Chalet Unik Ala Bali Di Port Dickson, Seni Binanya Yang Cantik Dalam Kawasan Perkampungan

0 54,098

Jenis penginapan yang ada di setiap tempat pelancongan ni memang selalu menjadi faktor utama yang kita lihat bila hendak bercuti. Baik dari segi penginapan mahupun apa yang ada di sekitar kawasannya. Ramai antara kita yang selalu berangan-angan untuk bercuti ke luar negara kerana kita fikir di sana ada pelbagai jenis atau ‘style’ penginapan yang boleh dipilih, lebih-lebih lagi kita selalu dengar mengenai chalet unik ala bali yang sememangnya menjadi percutian idaman setiap orang. Jangan tak tahu, di Port Dickson juga ada penginapan sebegini yang memberikan ‘vibe’ seolah-olah berada dalam chalet di Bali.

Apa yang menariknya di chalet ni bukan sahaja seni binanya, malahan pengunjung dapat merasai suasana bercuti dalam kawasan yang penuh dengan pokok kehijauan. Dikelilingi pula pokok buah-buahan seperti rambutan, kuinin, mangga dan jambu yang ada di persekitarannya.

 

 

Chalet unik ala Bali ni berada dalam kawasan perkampungan di Jalan Pantai Si Rusa Port Dickson! Jika kena pada musimnya waktu pengunjung datang ke sini, dapatlah berkampung dan menikmati buah-buahan tempatan yang ada di sekitar chalet ni.

 

 

 

Menarik kan? Mana tidaknya, pengunjung dapat merasai nikmat ketenangan bercuti dalam kawasan perkampungan, di samping menginap dalam chalet yang berkonsep reka bentuk ala Bali. Dapat pula makan buah-buahan tempatan yang ada. Seolah-oleh berada di kampung halaman sendiri pula.

 

Penginapan ini dinamakan De Valda’s Chalet. Bercuti ke sini menjanjikan suasana privacy dan tenang. Chalet ni baru sahaja beroperasi pada bulan Januari tahun 2020. Sudah tentu ianya masih ‘fresh’ dan tiptop lagi dari segi kemudahan dalam bilik dan di persekitarannya.

Yang menariknya lagi, di sini terdapat juga kolam renang yang berada betul-betul depan bilik je. Kalau bercuti dengan anak-anak tu, mudah bagi ibu bapa memantau anak-anak yang sedang mandi di kolam hanya dari beranda chalet sahaja.

 

Mengenai penginapan, di sini terdapat 3 unit chalet jenis studio yang berdekorasi unik dan diilhamkan oleh rumah di Bali.

 

Dinamakan Bilik Aster, Bilik Daisy, dan Bilik Oleander, masing-masing mempunyai 1 katil queen dan 1 extra tilam single. Kemudahan di dalamnya termasuk penghawa dingin, bilik air dengan water heater, tv dan astro, sofa, bar fridge, kettle, iron, hair dryer dan towel. Sejadah juga turut disediakan untuk kemudahan bersolat. Lihat pada kesemua kemudahan ni, boleh dikatakan ianya amat lengkap dan juga selesa.

 

 

Setiap unit bilik ni boleh memuatkan sehingga 5 orang dewasa. Bagi yang tak membawa tilam atau toto sendiri, boleh minta dari pihak chalet untuk penambahan tilam lagi dalam setiap bilik.

Harga semalam untuk 1 unit chalet ni ialah RM150 pada hari biasa, manakala hujung minggu dan cuti am pula ialah RM180.

Bercuti-cuti santai di sini pada hujung minggu pasti menyeronokkan. Dapat berehat sepenuhnya dalam kawasan kampung, mandi manda di kolam, serta dapat makan-makan dan berbbq pada waktu malam. Suasana malam di sini sungguh indah dan nyaman. Terasa kelainannya bila menginap di sini.

 

 

 

Tak usah pening bagaimana nak memasak. Di sini turut ada menyediakan outdoor kitchen dan kemudahan bbq. Boleh berkampung sakan dengan family sepanjang percutian di sini.

 

 

Malahan, bagi yang ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan Port Dickson, chalet ni juga berhampiran sahaja dengan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Paling menariknya, berdekatan dengan pantai-pantai yang indah dan popular di sekitar Port Dickson. Antaranya Teluk Kemang, Pantai Saujana Batu 4, Pantai Cahaya dan Pantai Cunningham. Nak berkelah dan bersuka ria dengan aktiviti laut pun boleh dilakukan di sini. Perjalanan ke pantai-pantai ni tidak lebih dari 5 minit perjalanan sahaja!

 

 

 

 

Yang nak ke Port Dickson untuk buat hari keluarga, jom menginap di chalet kabin ada kolam renang depan bilik ni! Bilik kabin yang moden, kolam renang yang luas dan kawasan privacy sesuai untuk percutian beramai-ramai dengan family.

Selain dari tu, pengunjung berpeluang untuk merasai juadah makanan yang popular yang terdapat di Port Dickson ni. Antaranya Cendol Bakar, Coconut Shake dan macam-macam lagi. McD 24 jam dan Kfc juga antara tempat makan yang terdekat yang boleh didapati di sini.

Kelebihan lain bagi chalet ni ialah ianya berdekatan dengan tempat kemudahan, antaranya Pekan PD, family store, petrol pam, atm machine, klinik dan hospital. Mudah sahaja bagi pengunjung untuk akses ke tempat-tempat ni untuk mendapatkan kemudahan yang ada.

Jadi bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Port Dickson tu, bolehlah masukkan tempat ni dalam list percutian. Bukan sahaja dapat merasai suasana kampung yang nyaman dan chalet ala balinya, pengunjung juga mudah sekali untuk bercuti di pantai-pantai menarik yang ada di sini.

 

Nama: De Valda’s Chalet

Alamat: Lot 104B KM10, Jalan Pantai 71050 Si Rusa Port Dickson, NS

No phone: 017-318 6543 / 014-723 0437 / 017-666 4796

Leave A Reply

Your email address will not be published.

bakarat online

ibcbet

slot gacor

https://www.fcsagency.org/

https://redrokk.com/

slot bet 100

slot deposit qris