Chalet Pemandangan Air Terjun Di Taiping Perak. Port Terbaik Untuk Percutian Alam Semulajadi.
Buka tingkap, terus nampak view air terjun! Tempat percutian macam ni mesti buatkan anda terpegun. Mana taknya, chalet pemandangan air terjun ni dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi, dengar pula deruan air terjun dan sungai mengalir 24 jam. Chalet ni dinamakan Ulu Tupai Rimba Alam yang terletak di Taiping Perak.
Tarikan utama tempat ni ialah keistimewaan air terjunnya yang privacy, tenang dan sejuk. Sesuai untuk anda yang sukakan percutian back to nature. Chalet ni terletak di kawasan pedalaman Taiping dan berada dalam kawasan tanah kebun persendirian. Jadi, kawasannya boleh dikatakan terjaga juga.
Nak masuk kawasan ni pun perlukan transport jeep untuk sampai ke destinasi. Seronok kan! Dah boleh gambarkan kawasan pedalaman yang jauh dari kesibukan bandar. Dapatlah tenangkan fikiran sekejap dari kerja hakiki kita.
RUMAH DEPAN AIR TERJUN
Chalet Ulu Tupai Rimba Alam ni berkonsepkan rumah kampung. Rumah kayu penuh dengan penuh persekitaran pokok-pokok menghijau dan berada betul-betul depan air terjun! Memang sejuk sepanjang masa. Dapat rasai pengalaman bermalam dengan dikelilingi bunyi-bunyian hutan.
Percutian kat sini lebih kepada percutian family, sebab banyak disediakan penginapan rumah kampung yang sesuai untuk keluarga, tak kira sama ada kecil atau besar. Bolehlah anda bawa keluarga dan saudara mara. Buat small family gathering di kawasan hutan air terjun macam ni.
PAKEJ RUMAH KAMPUNG
Ada beberapa pakej yang ditawarkan di sini:
Penginapan 2H1M Kategori Family Besar
- Chalet Teratak Anjung RM600.
- Sebiji rumah kampung induk dengan 3 buah bilik,2 bilik air dan 2 tandas. Kapasiti maksimum 10 orang dewasa dan 6 orang kanak-kanak.
- Ada dapur lengkap dengan perkakas memasak termasuk peti ais dan freezer.
- Ada ruang makan lengkap kerusi meja boleh memuatkan 12 orang.
Klik sini untuk lihat Hidden Gem Di Lenggong Perak. Tempat Glamping Cantik Tepian Sungai!
Penginapan 2H1M Kategori Family Besar
- Chalet Teratak Rimba RM600.
- Sebiji rumah kampung induk dengan 3 buah bilik, 2 bilik air dan 2 tandas. Kapasiti maksimum 10 orang dewasa dan 6 orang kanak-kanak.
- Ada dapur lengkap dengan perkakas dapur termasuk peti ais dan freezer.
- Ruang makan lengkap kerusi meja boleh memuatkan 12 orang.
Penginapan 2H1M Family Kecil
- Chalet Teratak Anakanda RM220.
- Bilik sederhana untuk 2 orang dewasa dan kanak-kanak tidak melebihi 4 orang. Ada bilik air dan tandas umum.
- Ada pangkin bawah bilik untuk kegunaan pelbagai.
Penginapan 2H1M Kelamin Atau Suami Isteri
- Chalet Teratak Bonda RM150.
- Bilik saiz kecil untuk 2 orang dewasa dan kanak-kanak tidak melebihi 2 orang. Ada bilik air dan tandas umum.
- Ada meja dan kerusi lipat.
Penginapan 2H1M Berkumpulan Lelaki @ Perempuan
- RM60 seorang untuk pakej 6-11 orang.
- RM55 seorang untuk pakej 12-21 orang.
- RM50 seorang untuk pakej 22-30 orang.
- Ada dapur dan perkakas memasak lengkap termasuk peti ais dan freezer, ruang makan dengan kerusi meja secukupnya.
- Ada 2 bilik air dan 2 tandas.
Kat sini bukan sahaja untuk percutian family, kalau anda datang berdua dengan pasangan atau nak berhoneymoon pun boleh. Bolehlah sekali sekala nak rasa percutian couple dalam rumah kampung di kawasan hutan.
Walaupun rumah kampung yang tak serba mewah, tapi masih selesa dengan kelengkapan asas seperti tilam, bantal, selimut, tuala, dan kipas. Itu pun dah memadai. Bukan nak duduk dalam bilik sepanjang masa je kan. Selebihnya mesti nak menikmati keindahan air terjun dan pemandangan di luar.
Apa lagi, kalau anda teringin nak menikmati percutian alam semulajadi sepenuhnya dengan suasana sejuk, jomlah rancang bersama keluarga atau kawan-kawan ke chalet pemandangan air terjun ni. Unik, dan susah untuk dapat percutian macam ni di tempat lain. Pasti dapat cipta moment yang tak boleh dilupakan.
Nama: Chalet Ulu Tupai Rimba Alam
Alamat: Ulu Kampung Ulu, 34000 Taiping, Perak.
No phone: 017 – 406 9221 (AYU)
Facebook: Chalet Ulutupai Rimba Alam