Penginapan Best Tepi Sungai Yang Rare Dalam Caravan Ala-Ala Oversea di Gopeng
Ramai yang pastinya teruja dengan penginapan unik yang serba lengkap dengan pelbagai aktiviti menarik kat sini. Tak sangka kat Gopeng ada resort yang unik dan mendamaikan.
Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan percutian lain dari yang lain. Penginapan best tepi sungai ni menjanjikan percutian yang menyeronokkan sebab air sungainya yang jernih dan bersih.
Diberi nama Natasya Riverside Resort, penginapan ni boleh dijadikan destinasi percutian mandi manda bersama keluarga. Resort ini terletak lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur.
Kawasan resort ini sangat tenang kerana dikelilingi hutan tropika dan sungai yang terletak di belakang resort je. Damai je rasa bila boleh dengar air sungai mengalir dari belakang tempat penginapan kita.
Diberi nama Natasya Riverside Resort Gopeng, ianya mempunyai 3 jenis penginapan iaitu caravan, cabin dan wooden:
CARAVAN
Penginapan ni merupakan jenis triple sharing yang ada 1 bunk bend dan 1 double dekcer. Kelengkapan di dalamnya termasuk aircond, tv, amenities dan toilet untuk keselesaan tetamu. Harga semalam RM280.
CABIN
Cabin ni juga merupakan penginapan triple sharing yang menempatkan 3 single bed. Kemudahan di dalamnya juga sama seperti caravan iaitu aircond, lcd tv, amenities dan toilet. Harganya semalam RM210.
WOODEN CHALET
Dan penginapan terakhir ni juga merupakan triple sharing yang terdapat 1 queen bed dan 1 katil single. Di dalamnya ada kemudahan seperti aircond, kipas, lcd tv dan Astro, amenities dan toilet.
Antara tiga jenis penginapan ini, caravan yang paling unik di sini. Pastinya menjadi antara tarikan utama kepada mereka yang nak mencari kelainan penginapan dari kebiasaan.
Pada sesiapa yang ingin merasa untuk menginap dalam van yang lengkap dengan segala kemudahan macam dalam filem orang putih tu, boleh la cuba stay dalam caravan ni.
Pemandangan indah sungai dari bilik je, jom ke chalet tepi sungai bersih dan nyaman di Raub Pahang ni.
Selain dari tu, ada banyak aktiviti outdoor yang boleh dibuat di resort ni. Antara yang menarik adalah white water rafting, waterfall abseiling, funtrip rafting (untuk kanak-kanak) dan sunset hiking Batu Putih.
Kita juga boleh join aktiviti cave exploration Gua Tempurung, cave exploration Gua Kandu, river tubing, jungle night walk, paintball dan ATV ride.
Selain mandi sungai je, bolehlah cuba rasai sendiri pelbagai permainan yang menarik ini.
Bukan tu je. Resort ni turut juga menyediakan kemudahan dewan yang boleh disewa. Jadi, pada yang nak buat family day atau event, boleh menyewa dewan ni yang siap dengan PA sistem, microphone, LCD projector, LCD Screen, kerusi & meja. Sesuai untuk kapasiti 60-100 orang.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan free of charge di sini adalah mandi manda di sungai, main badminton, bersenam di gym, bermain di playground & trampoline.
Bagi makanan pula, pada pengunjung yang datang melebihi 15 orang boleh menempah pakej penginapan siap dengan makanan. Terdapat pelbagai pakej yang boleh pilih.
Bagi sesiapa yang tengah planning nak buat family gathering boleh la cuba riki-riki penginapan best tepi sungai ni dan rasai sendiri pengalaman indah bercuti di kawasan tenang dek flora dan fauna di sana.
Pasti menyeronokkan dapat berkumpul bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini nanti. Jom cipta kenangan manis keluarga anda di Natasya Riverside Resort Gopeng.
Lokasi : Natasya Riverside Resort Gopeng
Alamat : Lot 10855 Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
No phone : 017 – 414 6669 / 017-473 4327