Chalet Dan Homestay Kawasan Kampung, Penginapan Murah Dan Terbaik Untuk Percutian Tenang Di Johor

0 38,986

Cuti-cuti hujung minggu sesekali nak menginap kat kawasan kampung yang tenang, bolehlah ke homestay ni yang berada jauh dari kesibukan bandar.

Terletak di Rengit Batu Pahat, homestay kawasan kampung ni terdapat 14 buah bilik yang cantik dan selesa. Dan yang bestnya ada 2 kolam renang untuk penginap kat sini.

Perlahan-lahan ianya dibangunkan, pada tahun 2014 homestay ni hanya ada 5 bilik sahaja dan kemudian dibangunkan lagi kepada 14 buah bilik dan 2 kolam renang untuk keselesaan pengunjung.

Nama je terletak kat kawasan kampung, homestay ni dibina dengan konsep moden yang lengkap dengan katil yang selesa, aircond, tv Astro, cerek air, kipas, iron, tandas di dalam dan sebagainya. Tak rasa kuranglah kalau stay di sini.

Bukan bercuti dan menginap biasa je, homestay kawasan kampung ni pun boleh jadi tempat untuk buat family gathering. Nak berkumpul dengan ahli keluarga tu tak ada masalah sebab kat sini ada kemudahan dewan terbuka yang lengkap kerusi meja.

Bukan tu je, kemudahan lain pun turut ada seperti pantri (dapur) yang lengkap dengan dapur memasak dan kelengkapannya, serta peti ais dan mesin basuh. Boleh dikatakan mudah macam kat rumah sendiri.

Jom melancong ke Melaka. Sambil tu nikmati penginapan resort kolam renang depan bilik ni. Klik sini.

Homestay ni terletak kat Kampung Sungai Dulang dimana berhampiran dengan sungai yang boleh kita buat aktiviti memancing. Wah seronoklah bagi kaki-kaki pancing tu.

Sambil menginap kat homestay kolam renang kawasan kampung, dapat pula buat aktiviti memancing berdekatan je dengannya.

Yang bukan kaki pancing tu pun jangan risau. Kat sini ada juga aktiviti lain yang boleh dibuat seperti memanah yang dibuka dari 9 pagi hingga 5.30 petang. Harga pun berpatutan je.

Dan macam biasa, banyak lagi aktiviti hari keluarga yang korang boleh buat dekat sini seperti karaoke dan berbbq.

HARGA BILIK TERLAJAK MURAH

Jenis bilik yang ada kat sini semua moden dan selesa. Yang paling bestnya tu, harga sangat murah walaupun untuk bilik ramai orang:

✔️ Bilik harga RM100 (3 unit)
🔹3 orang
🔹1 katil single + 1 katil queen

✔️ Bilik harga RM120 (9 unit)
🔹4 orang
🔹2 katil queen

✔️ Bilik harga RM130 (2 unit)
🔹2 orang
🔹1 katil king
🔹View kolam renang

Menginap kat sini, korang dapat nikmati kemudahan bilik seperti:

🔹Bilik air (sabun dan shampoo)
🔹Tv (Astro)
🔹Aircond
🔹Kipas
🔹Iron + ironboard
🔹Towel (2 helai)
🔹Sejadah
🔹Almari

Terasa sangat berbaloi-baloikan.‍‍‍‍ Untuk kemudahan lain pula, harga yang ditetapkan ialah:

➡️ Tempat memanah – RM5 untuk 8 batang
➡️ Dewan terbuka lengkap meja, kerusi, kipas, tikar – RM100/day
➡️ Set karaoke – 8 hingga 12 malam, ada pelbagai lagu dan ada orang kendalikan – RM250
➡️ Set bbq – ada 3 unit. Seunit RM20
➡️ Kolam renang – Dibuka juga untuk orang awam – RM5 seorang untuk 2 jam. Akan ditutup sekiranya homestay penuh.

Selain dari tu, apa yang menarik tentang homestay ni ialah galeri jualannya sendiri. Antara barangan yang ada dijual di sini ialah barang kemas, cadar, baju, handbag dan macam-macam lagi.

Kalau berminat nak membeli barangan jualan ni korang boleh terus direct hubungi owner homestay iaitu Puan Jamiliah.

Yang bestnya, kat sini pun turut berhampiran dengan tempat² menarik. Ada tempat membeli belah dan juga kedai makan. Antaranya:
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍
🔷 Perkampungan orang asli Rengit, menjual barangan terpakai Singapore.
🔷 Azharfood, menjual kerepek dan kuih-muih.
🔷 Nasi Ayam Ali, kedai makan yang menjual Nasi Ayam yang terkenal di Rengit.
🔷 Pantai Sungai Lurus, tempat yang mempunyai kedai makan didalam kabin.

Jadi kepada anda yang berkeinginan untuk buat family dah area Batu Pahat, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan. Dan pilih Homestay Tok Ayah Rengit sebagai destinasi percutian anda.

Saya yakin, sesiapa yang berkesempatan menginap di sini, sudah pasti akan merasai suasana pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan.

Nama: Homestay Tok Ayah Rengit
Alamat: Tiang Lampu 46, Kampung Sungai Dulang, 83100, Rengit, Batu Pahat, Johor.
No phone: 012-740 7210

Leave A Reply

Your email address will not be published.