Viral Di Facebook, Chalet Kolam Renang Melaka Ni Antara Yang Baru Dan Termurah di Pengkalan Balak

0 158,160

‍‍‍‍‍‍‍‍Buka pintu bilik je terus terjun kolam! Benda ni paling seronok kalau cuti-cuti dengan keluarga kan. Chalet kolam renang Melaka ni baru saja dibuka. Semua fasiliti masih cantik, baru, bersih dan ditambah lagi dengan service yang tiptop. Confirm selesa habis kalau bercuti atau buat family day kat sini.

Paling bestnya, chalet ni antara yang ada kolam renang terbesar di Pengkalan Balak yang berdepan je dengan bilik. Siap dengan pancuran air kat kolam dewasa dan kanak-kanak. Sangat tenang dan mendamaikan.

Sambil duduk depan bilik tu, boleh berehat santai dan pantau anak yang sedang mandi manda.

Ada 1 unit homestay dan 6 unit chalet di sini. Semua lengkap berpenghawa dingin.

HOMESTAY (1unit)

  • 2 bilik tidur – Lengkap dengan katil king, tilam single, aircond, almari baju, tuala mandi, telekung, sejadah, iron dan iron board.
  • 2 bilik air di dalam bilik – Lengkap dengan water heater, cermin muka dan sabun mandi.
  • Ruang tamu – Lengkap dengan sofa, kipas, led tv, mytv, meja tulis dan 2 buah bangku kayu.
  • Ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan asas memasak, rice cooker, jug kettle, peti sejuk, blender dan pinggan mangkuk.
  • Peralatan asas untuk BBQ juga disediakan.
  • Harga RM300

CHALET (6 unit)

  • Bilik tidur – Lengkap dengan katil king, tilam single, aircond, almari baju, tuala mandi, telekung, sejadah, iron, iron board, jug kettle dan cawan.
  • Bilik air didalam bilik – Lengkap dengan water heater, cermin muka dan sabun mandi.
  • Harga RM150

Harga homestay dan chalet kolam renang Melaka ni sangat berpatutan dengan kemudahan yang ada di dalamnya.

Klik sini untuk lihat lagi chalet kolam renang depan bilik murah di Perak. Siap berdekatan dengan sungai dan laut!

Bukan tu je, kat sini turut sediakan dapur terbuka dan bbq pit. Pengunjung boleh gunakan kemudahan ni secara percuma. Dapurnya pun lengkap dengan dapur gas, peralatan asas memasak, rice cooker, jug kettle, peti sejuk 2 pintu, blender dan pinggan mangkuk. Pengunjung hanya tinggal bawa barang mentah je. Senang je kan.

Yang menariknya, ada kedai makan sarapan pagi yang berdekatan yang popular dengan nasi lemak sambal sotong paling sedap di Masjid Tanah. Kalau malas nak masak pagi tu, boleh la ke gerai Pantai Suria Corner ni. Hanya 1-2 minit je perjalanan dari homestay.

Selain dari tu, bagi yang sukakan kuih keria versi orang Melaka, boleh ke gerai kuih keria yang terletak hanya 300m sahaja dari chalet. Rasa kuihnya setanding dengan keria yang viral di Melaka. Confirm korang puas hati.

Nama: LaBayu Pengkalan Balak
Alamat: Kampong Sungai Kertah, Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka
No phone: 019-906 1596

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/