Chalet Betul-Betul Tepi Sungai Yang Bersih Dan Jernih Di Lenggong Perak! Port Cuti Lain Dari Yang Lain Untuk Pencinta Alam Semulajadi

0 47,789

Lenggong sememangnya menjadi tempat yang terkenal dengan destinasi percutian yang berdekatan dengan sungai. Kaya pula dengan flora dan fauna. Bagi pencinta alam semula jadi pasti tak akan melepaskan peluang untuk jejakkan kaki ke sini. Terdapat banyak lambakan penginapan dan port terbaik yang boleh dijadikan tempat percutian keluarga. Salah satunya ialah chalet betul-betul tepi sungai yang ada di daerah Utara Perak ni.

Dinamakan Lenggong Longhouse Campsite, penginapan di sini jenis chalet dan pondok santai yang beratap daun nipah, dan berdekatan dengan air terjun. Penginapan yang tenang dalam suasana kampung dan pedalaman ni amat sesuai bagi yang sukakan kedamaian dalam kawasan hutan yang jauh dari bandar. Lupakan sekejap telefon bimbit dan internet! Percutian back to nature di sini pasti amat memuaskan hati.

Sampai sahaja di sini, pengunjung pasti terpesona dengan persekitaran tempatnya. Mana tidaknya, jika dilihat penginapan-penginapan percutian lain di Malaysia ni, bukan senang nak merasai bermalam dekat chalet betul-betul tepi sungai macam ni. Dari dalam pondok pun dah boleh dengar air sungai yang mengalir tenang.

Janda Baik pun terkenal dengan chalet penginapan yang berdekatan dengan sungai. Jom lihat chalet ni yang merupakan antara chalet yang cantik di sini dan mempunyai bilik depan sungai sahaja!

Apa yang menarik perhatian ialah binaan pondoknya yang boleh dibuat tempat berehat dan bersantai. Ianya terletak hanya di tepian air. Jaraknya yang hanya beberapa meter sahaja pasti akan memberikan nikmat ketenangan pada tetamu yang duduk bersantai di situ. Keluar pondok boleh terus masuk kaki ke dalam sungai.

Dengan air sungai yang sejuk dan segar, udara nyaman dari pepohon hijau di sekeliling dan pemandangannya, pengalaman bercuti di sini dengan orang tersayang pasti tak boleh dilupakan. ‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍

Tahap kebersihan air sungai di sini tak perlu dibimbangkan lagi. Airnya begitu segar dan fresh keluar dari celahan batu yang amat sejuk dan menyegarkan. Boleh dikatakan kalau berendam pada waktu pagi tu, cukup 5 minit sahaja dah cukup buat kita menggigil.

Sesiapa yang suka percutian yang lain dari yang lain boleh memilih Lenggong Longhouse Campsite ni. Bukan sahaja percutian biasa, ianya juga sesuai untuk dijadikan tempat percutian hari keluarga atau berkumpul bersama kawan-kawan.

Di sini terdapat 3 jenis penginapan best yang boleh dipilih oleh pengunjung. Sesuai dengan konsep santainya, chalet ni menawarkan penginapan yang sederhana dan memberikan pengalaman bermalam ala suasana kampung.

Chalet 1

Chalet ni mempunyai 2 unit yang berharga RM150/unit untuk satu malam. Kemudahan yang ada di dalamnya ialah 4 bantal dan 2 toto. Bagi yang berkeluarga, sesuai menginap di dalam chalet ni kerana boleh memuatkan 4 hingga 5 orang dewasa di dalam 1 unit.

Chalet 2

Bagi chalet ni pula, ianya ada 5 unit chalet. Harga 1 malam ialah RM130/unit. Berbeza dengan Chalet 1, di Chalet 2 ni boleh memuatkan 2 hingga 3 orang dewasa dan terdapat 1 tilam queen dan 2 bantal di dalamnya.

Pondok

Bagi pondok pula, ianya lebih santai berbanding penginapan jenis chalet. Terdapat 4 unit di sini dan di dalam setiap pondok tidak disediakan apa-apa namun boleh memuatkan sehingga 4-5 orang dewasa. Harganya semalam ialah RM100.‍‍‍‍‍‍

Selain daripada bermalam dalam pondok atau chalet, bagi yang ingin merasai suasana bercamping pun boleh memilih untuk bermalam di dalam khemah. Sewa khemah berserta tapak hanya RM50 sahaja. Setiap khemah boleh memuatkan 2-3 orang bergantung kepada keselesaan.

Tak ketinggalan juga bagi sesiapa yang ingin buat program hari keluarga atau percutian family yang besar. Untuk pengetahuan, tempat ini boleh disewa dengan pakej tempahan 1 Longhouse Campsite ni dengan kos RM1800 sahaja. Pengunjung boleh conquer kesemua chalet dan pondok di sini yang termasuk sekali dengan dewan yang ada.

Bukan tu sahaja, pihak chalet juga turut menyediakan pakej makanan dengan harga serendah RM28 sekepala untuk makanan 3 kali sehari.

▶️ Makan pagi = Nasi lemak + 3 kuih muih

▶️ Makan tengah hari = Nasi lauk kampung

▶️ Makan malam = Steamboat tomyam + nasi putih

Tak perlu lagi pengunjung bersusah payah untuk memasak sendiri atau mencari makanan dari luar sepanjang penginapan di sini bersama keluarga.

Sesiapa yang merancang bercuti dan berhari keluarga tu boleh masukkan tempat ni dalam senarai port percutian nanti. Rasai sendiri pengalaman bermalam dalam pondok sambil menikmati bunyi unggas malam serta deruan air sungai yang tenang di sini.

Lokasi : Lenggong Longhouse Campsite

Alamat : 33400 Lenggong, Perak

Contact no : 05-767 4235 / 012-200 3982 / 013-338 6567

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100