Chalet Kolam Renang Kawasan Perkampungan Di Terengganu. Sesuai Untuk Percutian Tenang Bersama Keluarga.

0 2,259

Dekat area Kijal Terengganu, ada satu tempat penginapan menarik dan tenang boleh dikunjungi bersama keluarga. Bila bercuti tu kalau boleh tak nak lepaskan peluang bercuti di penginapan yang ada kolam renang dan kawasan perkampungan. Barulah tenang kan! Haa, tempat ni boleh dijadikan destinasi!

Chalet ni dinamakan Nipoh Beach Cottage yang terletak di Kampung Che Wan, Kijal. Tarikan utama tempat ni ialah kawasan persekitaran perkampungan yang penuh menghijau. Dan paling menariknya terdapat kolam renang yang berhadapan je dengan chalet penginapan.

Pengunjung akan tertarik sebab konsep chalet di sini simple, ada ruang balkoni untuk rehat santai depan bilik. Dan kolam renang pun agak besar, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Untuk pengetahuan, Nipoh Beach Cottage ni lebih kurang baru juga beroperasi. Jadi sudah pasti kawasan dan fasiliti pun masih baru. Ada pengunjung yang pernah datang sini berhajat nak datang lagi sebab keselesaan tempat.

Bukan je tenang, tapi bilik yang disediakan pun agak luas, lengkap dengan perabot rotan yang cantik. Siap dengan penghawa dingin. Selesa!

Cumanya bilik penginapan kat sini sesuai untuk 2 orang. Mungkin disebabkan baru. Tapi bilangan chalet ada lebih kurang belasan unit juga. Jadi, kalau nak buat gathering, reunion, atau family day tu sesuailah buat di sini. Kawasan persekitaran pun lapang dan lengkap dengan parking lot.

Klik sini untuk lihat Homestay Depan Laut Membiru Di Terengganu, Antara Pantai Yang Sangat Cantik Di Negeri Ini!

Sebenarnya kalau anda nak datang bercuti ke Terengganu, chalet ni pun boleh dijadikan pilihan tempat penginapan. Sebab ianya berdekatan dengan banyak tempat menarik. Antaranya Pantai Penunjuk yang lebih kurang 1 kilometer je dari chalet.

Selain tu, berdekatan juga dengan Dataran Kuala Kemaman, Pantai Teluk Mak Nik, Waterfront Kemaman dan macam-macam lagi.

Kalau nak cari makan pun tak susah. Nak makanan sedap-sedap seperti nasi dagang yang amat popular di Terengganu, boleh ke restoran Nasi Dagang Mok The Nom yang lebih kurang 10 km dari chalet. Nak makan fastfood pun boleh. KFC hanya 5 km je dari kawasan chalet!

Rate harga chalet ni pun mampu milik. Sesuai dengan keselesaan dan fasiliti tempat ni. Chaletnya cantik, ada pemandangan kampung, kolam renang pun depan bilik. Selain tu ada pakej sarapan pagi lagi dan ada perkhidmatan wifi percuma. Kalau tengok rate harga weekend dalam RM250/unit. Berbaloilah tu kan!

Yang penting view tempat indah, selesa dan tenang. Kalau datang dari jauh pun boleh hilang rasa penat. Suasana kat sini waktu malam pun cantik. Nampak keindahannya!

Yang berhajat nak bercuti ke Terengganu tu, bolehlah masukkan chalet kolam renang kawasan perkampungan ni sebagai salah satu destinasi penginapan anda di sini. Nak butiran lebih lanjut, boleh kunjungi Facebook dengan nama Nipoh Beach Cottage. Atau boleh hubungi pihak chalet terus.

Nama: Nipoh Beach Cottage

Alamat: 287-2 Kampung Che Wan, Kijal, Kemaman.

No phone: 014-2924 547

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100