Chalet Kolam Renang Depan Bilik. Port Terbaik Untuk Percutian Hari Keluarga Di Terengganu.

0 312

Sekali pandang chalet ni, terus jatuh hati tengok suasananya. Konsep moden dan gerden! Sangat cantik landscape dan pemadangan di sekitar chalet. Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke Kuala Terengganu, bolehlah plan ke sini. Antara yang menarik perhatian chalet ni ialah kolam renang depan bilik je!

Kolam renang kat sini ada 2 jenis iaitu kedalaman 2ft dan 4ft. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Kebanyakan orang datang ke sini untuk buat hari keluarga. Boleh dikatakan kemudahannya lengkap.

Mana tak nya, chalet yang dinamakan Gading Chalet Kuala Terengganu ni sebenarnya baru je dibuka bulan Ogos 2022 hari tu. Patutlah nampak serba serbi cantik dan masih baru lagi kemudahan yang ada.

CHALET SESUAI UNTUK FAMILY DAY

Gading Chalet ni ada 8 buah bilik. 4 Family Room dan 4 lagi Standard Room. Untuk family room ada 1 katil queen dan 1 super single. Dan untuk Standard Room ada 2 katil super single. Kalau nak buat family day untuk keluarga kecil dan reunion tu memang sesuai sangat.

Bilik pun lengkap dengan aircond, bilik mandi yang siap dengan kelengkapan, tv, kettle dan sebagainya. Memang menjamin keselesaan. Tambah lagi ada kerusi balkoni untuk bersantai. Dapat berehat-rehat sambil tengok anak-anak mandi kolam.

Klik sini untuk lihat Chalet Betul-Betul Depan Sungai Kawasan Kampung Di Raub. Buka Pintu Je Terus Nampak Sungai!

Selain tu, kat sini turut ada dapur yang siap dengan microwave, bbq zone, dining area. Jadi, nak masak-masak dan makan beramai-ramai tak ada masalah. Kawasan pun luas, bolehlah lepak dan borak-borak sampai tengah malam.

Kolam renang chalet ni pun boleh mandi sampai 10 malam tau! Kena sangatlah timing nya kalau nak lepak sampai tengah malam tu.

 

BOLEH JADI TRANSIT KE PULAU REDANG!

Hari tu ada terbaca review orang yang pernah ke sini. Katanya kalau nak ke Pulau Redang boleh jadikan chalet ni tempat persinggahan. Boleh pergi trip ke Pulau Redang by daily je sebab berhampiran dengan Jabatan Angkut. Stay di chalet lebih jimat katanya dari stay di pulau. Tak rugilah kalau nak bercuti sakan ke Terengganu.

Bukan setakat Pulau Redang je, banyak lagi tempat menarik yang berhampiran. Nak ke pantai, boleh ke Batu Burok dan Pantai Teluk Ketapang yang hanya 6-8km je dari chalet. Muzium Negeri pun dalam 2.8km je! Dan macam-macam lagi. Bolehlah singgah alang-alang tu.

Apa yang menariknya lagi, kat chalet ni boleh juga buat aktviti keluarga seperti mini golf, darts, pool dan macam-macam lagi. Mesti anak-anak seronok. Masa anda tak akan terbuang kalau bercuti kat sini.

Memang tak akan menyesal lah menginap di sini. Chalet ni bukan setakat kolam renang depan bilik je, selesa pula sebab tempat masih baru. Tambah lagi konsep garden ni cantik dan sedap mata memandang.

Harga penginapan pun tak begitu mahal mengikut hari dan musim. Tempahan boleh dibuat di booking.com. Bila ada promo, Rm150 pun tak sampai! Kena rajin check lah bila anda plan nak bercuti ke sini.

Nama: Gading Chalet

Alamat: 3263 Jalan Jeram, Kampung Buluh Gading, 21200 Manir, Kuala Terengganu.

No phone: 019- 578 8182

Facebook: Gading Chalet

Leave A Reply

Your email address will not be published.