu je. Kalau korang rasa nak berehat je di sini dan tak nak memasak sendiri, kat chalet ni pun ada sediakan pakej makanan pagi, tengahari, petang dan malam.

Harga pakej makanan pun berpatutan. Serendah RM6.50 sahaja dah boleh tempah makanan seperti nasi ayam, termasuk buah sebagai pencuci mulut dan air minuman.

Selain dari tu, pakej karaoke pun turut ada sebagai aktiviti tambahan. Sewa karaoke hanya RM50 ‍‍‍‍‍sehari. Barulah seronok percutian keluarga di sini.

Nama: Kimi Chalet
Alamat: Kampung Tanjong Kepah, 32000 Lekir, Perak
No phone: 019-575 1622

Leave A Reply

Your email address will not be published.