Chalet Sebelah Sungai Lata Yang Sejuk Di Kaki Gunung Kg Sempeneh, Perak

0 14,149

Lata Sempeneh antara port air terjun dan sungai yang best dan seronok untuk bercuti di negeri Perak. Mana tidaknya. Suasana kat sini nyaman dalam kawasan kampung yang dinamakan Kg Sempeneh. Masuk je kawasan kampung ni terus nampak gunung-gunung dan pokok menghijau kat kiri kanan. Tambahan lagi kalau dapat menginap chalet sebelah sungai lata yang sejuk untuk percutian tenang alam semula jadi sebegini. Memang tak rugi bawa family bercuti!

 

 

Air sungai jeram ni memang kita tahu tahap kesegaran dan kesejukan airnya. Kalau mandi-manda tu, kadang-kadang 10 minit sahaja dah cukup terasa kesejukannya sampai ke tulang. Bagi yang tak biasa tu, mungkin ini pengalaman baru bagi anda untuk merasai percutian ke kawasan jeram lata sebegini.

 

 

 

Terletak di Batu Kurau, sepanjang perjalanan nak masuk ke dalam kawasan Kg Sempeneh boleh nampak aliran jeram sungai Kurau ni, dan ada banyak port-port mandi yang pengunjung boleh singgah. Parking je kereta dah boleh berkelah atau sewa pondok-pondok yang ada di sana.

 

 

 

 

Namun bagi sesiapa yang ingin merasa bermalam dalam suasana kampung yang nyaman dan sejuk kat kawasan lata ni, boleh masuk ke dalam lagi. Terdapat beberapa penginapan yang pengunjung boleh bercuti dan bersantai bersama keluarga.

Salah satu penginapan yang boleh menjadi destinasi ialah chalet kontena yang dinamakan Chalet Sempeneh Riverfront yang terletak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Batu Kurau.

 

 

Chalet ni betul-betul kat depan aliran sungai lata. Berdekatan pula dengan Gunung Sempeneh dan hutan yang menjanjikan kepuasan pada sesiapa yang sukakan percutian alam semula jadi. Sejuk dan segar sangat dengan suasana kabus, lagi-lagi pada waktu pagi dan malam.

 

 

 

 

Berada dalam kawasan yang lapang, bersih dan dijaga rapi, chalet ni sesuai untuk pengunjung bercuti santai dengan keluarga atau nak buat family day. Penginapan kontena ni simple namun memberikan keselesaan pada pengunjung termasuk ada penghawa dingin.

 

 

 

 

Yang lebih menariknya, pengunjung boleh mendengar air sungai menderu-deru dari dalam bilik. Betul-betul percutian luar biasa yang pasti memberikan kepuasan pada pengunjung.

Di sini terdapat 3 jenis penginapan yang boleh menjadi pilihan.

▶️ Chalet Biasa (10 unit) dengan harga RM100/malam

 

 

▶️ Chalet VIP (2 unit) berharga RM140/malam

 

▶️ Chalet Dorm (2 unit) berharga RM280/malam

Dan pada sesiapa yang berminat nak ber’camping’ atau bermalam dalam khemah pun boleh. Terasa keseronokannya dapat bermalam dalam suasana sejuk dan bersebelahan dengan aliran sungai yang nyaman. Yang tak biasa bercamping dan sesekali nak cari pengalaman pun sesuai sangat lakukannya di sini.

 

 

Untuk menyewa tapak khemah hanya RM50 sahaja termasuk elektrik dan tandas. Kemudahan tandas dan surau hanya berdekatan dan beberapa langkah je dari tapak berkhemah.

 

Pemandangan Gunung Baling, dan sungai yang luas terletak di hadapannya je! Jom ke Chalet Asyuk Maju ni untuk merasai percutian pemandangan gunung dan sungai yang nyaman di negeri Kedah ni!

Di chalet sebelah sungai lata ni juga terdapat gerai jualan makanan ringan, dan kalau nak dapatkan makanan berat boleh tempah dari pihak chalet secara buffet, bbq dan ala carte. Sepanjang stay di sini tak perlu risau nak cari makan di luar. Nak berbbq waktu malam dengan suasana bunyi-bunyian serangga hutan dan air jeram pun syok dan nyaman sangat.

Yang lagi bestnya, kalau tiba musim durian, pengunjung pun boleh menikmati durian di sini yang agak popular berbanding tempat lain.

Selain tu, ada juga aktiviti lain yang boleh dibuat. Di sini pihak chalet turut juga menyediakan tempat untuk program team building. Dah tentu ada aktiviti rekreasi, flying fox dan karaoke. Kalau pengunjung ingin mencuba, boleh request dari pengurusan di sana.

Dah boleh gambarkan keseronokannya sepanjang bercuti di sini kan? Jadi bagi sesiapa yang ingin merancang family day atau nak bercuti kawasan jeram lata yang sejuk yang jauh dari bandar tu, bolehlah masukkan Sempeneh Riverfront ni sebagai salah satu port percutian anda.

 

 

 

 

Nama: Sempeneh Riverfront Chalet

Alamat: 314 Jalan Perkelahan Kampung Sempeneh Cempaka 34500 Batu Kurau, Perak

No phone: 019-500 1640

Leave A Reply

Your email address will not be published.