Tempat Menarik Untuk Hari Keluarga, Jom Menginap di Chalet Kolam Renang Pemandangan Laut Yang Indah Di Yan Kedah Ni

0 55,343

Sesekali nak lari dari kesibukan kota dan tenangkan fikiran, apa kata jom ke chalet depan pantai yang terletak di Yan Kedah ni. Chalet ni berlatar belakangkan suasana kampung, sawah padi dan Gunung Jerai. Pemandangan dari depan chalet sangat cantik dan mendamaikan. Memang boleh menjadi salah satu tempat menarik untuk hari keluarga di sini.

 

Menariknya ialah chalet ni antara tempat yang privacy. Sesuai untuk berkumpul dengan keluarga atau percutian tenang jauh dari kesibukan bandar.

 

 

 

 

Kelebihan penginapan ini ialah adanya kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang menghadap pantai. Cool dan tenang je rasa bila mandi dan bersantai kat depan chalet sambil melihat pemandangan laut.

 

 

 

Dinamakan Casa Bayu Chalet, ianya terletak tak jauh dari Pekan Yan. Dengan konsep unit bilik dalam 1 bangunan, di sini terdapat 8 bilik yang cukup selesa dan lengkap dengan semua keperluan.

 

 

 

Bagi yang datang untuk buat family day tu digalakkan menempah keseluruhan penginapan ni yang boleh memuatkan sehingga 45-50 orang.

Kemudahan yang ada di chalet ni sangat lengkap dengan adanya pantry, dapur, tempat bbq, dan balkoni tertutup yang luas di hadapan bilik.

 

 

Balkoni yang tertutup dibentangkan dengan karpet yang cantik untuk tetamu bersantai dan berehat mengambil udara segar. Sekiranya tetamu teringin nak tidur di situ untuk ambil angin malam sambil dengar deruan ombak, boleh tidur dengan beralaskan toto.

 

 

 

Bilik yang ada disediakan selesa dengan pelbagai kemudahan.

Yang pertamanya ialah Bilik Biasa yang ada 6 unit kesemuanya. 4 unit darinya terletak di tingkat bawah bagunan penginapan. Manakala 2 unit lagi berada di atas.

Boleh memuatkan 5 orang tetamu, di dalamnya terdapat katil saiz queen, tilam single extra sebanyak 2 pcs, 2 bantal, 2 bantal extra, penghawa dingin, kipas, tv, mini fridge, wardrop dan heater di bilik air. Harga untuk 1 malam ialah RM130.

 

 

 

Buka tingkap terus nampak laut! Nak rasai penginapan depan pantai yang cantik dan indah untuk percutian hari keluarga di Terengganu, jom ke chalet yang terletak di kawasan Kampung Tanjung Batu rakit ni!

Selain tu, di sini juga ada jenis Bilik Besar yang terdapat hanya 1 unit. Tetapi di dalam Bilik Besar ni terdapat 2 buah lagi bilik di dalamnya.

 

Boleh memuatkan 10 orang, di dalam setiap bilik ada katil queen dan kemudahan lain termasuk 2 extra tilam single, 2 bantal, 2 bantal extra, penghawa dingin, kipas, peti ais 2 tingkat, wardrop, tv, heater di bilik air dan ruang tamu yg luas. Harga 1 malam untuk bilik ni ialah RM250.

 

 

Sekiranya ingin menempah kesemua unit untuk hari keluarga, harganya RM1050 semalam untuk kelapan-lapan unit bilik. Harga ni termasuk sekali pantry yang lengkap dengan dapur dan peralatan, bbq post (3 set pembakar) dan swimming pool.

 

Murah dan berbaloi sangatkan harganya untuk penginapan yang serba lengkap dengan kemudahan seperti ini.

Namun bagi tetamu yang datang sebagai percutian biasa dan tak mahu menempah kesemua unit bilik, pantry untuk memasak boleh disewa dengan harga RM60 sehari.

Kemudahan dapur yang disediakan di sini dah cukup lengkap untuk memasak, termasuk freezer sejuk beku, gas stove, gas, pinggan mangkuk dan sebagainya. Tetamu hanya perlu membawa bahan masakan yang ingin dimasak sahaja.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di persekitaran pantai di sini ialah memancing. Bagi yang minat memancing tu, bolehlah memancing di laut yang tak jauh kedudukannya dari chalet ni.

 

Selain tu, nak berehat dan bersantai depan pantai pun boleh juga kerana di sini turut disediakan tempat duduk yang betul-betul terletak di hadapan pantai. Dapat melayan udara nyaman dari laut waktu pagi dan petang.

 

 

 

Bagi mereka yang dari belah utara tu dan ingin mencari tempat menarik untuk hari keluarga, bolehlah ‘usha-usha’ Casa Bayu Chalet ni. Dapat merasai percutian di penginapan kolam renang yang memiliki pemandangan laut dan keindahan gunung ganang yang terdapat di sana.

Nama: Casa Bayu Chalet

Alamat: Lot 60010 seksyen 4 belakang Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh, Kampung Ruat Yan Kedah

No phone: 019-529 4736 (Puan Zuriyah) /

016-415 4230 (Pn Aishah)

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/