Chalet Tepi Sungai Di Kampar, Siap Ada Kolam Renang Air Pergunungan Untuk Percutian Tenang Kawasan Kampung

0 2,203

Dalam banyak-banyak port percutian, penginapan tepi sungailah paling best sekali kan. Jika diberi peluang bercuti, kalau ianya bukan tepi pantai, yang menjadi kegilaan sudah pasti percutian kawasan perkampungan yang menghijau. Di sinilah kita mendapat ketenangan yang sebenar. Bagi yang sukakan kawasan kampung yang penuh dengan bunyi burung berkicauan dan deruan air sungai, apa kata jom ke chalet tepi sungai di Kampar Perak ni.

Chalet ni betul-betul dalam kawasan perkampungan yang privacy dan sunyi. Terletak di Sahom Kuala Dipang, Kampar, suasananya sangat mendamaikan lagi-lagi bila terdengar deruan air sungai yang mengalir dari pergunungan Banjaran Titiwangsa. Sejuk dan nyaman sangat rasanya!

‍‍‍‍‍‍Penginapan ni dinamakan Sahom Damai Chalet. Berada dalam kawasan kampung yang penuh pokok-pokok menghijau dan bersebelahan sungai menjadikan ia sebagai tempat percutian yang lebih santai dan relaks berbanding dengan percutian di hotel. Udara yang sejuk dan segar boleh dinikmati tanpa perlukan penghawa dingin lagi.

Apa yang menariknya, selain tarikan sungai yang ada, di sini juga terdapat kolam renang yang bersumber air sungai. Walaupun ianya dari air sungai yang disedut masuk, boleh juga dibuat mandi-manda biasa dan berendam bagi sesiapa yang lebih sukakan kolam renang. Siap ada pancuran air dalam kolam lagi. Berada berhampiran je dengan chalet, kolam ni sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Chalet tepi sungai di Kampar ni simple je, namun persekitarannya sangat bersih dan selesa. Dari sungai sehinggalah ke chalet dan kolam mandi, kawasannya sentiasa bersih dan dijaga rapi. Dengan adanya halaman dan persekitaran yang luas, chalet ni sesuai juga untuk dijadikan tempat percutian bersama keluarga.

Di sini terdapat 6 unit chalet yang terletak dalam satu kawasan yang lapang. Halaman yang luas di sini boleh juga dijadikan tempat parking kereta atau nak buat permainan hari keluarga. Rumput-rumput yang menghijau di halaman ni menambahkan lagi keseronokkan untuk buat aktiviti beriadah dan bersukaneka bersama family. Macam kat kampung halaman sendiri pula.

Keenam-enam chalet ni harganya sama sahaja iaitu RM150 satu malam. Yang menariknya, salah 1 unit unit chalet di sini agak unik dalam bentuk gua. Setiap unit chalet ada 2 katil queen dan 1 katil bujang jenis double decker yang sesuai untuk 5-7 orang. Dan bagi sesiapa yang ingin menambah bilangan tetamu boleh menambah RM5 sahaja untuk seorang.

Klik sini untuk lihat resort depan sungai yang ada aktiviti extreme air seperti water rafting di Gopeng, Perak!

Kemudahan dalam chalet ni ialah tv, water heater, kipas dan iron. Kecuali bagi chalet yang berbentuk gua yang tiada tv buat masa ni. Selain dari tu kemudahan lain yang ada ialah surau, dewan dan kawasan untuk pengunjung buat aktiviti.

Sudah pasti bila dah bercuti dalam kawasan kampung dan tepi sungai ni, antara aktiviti yang paling best sekali ialah berbbq dan makan beramai-ramai sambil menghadap sungai yang mengalir. Santai dan tenang sangat!

Di sini turut disediakan pondok untuk tetamu berehat-rehat dan menikmati santapan berhadapan dengan sungai. Siap ada tempat bbq dan kemudahan dapur yang boleh disewa dengan harga RM50 sahaja. Lepas makan-makan dengan keluarga, boleh terus terjun mandi sungai.

Bagi pengunjung yang tidak biasa dengan suasana percutian sebegini, pengalaman berkelah dan bersantai di tepian sungai ni pasti amat menerujakan kerana menghidupkan suasana perkampungan yang sebenar. Dah cukup syok percutian sebegini kan.

Jadi, bagi sesiapa yang berdekatan dengan tempat ni, jom plan percutian hujung minggu dengan family di chalet tepi sungai dalam kawasan kampung yang tenang dan nyaman di Sahom, Kampar ni.

Nama: Sahom Damai Chalet

Alamat: 31850 Kampar, Perak

No phone: 017-507 7524 / 019-563 7275

Leave A Reply

Your email address will not be published.