Penginapan Dalam Hutan Menghadap Sungai di Ipoh Perak. Port Percutian Tenang Bersama Keluarga!

0 4,102

Kalau nak bercuti, mesti ramai yang tercari-cari port yang berdekatan dengan sungai. Kalau anda pergi ke Ipoh, rugi rasanya tak bercuti di chalet cantik ni. Dinamakan Tingkat Valley, penginapan ni antara port terbaik kalau anda suka percutian tenang dalan hutan yang penuh kehijauan. Penginapannya ada yang siap menghadap sungai. Seronok!

Tingkat Valley ni sebenarnya masih baru lagi. Konsep percutian kat sini ialah suasana kampung dan ‘back to nature’. Bukan tinggal dalam chalet je, anda siap boleh berkhemah lagi. Kat sini bukan je boleh bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan, sesuai juga untuk program camping, hari keluarga, reunion dan sebagainya.

Menariknya, bukan sekadar persekitaran hutan, boleh dengar juga air deruan sungai yang sejuk dan tenang sebab sungainya tak jauh. Air pun tak begitu deras dan dalam. Sesuai untuk keluarga bermandi manda.

BERSIH DAN TENANG

Yang best kawasan di sini terpelihara dan dijaga rapi oleh owner untuk pastikan keselesaan pengunjung. Sentiasa bersih dan tenang je. Walaupun konsep kampung, kemudahan dan tempat penginapan masih lagi moden dan selesa. Dan anda boleh rasai konsep mewah walaupun penginapan dalam hutan.

Ada beberapa jenis pakej percutian di sini anda boleh pilih. Lengkap dengan kemudahan di dalam dan luar penginapan. Setiap penginapan boleh kedengaran suara alam.

Klik sini untuk lihat Penginapan Kabin Betul-Betul Depan Pantai Di Pulau Pangkor. Cantik! Dah Macam Kat Luar Negara.

PAKEJ ORKID

Nak berhoneymoon, nak tenangkan fikiran berdua, sesuai anda pilih pakej ni. Bilik kat sini kebanyakan boleh nampak sungai depan mata. Ada tempat berehat di depan chalet. Harga pakej ni serendah RM250 termasuk sarapan 2 orang.

PAKEJ KEMBOJA

Pakej ni pula untuk penginapan 4 orang dengan 2 katil queen. Lain dari yang penginapannya. Lebih terbuka dan anda betul-betul boleh rasai suasana nyaman hutan. Harga serendah RM420/malam.

PAKEJ KELADI

Pakej ni sesuai untuk anda yang datang dengan keluarga atau kawan-kawan. Ianya lengkap dengan kemudahan dapur, peti ais, dan sebagainya. Harga pakej serendah RM770/malam termasuk sarapan pagi untuk 6 orang.

PAKEJ SMALL FAMILY

Untuk pakej ni lebih kepada konsep privacy. Ada 6 bilik yang ada katil saiz queen dengan maksimum 12 orang. Setiap biliknya unik dan cantik. Sesuailah untuk anda yang datang dengan keluarga besar dan kawan-kawan.

Penginapan ni pun berdekatan sungai, ada dapur terbuka, dan macam-macam lagi kemudahan lain. Harga serendah RM1500/malam.

PAKEJ BIG FAMILY

Biasanya kalau nak buat reunion, program, atau family day, anda boleh pilih pakej ni untuk sewa keseluruhan tempat. Jumpah pengunjung 30 orang dengan semua penginapan 6 bilik, 6 khemah single dan 1 loteng. Jumlah semua 15 katil queen. Harga serendah RM2600/malam.

Paling seronok kalau anda nak bercuti beramai-ramai atau buat reunion kat sini. Semua kemudahan kawasan Tingkat Valley ni boleh dinikmati oleh keluarga anda sahaja.

Selain semua penginapannya menarik, anda juga boleh bersantai-santai dengan berkaraoke, dan berbbq. Semua kemudahan ada disediakan. Tak boring lah kiranya! Waktu siang boleh mandi manda di sungai. Malam pula boleh berbbq sambil karaoke.

Kalau rindukan suasanya nyaman dengan bunyi sungai dan hutan, apa lagi jomlah ke Tingkat Valley ni. Antara penginapan dalam hutan dan sungai menarik boleh dikunjungi. Masukkan dalam list anda untuk percutian keluarga nanti.

Nama: Tingkat Valley

Alamat: Lot 320064, Persiaran Taman Meru 30, Taman Meru, Ipoh.

No phone: 012- 536 0277

Website: tingkatvalley.com

Facebook: Tingkat Valley

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100