Nak Short Getaway Hujung Minggu? Jom Ke Chalet Kabin Kolam Renang Di Kuala Kangsar Ni.

0 4,290

Rindu nak bercuti dan meluangkan masa dengan keluarga pada hujung minggu. Sekarang ni cuti sekolah atau bukan cuti sekolah pun masih ada ibu bapa yang nak bawa anak bercuti. Tak perlu pergi jauh-jauh pun. Chalet kabin kolam renang di Kuala Kangsar ni antara salah satu tempat menarik anda boleh berseronok dengan keluarga.

Bagi yang berada di negeri Perak, kalau nak cari tempat untuk short getaway hujung minggu bersama anak-anak, bolehlah ke sini. Sangat menarik, chalet yang berkonsep kabin ni tak jauh pun dari kawasan bandar, dan bersebelahan je dengan Galeri Sultan Azlan Shah.

Penginapan kabin di sini selesa disamping lengkap dengan slot bonus 100 to 3x kemudahan. Siap ada kolam renang depan mata. Ibu bapa tak perlu bayar kos lebih untuk cari tempat percutian menarik. Bercuti kat tempat ni pun pasti anak-anak dah cukup gembira.

FAMILY GATHERING

Kat sini ada beberapa jenis bilik kabin yang harganya mampu milik. Serendah RM120 anda dah boleh dapat menginap di bilik kabin untuk 2 orang. Kalau nak bercuti bersama keluarga yang ramai dan kawan-kawan pun sesuai.

Walaupun ianya di kawasan bandar, chalet kabin ni agak privacy sebab dikelilingi tembok. Dan orang luar pun tak dibenarkan masuk terutama untuk mandi kolam renang. Hanya terbuka untuk pengunjung sahaja.

Jadi, kalau anda nak buat small family gathering, amat sesuai booking keseluruhan tempat. Boleh bersuka ria dengan keluarga anda sahaja. Harga pun tak begitu mahal kalau nak booking keseluruhannya.

LUAS, BERSIH DAN CANTIK

Apa yang menariknya, rata-rata yang dah sampai ke sini berpuas hati dengan keadaan bilik yang luas. Halaman dan kolam renang pun bersih dan cantik. Kat sekitar kawasan chalet turut ada tempat berehat dan ruang santai untuk ibu bapa teman anak-anak bermain dan mandi kolam.

Klik sini untuk lihat Chalet Kabin Kawasan Kampung Untuk Percutian Tenang Di Negeri Sembilan.

Di sini ada 5 pilihan bilik. Bilik-bilik juga selesa dengan kelengkapan seperti tv, aircond, bilik air dan sebagainya.

Untuk bilik Standard Queen Room dan Double Room Pool View, kedua-duanya ada 1 katil queen yang boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Manakala kalau lebih ahli keluarga, anda boleh menginap di bilik Triple Room Pool View. Dalam bilik ni ada 1 katil queen dan 1 katil single. Boleh memuatkan 3 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.

Selain tu ada juga pilihan bilik untuk family. Family Room With Balkoni sesuai untuk 6 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Bilik ni ada 2 katil queen.

Paling menarik ada Family Suite yang ada kelebihan living room. Bilik ni ada 1 katil queen dan 2 futon beds. Boleh memuatkan 8 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, kat sini juga menawarkan shared pantry yang ada kemudahan seperti peti ais, microwave, water heater, meja santai dan sebagainya.

Purata harga kat sini tak begitu mahal. Kalau booking keseluruhan tempat, boleh memuatkan 30 orang dalam 1 masa dengan harga RM800. Sebab tu ramai yang suka datang sini buat gathering bersama keluarga dan reunion dengan kawan-kawan.

Kawasannya pun tak terpencil. Mudah nak cari tempat makan juga. Sangat berbaloi anda bercuti hujung minggu di chalet kabin kolam renang ni. Tambahan pula kat sini selalu dapat layanan baik dari pemiliknya.

Nama: Safar House & Kabin

Alamat: 99 A PT 1353 Kawasan Istana Kuning, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

No phone: 012 – 325 0057

Facebook: Safar House & Kabin

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris