#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Bunyi Deruan Air Sungai Dan Pemandangan Indah Dari Bilik, Jom Bercuti Di Chalet Tepi Sungai Bersih Dan Nyaman Di Raub Pahang Ni

0 9,689

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Mula-mula perjalanan menuju ke chalet di Raub ni, boleh membuatkan kita rasa cemas sebab kelihatan hutan je di kiri dan kanan.

Namun selepas dengar je bunyi deruan air sungai, perasaan teruja tu terus datang. Ditambah lagi ternampak pemandangan yang cukup indah dan memukau di depan mata.

Chalet tepi sungai bersih dan cantik di Raub ni memberikan suanana yang nyaman.

Bukan sahaja kerana aliran air sungai yang jernih tu, tapi disebabkan persekitarannya yang dijaga rapi, kemas dan kedudukan chalet menghadap sungai dan berhampiran je antara satu sama lain.

Terletak di Hulu Dong Raub, chalet ni sesuai untuk bercuti santai dan beriadah dengan keluarga.

Boleh dikatakan percutian sepenuhnya bertemakan alam semulajadi dan jauh dari bandar. Boleh membuatkan pengunjung lupa sebentar akan kesibukan kerja bila menghabiskan masa di sini.

Sebagai salah satu tempat eco pelancongan yang terbaik di negeri ni, pengunjung bukan sahaja boleh mandi sungai, berbbq, dan menikmati pemandangan yang indah.

Tempat ni juga terdapat pelbagai aktiviti santai lain yang boleh diluangkan bersama keluarga.

Dari memancing, sukan outdoor seperti flying fox, barrel train, sehingga ke in-house game seperti pingpong, carrom, darts dan badminton.

Dari pagi ke malam, dah tentu masa percutian tu dapat dipenuhi dengan bermacam aktiviti menarik yang disediakan di sini.

KOLAM RENANG SLIDING

Bukan tu je. Kat chalet ni juga terdapat kolam renang siap ada mini slide yang boleh menjadi tarikan kepada kanak-kanak.

Dah puas mandi sungai yang sejuk dek celahan batu tu, mugkin boleh sambung mandi pula kat kolam renang yang ada sliding ni. Dan tentu anak-anak yang paling seronok!

Penginapan di sini dijamin keselesaannya. Walaupun kawasan hutan dan perkampungan, kemudahannya tiptop dan amat memuaskan hati tetamu yang pernah datang ke sini.

Pelbagai jenis penginapan yang ada. Dari keluarga kecil, keluarga besar, reunion sehingga kumpulan besar untuk team building, semua boleh menginap di sini.

ADA CHALET BETUL-BETUL MENGHADAP SUNGAI

BILIK DELUXE (menghadap sungai)

  • 2 unit
  • Untuk 4 dewasa
  • 2 katil queen
  • Aircond, tv & Astro Njoi, tandas ada water heater
  • Harga RM199/malam

BILIK CABIN (menghadap sungai)

  • 2 unit
  • Untuk 3 dewasa
  • 1 katil queen dan 1 katil single
  • Aircond, tv & Astro Njoi, tandas ada water heater
  • Harga RM169/malam

BILIK SUPERIOR (menghadap kolam ikan)

  • 3 unit
  • Untuk 3 dewasa
  • 1 katil queen dan 1 katil single
  • Aircond, tv & Astro Njoi, tandas ada water heater
  • Harga RM175/malam

Nak rasai pengalaman yang sama bermalam kat chalet kampung berdekatan sungai di Ulu Selangor, Jom Ke Sini!

BILIK STANDARD

  • 6 unit (kipas sahaja)
  • Untuk 2 dewasa
  • 2 katil single
  • Harga RM69/malam

MINI DORM

  • 1 unit
  • Untuk 8 dewasa
  • 8 katil single
  • Aircond, kipas, tv & Astro Njoi, tandas
  • Harga RM259/malam

MEDIUM DORM

  • 3 unit (berkipas)
  • Boleh muatkan 28 dewasa dalam 1 unit
  • 14 katil double decker
  • Harga RM420/malam

LARGE DORM

  • 1 unit (berkipas)
  • Boleh muatkan 40 dewasa
  • 28 katil double decker
  • Harga RM580/malam

Jika dibandingkan dengan tempat lain, boleh dikatakan chalet tepi sungai bersih dan nyaman ni menawarkan harga yang sangat berpatutan. Amat berbaloi dengan suasana nyamannya dan kemudahan yang lengkap.

Bila dah berkampung kat kawasan hutan dan sungai ni, dah tentu susah nak dapatkan makanan dari luar. Namun, tak perlu risau. Selain boleh bbq, kat sini turut ada dapur bagi pengunjung yang nak masak sendiri.

Kalau nak dapatkan perkhidmatan makanan pun boleh tempah dari pihak chalet dengan pakej:

  • 2 kali makan: RM26/orang (dewasa) dan RM15/orang (kanak-kanak)
  • 3 kali makan: RM35/orang (dewasa) dan RM20/orang (kanak-kanak)

Berikut pula harga pakej bagi aktiviti-aktiviti riadah dan santai yang boleh dibuat di sini:

MEMANCING

  • Waktu operasi 8 pagi hingga 12 tengah malam
  • Ada ikan tilapia, patin, jelawat, baung, tongsan dan tengas
  • RM10/joran (1-5 jam)
  • Timbang ikan – RM15/kg
  • *Add on sewa joran RM5/unit
  • *Deposit RM50

FLYING FOX

  • RM5/seorang untuk 2 round

JOY BARREL TRAIN

  • Dewasa RM5/orang
  • Kanak-kanak RM3/orang (bawah 12 tahun)

KARAOKE SET

  • RM250 (3 jam)

CARROM, PING PONG, DARTS DAN BADMINTON

  • RM5/jam
  • *Deposit RM50 sebagai perlindungan peralatan

Apa lagi, jom merancang bercuti ke sini. Pasti percutian tak akan bosan dengan aktiviti yang pelbagai ni di samping dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Nama: CHEMERKAW VILLAGE CAMP RESORT

Alamat: Kg Peruas, Hulu Dong, Raub Pahang

No phone: 09-365 9615 / 019-994 9095

Leave A Reply

Your email address will not be published.