Nak Cari Chalet Menghadap Pantai Di Terengganu, Jom Stay Kat Penginapan Kawasan Kampung Di Pantai Penunjuk Ni

0 37,301

Bila sebut Terengganu, terus teringat akan kecantikan pantainya. Antara salah satu pantai yang menjadi tarikan pelancong di sini ialah Pantai Penunjuk yang terkenal dengan pasir keemasan dan kejernihan airnya.

Sesuai untuk dijadikan destinasi percutian bila ke negeri ni. Ditambah lagi kalau dapat menginap chalet yang memberi panorama keindahan pantai di hadapannya. Sebagai contoh, penginapan Kijalena Inn, iaitu hotel chalet menghadap pantai yang berkonsep melayu moden.

Terletak di Kijal, chalet ni berada dalam kawasan perkampungan nelayan yang cukup tenang dan dingin. Bak kata orang tu, percutian all in one.

Bukan sahaja dapat menginap dalam chalet moden dan cantik, malah pengunjung juga dapat rasai suasana kampung dan pemandangan pantai yang indah depan mata.

Kedudukan chalet ini dengan pantai hanya dipisahkan dengan jalan raya yang kecil di depannya. Bila masuk ke kawasan chalet ni, mata kita masih boleh menangkap warna kebiruan dan kehijauan air laut di seberang sana.

Sudah tentu waktu pagi dan petang jadi satu moment yang paling best bila menginap di sini sebab dapat menyaksikan sendiri keindahan matahari terbit dan terbenam kat laut tu.

Selain dari tu, tarikan menarik lain mengenai chalet ni ialah kolam renang berbentuk yang terdapat di depan chalet. Kolam renang yang luas dan terlindung di sebalik batu ni memberikan keselesaan dan ketenangan untuk pengunjung mandi dan berendam di dalamnya.

Ruang santai yang ada di depan pool

Cuma ada satu syarat yang perlu pengunjung patuhi dalam etika berpakaian bila mandi di sini untuk mengelakkan penalti, iaitu tidak memakai pakaian bercotton dan track bottom. Ini untuk mengelakkan air kolam mudah dicemari.

Buka pintu bilik terus nampak laut. Jom rasai penginapan kontena di Pantai Teluk Senangin ni! Klik di sini.

Mengenai penginapan pula, terdapat 5 jenis bilik yang luas dan eksklusif dengan dekorasi moden di dalamnya. Setiap bilik lengkap berpenghawa dingin, private bathroom, dan mini fridge. Kemudahan tv dan Astro pun turut ada di dalam setiap bilik kecuali dalam bilik Standard Twin Garden View.

Ini senarai bilik dan harga yang ada di sini:

STANDARD TWIN GARDEN VIEW

  • 2 katil super single
  • RM205 untuk 2 pax

TWIN BALCONY SEAVIEW

  • 2 katil super single
  • RM225 untuk 2 pax

DOUBLE DELUXE ALL SEA VIEW

  • 1 katil queen
  • RM255 untuk 2 pax

SINGORA ROOM

  • 1 katil queen
  • RM275 untuk 2 pax

DELUXE FAMILY ROOM

  • 1 katil king dan 1 katil single
  • RM325 untuk 4 pax

Harga untuk kesemua bilik ni termasuk sarapan pagi. Walaupun harganya terasa sedikit tinggi bagi sesetengah pihak tu, namun masih ramai menganggap ianya berbaloi dengan keselesaan dan ketenangan yang boleh didapati sepanjang menginap di chalet menghadap pantai ni.

Hidangan untuk sarapan pagi yang diberikan pun enak dengan menu masakan Terengganu. Tetapi sekiranya pengunjung nak dapatkan makanan dari luar pun boleh juga didapati di sekitar kawasan yang berhampiran.

Selain dari tu, di sini terdapat beberapa gerai makanan dan restoran berhampiran yang boleh dijejaki. Antaranya medan selera yang berada di hujung Pantai Penunjuk yang hanya 7-10 minit berjalan kaki dari chalet. Terdapat pelbagai makanan tempatan yang boleh didapati di sana seperti satar, keropok lekor, lempeng nyior, laksam dan macam-macam lagi.

Dan untuk makan malam pula, pengunjung boleh dapatkan beberapa pilihan restoran menarik dengan hidangan sedap yang berhampiran, seperti Al-Safina Arabian Food Restaurant, Restoran Seafood Cahaya Mesra, Restoran Seafood Chinese Muslim, KFC dan macam-macam lagi. Purata jarak untuk kesemua tempat ini tak lebih 10 kilometer dari Kijalena Inn.

Bila dah sampai ke sini, terasa sayang pula kalau tak menikmati aktiviti pantai yang ada di Pantai Penunjuk ni. Namun perlu dipastikan dengan keadaan cuaca di sana.

Sepanjang musim monsoon atau tengkujuh pada bulan November hingga Februari, tak sesuai pada pengunjung untuk mandi manda kerana gelombang ombak yang kuat. Hanya sesuai untuk berkelah, main bola tampar pantai dan menikmati pemandangan indah.

Namun bagi yang pakar bermain aktiviti meluncur ombak, boleh lakukannya di sini dengan sewaan papan luncur RM50-RM100 untuk 1-2 jam. Aktiviti ini boleh dibuat bergantung pada keadaan ombak.

Bagi kaki pancing pula, chalet ni turut menyediakan kayak untuk 2 orang dengan sewaan RM50/jam. Bolehlah memancing di laut ataupun kolam ikan private yang berhampiran.

Antara kemudahan lain yang ada berdekatan dengan chalet menghadap Pantai Penunjuk ni:

  • Giant Mall (4 kilometer)
  • Mesra Mall ada cinema (15-20 minit memandu)
  • Centre Point Plaza di Bandar Kemaman untuk shopping Batik (15 minit perjalanan)

Nama: Kijalena Inn

Alamat: Lot 316, Jalan Pantai Penunjuk, Kampung Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

No phone: 011-2199 8872

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/