#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Hotel Kabin Dalam Hutan, Umpama Tidur Hotel Mewah Di Hutan Hulu Selangor

0 6,194

Terletak di Kuala Kubu Bharu dan hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, hotel kabin dalam hutan ni betul-betul berikan pengalaman bercuti dalam hutan tropika.

Masuk je di kawasan penginapan ni, korang akan rasai suasana sejuk, dan bunyi-bunyian binatang dalam hutan.

Selalunya kita seronok bercuti kat hotel-hotel mewah di bandar dan tepi pantai, tapi sekali sekala kalau dapat menginap sambil ditemani bunyi unggas dan cengkerik, mesti lagi seronok dan bagi pengalaman baru.

Bilik penginapan dalam kabin ni cukup selesa. Lagi-lagi dapat pula korang tengok pemandangan pokok-pokok di sekeliling kabin dan juga view kolam renang depan bilik.

Bertambah seronoknya tu, dari dalam bilik korang boleh dengar bunyi air terjun yang terdapat kat dalam hutan tropika ni. Betul-betul percutian kat sini menjanjikan ketenangan dan lari dari kesibukan kota.

NAMA JE TINGGAL DI HUTAN, TAPI BILIK DEKORASI HIPSTER!

Kat sini ada 12 buah bilik penginapan dengan saiz kecil, sederhana dan besar. Boleh dikatakan setiap bilik ni ada kelengkapan yang sempurna dan dekorasi yang hipster. Bak kata orang, simple tapi bergaya!

Korang tak kan rasa macam tinggal dalam kawasan hutan, malah macam menginap kat hotel biasa di bandar!

ADA PROMOSI 30%  SEHINGGA 31 JULAI 2020!

BILIK KECIL (4 bilik)

  • 1 katil queen
  • 2 orang dewasa
  • 160 sqft
  • Weekdays (Promosi RM126/malam dari harga asal RM180)
  • Weekend dan public holiday (Promosi RM161/malam dari harga asal RM230)

BILIK SEDERHANA (7 bilik)

  • 1 katil queen dan 1 tilam atas lantai
  • 2 orang dewasa (maksimum 3 orang)
  • 192 sqft
  • Weekdays (Promosi RM168/malam dari harga asal RM240)
  • Weekend dan public holiday (Promosi RM203/malam dari harga asal RM290)

BILIK BESAR (1 bilik)

  • 1 katil queen dan 4 tilam atas katil double deck
  • 2 orang dewasa (maksimum 6 orang)
  • 320 sqft
  • Weekdays (Promosi RM259/malam dari harga asal RM370)
  • Weekend dan public holiday (Promosi RM294/malam dari harga asal RM420)

Kesemua bilik ni lengkap dengan kemudahan aircond, tandas dengan water heater, tuala, dan toiletries.

Yang bestnya tu ada balkoni di depan bilik untuk korang duduk santai sambil nikmati pemandangan hutan dan kolam renang.

Serendah RM49 seorang! Klik sini untuk lihat penginapan resort berdekatan pantai dan dikelilingi pokok-pokok semulajadi.

Bagi korang yang nak booking keseluruhan tempat, had maksima untuk kesemua 12 bilik ni ialah 35 orang dewasa. Setiap orang yang melebihi muatan bilik akan dikenakan caj berpatutan iaitu RM30 seorang. Bolehlah korang set percutian keluarga yang lebih besar di sini atau percutian bersama kawan-kawan.

Selain dari tu, hotel kabin dalam hutan ni pun ada perkhidamatan sarapan pagi nasi lemak bungkus, kopi, minuman coklat dan perkhidmatan roti bakar 24 jam.

Dan untuk dapatkan pilihan makanan lain pun tak ada masalah. Ada banyak pilihan restoran yang hanya 5 minit sahaja perjalanan ke pekan Kuala Kubu. Tak perlu korang susah-susah bergerak jauh untuk dapatkan makanan.

Nak memasak sendiri pun no hal! Bersesuaian dengan harga penginapan, kat hotel ni turut ada perkhidmatan dapur kongsi yang cukup kelengkapannya. Tak perlu lagi korang bawa peralatan memasak sendiri dari rumah.

Kalau bercuti bersama keluarga tu, tak lengkap pula rasanya kalau tiada bbq. Jangan risau, bbq set pun boleh disewa dengan harga RM30 sahaja per set! Korang boleh sewa bbq pit, arang, fire starter, perlatan memasak bbq, pinggan mangkuk, sudu garfu dan tray.

BOLEH BUAT AKTIVITI PENGEMBARAAN DALAM HUTAN

Menariknya lagi, bukan hanya penginapan kabin dan kolam renang je korang dapat nikmati kat sini. Ada macam-macam lagi aktiviti adventure dalam hutan yang boleh diterokai. Contohnya ialah aktiviti water rafting, river trek dan night jungle experience.

WATER RAFTING

Boleh dilakukan dalam tempoh 4 jam bermula dari jam 9 pagi. Perjalanan korang mengemudi sungai ialah sejauh 7km. Kosnya ialah RM230 seorang dengan minimum 3 orang, dan akan dilengkapi dengan makanan tengahari, kemudahan asas bilik mandi dan persalinan. Sekali seumur hidup, apa salahnya rasai pengalaman meredah arus sungai ni!

RIVER TREK

Aktiviti river trek ni boleh mendekatkan lagi diri dengan alam semulajadi. Korang berpeluang untuk melihat sendiri hidupan hutan, dapat pengalaman menyeberangi sungai dengan batu-batu besar, menikmati air terjun dan kesegaran air sungai. Makanan tengahari boleh juga dinikmati sambil lepak santai di kawasan air terjun. Kosnya ialah RM150 seorang dengan minimum 2 orang. Diskaun boleh dinikmati sekiranya lebih dari 2 orang.

JUNGLE EXPERIENCE

Bermula 8 malam, dan tempoh perjalanan selama 4 jam, korang berpeluang menerokai hutan pada waktu malam. Setiap orang akan dibekalkan lampu, dan mula berjalan menyusuri sungai, melihat habitat haiwan, pengalaman main air terjun waktu malam dan pengalaman berada dalam kolam air panas semulajadi. Harganya ialah RM80 seorang dengan minimum 2 orang. Dan diskaun boleh dinikmati sekiranya lebih dari 2 orang. Waktu ni lah nak mencabar diri untuk meredah hutan pada waktu malam kan!

 

Apa lagi. Sementara tengah promosi penginapan ni, jom booking cepat sebelum promosi tamat. Boleh korang rasai tidur kat kawasan hutan tropika dan nikmati suasana alam semula jadi.

Nama: Sarang by The Brook

Alamat: PT1742, Jalan Seruling 20, Taman Seruling, Kuala Kubu Bharu

No phone: 019-332 2448

Leave A Reply

Your email address will not be published.