Percutian Tenang dan Santai Menghadap Pantai, Jom Ke Chalet Depan Laut Di Pantai Balok Ni!

0 470

Tak perlukan tempat-tempat yang mewah dan mahal pun, anda boleh dapat percutian yang seronok dan tenang. Kat Pantai Balok, Kuantan ni memang ada banyak chalet penginapan menarik boleh singgah. Orang suka datang sini sebab pemandangan lautnya bersih. Kalau anda cari chalet depan laut yang seronok kat sini, boleh ke Mutiara Seaview Resort ni.

Kalau tengok kat laman Facebooknya mereka tak berapa aktif sangat promosi chalet ni. Tapi kebanyakan yang dah sampai kat sini suka dengan penginapannya yang simple. Kalau nak santai-santai tu, chalet ini destinasi terbaik!

Tak boleh nak expect sangat chalet yang mewah, tapi bukan itu yang menjadi keutamaan. Pemandangan laut depan mata tu lagi ‘mahal’ nilainya. View dari chalet, kalau buka je pintu terus nampak laut terbentang luas. Tak ada halangan pun. Matahari naik dan tenggelam pun anda boleh nampak. Kalau ambil bilik yang betul-betul menghadap pantai, kelebihan ini anda boleh dapat!

BILIK SEAVIEW BETUL-BETUL MENGHADAP PANTAI

Penginapan kat sini ada beberapa jenis. Bilik yang betul-betul menghadap pantai ni paling viral. Mereka panggil bilik seaview. Ada 2 unit je. Kadang-kadang tu selalu sangat ‘sold out’. Yelah, yang paling eksklusiflah katakan.

Bilik yang lain tu masih lagi berdekatan pantai, tapi viewnya berbeza sikit. Ada dipanggil bilik sea dan pond view. Menghadap kolam ikan pun masih seronok tau, sebab siap berbalkoni. Seronok jugalah dapat duduk santai sambil hirup udara segar dari laut. Apa yang seronoknya, bilik kat sini luas, dan kelengkapannya pun mencukupi.

Biasanya kalau dah bercuti tepi pantai ni memang tak lekat kat bilik. Balik bilik pun untuk tidur je, selebihnya menghabiskan masa main pantai je. Betul tak? Jadi dapat bilik apa pun tak kisah.

Cuma bilik seaview ni extra seronoklah kiranya. Cerminnya pun sliding door kaca yang boleh nampak luar. Dan kelengkapannya termasuk katil queen, sofa, tv, aircond, mini fridge, kettle, oven dan balkoni yang luas.

Manakala bilik yang lain tu ada katil queen dan tilam extra. Bilik pun luas, boleh lagi nak tidur kat bawah. Siap ada tv, aircond, kettle, toiletries. Walaupun tak sama macam bilik seaview, yang penting bersih dan selesa.

Bila jenis bilik berbeza ni dah tentu harga juga berbeza. Bilik seaview lebih mahal dalam RM250. Dan yang lain tu dalam lingkungan RM100-RM150. Bergantung pada hari biasa dan hari cuti. Masih mampu milik juga kan!

Klik sini untuk lihat Resort Kolam Renang Depan Laut Yang Best Di Kuantan. Suasana Nyaman! Hanya Beberapa Meter Je Dari Pantai.

PANTAI CANTIK MACAM PANTAI PRIVACY

Kalau tengok review mereka yang datang sini, katanya pantai kat sini dah macam pantai privacy. Sebab tak ramai orang pun. Itu yang buatkan seronok. Kalau nak makan-makan, buat bbq, pihak chalet ada sediakan juga ruang bbq yang luas. Tinggal nak bawa siap-siap bekalan makanan sendiri je.

Tak perlu risau, nak cari bahan makanan atau barangan runcit tak susah sebab dekat je. Kat seberang jalan je dah boleh dapat.

Jadi apa lagi, anda yang berminat nak bercuti santai dekat chalet depan laut tu, bolehlah kunjungi chalet Mutiara Seaview Resort ni. Sebenarnya masih ramai lagi yang tak tau. Informasi pun jarang dapat. Jadi kalau nak tahu lebih detail lagi, anda hubungi je pihak chalet untuk informasi lebih lanjut.

Nama: Mutiara Seaview Resort

Alamat: Mutiara Seaview Resort, Jalan Kuantan – Kemaman, Kampung Berahi, 26080 Balok Pahang.

No phone: 011- 5771 2329 / 019-987 4985 (Hj Zainal)

Facebook: Mutiara Seaview Resort

Leave A Reply

Your email address will not be published.