Kolam Renang Depan Sawah Padi, Jom Bercuti Di Chalet Pemandangan Indah di Kedah Ni

0 59,117

Tak boleh gambarkan ketenangan bila menginap di chalet ni. Lagi-lagi dapat bercuti dengan keluarga atau buat family day di sini. Penginapan ni terletak kat kawasan kampung dan sawah bendang yang indah dan nyaman di Sungai Petani. Ada pula kolam renang depan sawah padi yang memberikan view indah depan mata.

Dinamakan Berangan Pool Cottage, chalet terletak di Kampung Permatang Berangan dan diusahakan oleh Tuan Badrulhisham Bahasar. Baru sahaja dirasmikan pada tahun 2019, kemudahan di dalam bilik dan persekitarannya masih cantik dan tiptop lagi. Boleh dikatakan memberi keselesaan pada tetamu yang datang dengan keluarga besar.

KOLAM RENANG YANG LUAS

Tarikan paling best sekali ialah kolam renangnya yang direka luas berada di depan bilik je. Tetamu yang ada anak kecil senang untuk pantau anak-anak yang sedang mandi-manda.

Klik sini untuk lihat chalet kabin kolam renang depan bilik untuk percutian santai di Melaka.

Tambahan lagi kolam renang ni khas untuk tetamu chalet je dan tak dibuka pada orang luar. Seronok dapat mandi manda dalam kolam luas yang tak crowded. Boleh mandi manda dari pagi hingga ke malam.

Bagi yang tiada pengalaman tinggal dalam suasana kampung pula, ini memang port terbaik untuk mencipta memori anak-anak bandar yang ingin bercuti dan merasai suasana kampung.

Bukan je mandi kolam dan berbbq, di sini pengunjung juga boleh buat pelbagai lagi aktiviti menarik antaranya memancing dan menjala ikan. Dan kalau tiba waktunya, tetamu boleh merasa untuk melihat aktiviti sawah seperti putaq bendang, tengok mesin ambil padi, dan serak padi.

Di sini terdapat 10 buah bilik. 8 unit ialah Family Room dan 2 lagi Deluxe Room. Setiap bilik dilengkapi aircond, tv dan toilet.

Family Room

  • 2 katil queen
  • Boleh memuatkan 5-6 dewasa atau 4 dewasa dan 2 kanak-kanak
  • RM160/malam

Deluxe Room

  • 1 katil queen
  • Boleh muat 2-3 dewasa atau 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
  • RM110/malam

Antara kemudahan lain yang disediakan di sini ialah dapur dan ruang bbq. Kemudahan dapur boleh digunakan oleh pengunjung secara percuma je dan bbq boleh disewa RM50 termasuk arang. Tapi jika tetamu menempah kesemua bilik, kemudahan bbq boleh digunakan secara percuma.

Untuk tambahkan lagi keseronokan, di homestay kolam renang depan sawah padi ni juga boleh berbasikal, motosikal, scrambler dan atv untuk tetamu berjalan-jalan sekitar kampung dan menikmati keindahan suasana di sana. Pakej aktiviti ni boleh disewa dengan kadar:

  • Basikal RM2/jam
  • Motosikal RM5 tak lebih 1 jam
  • Scrambler RM10
  • Atv RM20 15 minit / RM30 30 minit

Selain dari tu, antara kawasan lain yang berdekatan dengannya ialah:

  • Berangan Steamboat
  • Berangan Wastern Food
  • Masjid Permatang Berangan
  • Berangan Track Jogging
  • Dewan Berhawa Dingin (under renovation)
  • Jarak 20 minit ke Sungai Petani

Nama: Berangan Pool Cottage

Alamat : Kampung Permatang Berangan, 08000 Sungai Petani Kedah

Fon : 011-2695 1549

Leave A Reply

Your email address will not be published.