Chalet Rumah Kampung Kolam Air Sungai Di Raub Pahang, Percutian Tenang Suasana Kampung

0 7,693

Habiskan masa dengan keluarga kat kawasan perkampungan memang menyeronokkan. Kat sinilah tempat nak tenangkan fikiran dan jauh dari tekanan kerja. Lagi-lagi dapat bermalam dalam chalet rumah kampung yang boleh menggamit nostalgia kampung sendiri seperti yang berada di Raub Pahang ni.

Orang-orang yang berhampiran di sini, kalau ingin merasai penginapan betul-betul dalam suasana desa, sejuk dan nyaman, apa kata jom ke penginapan rumah kampung tradisional yang dinamakan Chalet Aki Pakcik yang berada di Raub Pahang ni.

Terletak di Ulu Dong, chalet rumah kampung ni tak kurang ciri-ciri seperti rumah kampung dulu-dulu yang bagi kita pelbagai kenangan manis seperti di kampung halaman sendiri.

Penuh dengan pohon-pohon menghijau di sekitar kawasan chalet, ianya memberikan ketenangan dan suasana sejuk dan nyaman, lagi-lagi pada waktu malam. Boleh dikatakan tempat ni sesuai untuk percutian santai hujung minggu bagi yang ingin meluangkan masa dengan keluarga dalam suasana kampung yang sebenar.

NIKMATI MANDI MANDA DI SUNGAI KAWASAN KAMPUNG

Apa yang menariknya di chalet ni ialah terdapat kolam renang mini yang bersumberkan air sungai. Sungainya pula terletak berhampiran iaitu hanya 100 meter sahaja dari chalet. Sesuai untuk aktiviti mandi manda bagi dewasa dan kanak-kanak. Bila bercuti di kawasan kampung ni, tak perlu aktiviti lain lagi dah. Mandi manda di sungai pun dah cukup puas.

Tambah menariknya lagi, bagi yang kaki pancing pun boleh melayan hobi memancing di sungai dan kolam ikan yang berhampiran tak kira masa.

Layanan yang diberikan dari pemilik chalet ni pasti bagi kepuasan pada pengunjung. Tambahan lagi kalau kena pada musim buah-buahan, dapatlah sesekali tetamu menikmati buah-buahan tempatan seperti duku langsat dan durian yang ada di dalam kawasan chalet ni. Seronok kan bila dapat makan buah-buahan tempatan segar yang baru sahaja dipetik atau gugur dari pokoknya.

Chalet Aki Pakcik ni terdapat 6 buah chalet yang kesemuanya adalah rumah style kampung. Dan ada di antaranya ialah chalet berbentuk A sesuai untuk bujang. Lebihkan konsep santai, penginapan ni sederhana namun selesa dan amat sesuai dengan harga yang ditetapkan.

CHALET 1

Chalet ni sesuai untuk 8 bilangan ahli keluarga. Di dalamnya ada 1 bilik dengan 1 katil queen, 2 toto, bantal, selimut, kipas dan tandas. Harga 1 malam ialah RM80‍‍‍‍.

CHALET 2

Chalet 2 juga sesuai untuk ahli keluarga yang ramai iaitu 8-10 orang. Di dalamnya turut ada 1 katil queen, 2 toto, bantal, selimut, kipas dan tandas. Harga 1 malam RM80.

CHALET 3 dan 4

Chalet ni merupakan rumah berkembar. Sama juga seperti Chalet 1 dan 2, ianya terdapat 1 katil queen, 2 toto, bantal, selimut, kipas dan tandas. Chalet ni boleh memuatkan sehingga 5 orang dalam 1 masa. Harga 1 malam ialah RM60‍.

CHALET 5 dan 6

Dua unit chalet ni berlainan berbanding Chalet 1,2,3 dan 4. Dengan konsep unik berbentuk A, ianya sesuai untuk bujang, dan terdapat 2 katil single, kipas, bantal, selimut di dalamnya. Kemudahan tandas pula terletak di luar. Chalet ni boleh memuatkan sehingga 3 orang. Harganya 1 malam ialah RM40.

Bila dah bercuti dalam suasana kampung ni, tak sah rasanya kan kalau tak buat masak-masak dan berbbq beramai-ramai dengan keluarga dalam suasana desa. Dapat pula menikmati juadah makan malam dalam suasana nyaman di bawah embun malam.

Nak bercuti ke Langkawi? Tapi masih ramai tak tahu di sini ada penginapan Homestay Tradisional Siap Kolam Renang yang terletak bersebelahan dengan sawah bendang. Antara penginapan yang best dan tenang di sini!

Di Chalet Aki ni turut ada sediakan dapur dan kemudahan bbq dengan harga yang amat berpatutan. Hanya RM30 sahaja untuk dapur dan RM30 untuk bbq stove dan arang.

Kemudahan dapur di sini lengkap dengan periuk nasi, meja, kerusi, gas, peti ais, blender, kettle, kuali, periuk, pinggan, mangkuk dan macam-macam lagi. Lengkaplah kiranya seperti di rumah sendiri. Tak perlu bersusah payah membawa perlatan sendiri. Hanya perlu bawa bahan-bahan masakan sahaja.

Bagi orang-orang bandar yang nak merasai betul-betul penginapan kampung desa atau rindu nak mandi sungai, jom lah ke chalet ni. Rasai sendiri pengalaman tidur dalam suasana kampung ditemani bunyi unggas dan cengkerik pada waktu malam.

Nama: Chalet Aki Pakcik

Alamat: Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub Pahang.

No phone: 014-939 0252

Leave A Reply

Your email address will not be published.