Jika Bercuti ke Pulau Pinang, Jom Pilih Penginapan Pool Depan Bilik Ni Untuk Percutian Best Bersama Keluarga
Dekat area Pekan Lama, Kepala Batas, terdapat satu tempat yang menarik dan best untuk kita menginap bersama keluarga. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan tempat penginapan bila bercuti di negeri ni, atau untuk buat family day, mini gathering, reunion dan sebagainya.
Dinamakan Petak Padin Cottage by The Pool, kelebihannya ialah penginapan pool depan bilik, iaitu tempat percutian yang menjadi idaman setiap orang!
Penginapan di sini merupakan chalet yang berkonsep bilik kontena. Kolam renang depan biliknya bersaiz 30 kaki panjang x 16 kaki lebar yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Yang menariknya, chalet kontena ni terasa agak privacy disebabkan berada di kawasan kampung dan bersebelahan je dengan sawah bendang. Pemandangan sangat mendamaikan lagi-lagi pada waktu pagi dan petang.
Bila stay di sini, selain mandi manda kolam renang dan bbq di chalet, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah di kampung dengan berjalan-jalan sambil bergambar untuk dijadikan kenangan.
Selain dari tu nak berbasikal di kawasan sawah dan memancing di tali air pun boleh juga. Dapat mencipta pengalaman baru bagi yang belum biasa buat aktiviti kampung seperti ni.
Pemilik Petak Padin Cottage ni yang dikenali sebagai En Mohd Nasrul Pazil dan staffnya sangat mesra pelanggan yang membuatkan pengunjung berpuas hati sepanjang menginap di sini.
Ditambah lagi dengan kelebihan pengurusannya, dan penyediaan bilik penginapan kontena moden yang dijaga rapi, selesa dan bersih.
Nak mandi waterpark siap pakej tidur bilik resort yang best? Jom grab tiket cepat sebelum 31 Ogos ni untuk percutian best di Bukit Gambang! Klik sini untuk butiran lanjut.
Terdapat 8 unit bilik penginapan disediakan dengan kelengkapannya:
BILIK QUEEN BED (5 unit)
- 2-5 pax termasuk kanak-kanak
- RM150/malam untuk weekdays
- RM180/malam untuk weekend dan peak season
BILIK BUNK BED (2 unit)
- 4-6 pax termasuk kanak-kanak
- RM200/malam untuk weekdays
- RM250/malam untuk weekend dan peak season
Kedua-dua jenis penginapan ni dilengkapi dengan penghawa dingin, tv siaran Mytv, balkoni, meja makan 4 kerusi, bilik air, towel, sabun mandi, telekung, sejadah, kettle, kopi 3 in 1 dan air mineral.
Selain dari tu, terdapat satu lagi penginapan yang lebih besar dan extra kelengkapannya iaitu:
BILIK STUDIO HOUSE (1 unit)
- Maximum 10 pax
- Bilik ini dilengkapi dengan 2 unit penghawa dingin, tv 49’ siaran Mytv, dapur serta kelengkapannya, microwave oven, 1 bilik siap 1 queen bed dan wardrobe, penapis air cuckoo, iron dan meja iron, bilik air, peti sejuk dan sofa.
- Harganya RM550/malam pada hari weekdays, dan RM600/malam untuk weekend dan peak season.
Sekiranya pengunjung ingin menginap di sini untuk gathering beramai-ramai atau hari keluarga, pihak chalet turut juga menyediakan pakej untuk tempahan bilik sekali banyak.
Dengan minimum 7 buah bilik ditempah sekaligus iaitu Bilik Queen Bed dan Bunk Bed, harganya 1 malam ialah RM1400. Manakala tempahan kesemua 7 buah bilik dan termasuk Studio House ialah RM2000.
Jika dibahagi-bahagikan mengikut jumlah orang sekali penginapan, kadar harga di sini boleh dikatakan murah dan berpatutan.
Selain dari tu, ada lagi kemudahan lain turut disediakan di sini. Antaranya, pantry yang terdapat dapur masak, water dispenser, peti ais, kuali, sinki, jug air dan cerek. Bbq pit pun turut disediakan secara percuma.
Kalau datang ke sini untuk bersantai dan tak mahu masak sendiri, pengunjung tak perlu risau untuk mendapatkan kedai makan yang berhampiran di sekitarnya.
Malahan terdapat banyak kedai makan yang terkenal dan menarik yang mudah untuk di akses dari chalet ni. Antaranya restoran ikan bakar, steamboat, nasi daging, mee rebus dan sebagainya.
Bukan tu je, perkhidmatan lain seperti bank dan supermarket pun berhampiran juga.
Dengan kelebihan yang ada ni, bolehlah masukkan penginapan pool depan bilik ini sebagai salah satu destinasi percutian keluarga di Pulau Pinang nanti.
Untuk butiran lanjut, boleh terus hubungi owner dan staffnya.
Petak Padin Cottage by the Pool
Alamat : Lot 1105, Jalan Kedah, Kampung Lembah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
No tel : 019-575 1881 (En Nasrul), 013-583 9327