#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Ada Kolam Renang, Lankskap Yang Cantik, Dan Hanya Jalan Kaki Nak Ke Pantai! Penginapan Ini Antara Yang Terbaik Dan Best Di Pulau Pangkor!

0 6,933

Apa yang dipaparkan melalui sosial media, itulah yang betul-betul kelihatan di depan mata. Ini adalah salah satu komen yang diperkatakan oleh pengunjung yang sudah pun jejakkan kaki ke penginapan yang best di Pulau Pangkor ini.

Apa yang menarik tentang penginapan ini ialah keunikan bentuk seni binanya dan juga keindahan landskap di sekitar chalet. Dari pintu masuk, laluan berjalan kaki, hingga ke bilik penginapan, persekitarannya sentiasa bersih dan dijaga rapi.

Dinamakan Nipah Gusethouse, Pulau Pangkor, chalet ini terletak berdekatan sahaja dengan Pantai Teluk Nipah dan Coral Beach. Hanya 5 minit berjalan kaki dari chalet menuju ke pantai yang indah ini.

Tambahan lagi, chalet ini mempunyai kolam renang yang luas terletak di tengah-tengah kawasan chalet, yang turut terdapat ruang santai bersebelahan dengannya.

Jika bercuti bersama keluarga dan anak-anak, pasti seronok dapat menikmati aktiviti mandi manda di chalet best di Pulau Pangkor ni dan berkelah di pantai yang berhampiran.

Apa yang menariknya, penginapan di sini memberikan ketenangan kepada pengunjung disebabkan persekitaran yang agak sunyi dan privacy.

Kawasan di sini boleh dikatakan tidak terlalu crowded dengan orang ramai. Sesuai sangat bagi mereka yang inginkan percutian yang tenang sambil berehat menenangkan fikiran.

Klik sini untuk lihat chalet ala kampung siap kolam renang bersebelahan sawah padi di Pulau Langkawi. Berdekatan pula dengan tempat pelancongan best di sana!

Salah satu lagi keunikan chalet ini ialah penyediaan ruang makanan terutama sarapan pagi dengan konsep ‘do it yourself’.

Chalet ini menawarkan sarapan pagi kepada pengunjung di ruang café dan dapur terbuka yang membolehkan pengunjung menyediakan sarapan sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Pelbagai pilihan makanan yang disediakan antaranya nasi lemak, kuih muih, roti, pancake, sosej, telur dan macam-macam lagi.

Penginapan unik yang diperkatakan tadi ialah A-Frame cottage, chalet dan guesthouse yang disediakan di sini sesuai untuk pasangan, keluarga kecil dan sederhana. Walaupun saiz bilik yang sederhana, dekorasi dan kemudahan di dalamnya memberikan keselesaan kepada pengunjung.

A-FRAME COTTAGE (2 pax)

DELUXE CHALET (3 pax)

TOWER COTTAGE (3 pax)

GUESTHOUSE (6 pax)

Harga penginapan setiap bilik ni bergantung dengan waktunya. Segala tempahan yang ingin dibuat adalah melalui email. Sekiranya nak dapatkan sebarang informasi atau pertanyaan pun turut melalui email juga.

Nama: Nipah Guesthouse Pangkor

Alamat: Lot 4506, Teluk Nipah Pangkor, 32300

Email: [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.