Homestay Ala Kampung Siap Ada Kolam Renang Luas Depan Rumah Di Tanjung Karang

0 26,828

Bercuti dengan keluarga dan saudara mara di sini memang amat menyeronokkan. Suasananya tenang dalam kawasan kampung, dan terdapat rumah tradisional yang ada kolam renang luas betul-betul depan pintu je. Homestay ala kampung di Tanjung Karang ni boleh menjadi tempat percutian idaman bagi mereka yang suka meluangkan masa dengan keluarga seperti di kampung halaman sendiri.

Menariknya di sini, bukan setakat kolam renang yang besar untuk dewasa dan kanak-kanak, rumah penginapannya juga luas dan bersih. Selesa sangat untuk berkumpul beramai-ramai kerana ada banyak ruang untuk tetamu bersantai. Bawa ibu bapa ke sini pasti akan buatkan mereka happy!

Homestay ni dinamakan Inap Santai yang terletak di Kampung Sungai Gulang ,Tanjung Karang, Selangor. Persekitarannya sangat nyaman dan penuh pokok-pokok kehijauan. Kena sangat dengan namanya sebab memang sempurna menjadi tempat untuk bersantai dalam kawasan kampung yang tenang jauh dari kota.

Kemudahan homestay ala kampung ni boleh dikatakan moden dan 5 star. Lengkap dengan perkhidmatan terbaik dari pemilik homestay. Mudah sangat bagi tetamu dengan adanya penyediaan makanan, permainan sukaneka dan macam-macam lagi.

Kalau nak gathering dengan adik beradik dan saudara mara macam waktu kecil-kecil di kampung dulu, sesuai sangat dilakukan di sini. Boleh mandi manda kolam renang, main permainan santai seperti carrom, dam, congkak dan mainan kampung lain seperti bowling kelapa, selipar gergasi, lari dalam guni dan macam-macam lagi. Betul-betul mengimbau kenangan.

Di sini terdapat 4 unit chalet batu, 6 unit chalet kayu dan 1 homestay private. Tempahan penginapan boleh dilakukan mengikut unit atau pakej-pakej gabungan yang pihak homestay sediakan.

▶️ Chalet batu (4 unit)

Chalet ni boleh memuatkan 5 orang dalam setiap unit. Di dalamnya ada 2 katil queen, 1 tandas dengan water heater & 4 towel, aircond, tv led + Astro Njoi dan mini fridge. Harga penginapannya ialah RM250 pada weekdays dan RM300 pada hari weekend. Harga ni termasuk sarapan pagi nasi lemak 4 pax dan teh o.

▶️ Chalet kayu K1 dan K2 (2 unit)

Jenis chalet kayu K1 ni pula boleh memuatkan 7 orang dalam satu unit. Di dalamnya ada 1 katil king + 2 katil super single + 1 sofa bed, 2 tandas dengan water heater & 6 towel, aircond, tv led + Astro Njoi, dan peti ais 1 pintu. Dengan harga RM400 pada weekdays dan RM450 untuk weekend, ianya termasuk sarapan pagi nasi lemak 6 pax dan teh o.

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍▶️ Chalet Kayu Y1 (1 unit)

Penginapan ini boleh memuatkan 6 orang. Di dalamnya terdapat 2 katil queen + 1 katil single, 1 tandas dengan water heater & 5 towel, aircond, tv led + Astro Njoi dan mini fridge. Sarapan pagi nasi lemak untuk 5 pax dan teh o turut disediakan dengan harga RM350 pada weekdays dan RM400 pada hari weekend.

­­­­­­­­­­­­­­▶️ Chalet Kayu Y2 (1 unit)

Chalet ni ada 2 katil queen, 1 tandas dengan water heater & 4 towel, aircond, tv led + Astro Njoi dan mini fridge yang boleh memuatkan 5 orang. Harganya RM300 pada hari biasa dan RM350 pada weekend termasuk sarapan pagi (nasi lemak 4 pax + teh o).

▶️ Chalet Kayu Y3 (1 unit)

Boleh menginap sehingga 6 orang, di dalamnya ada 2 katil queen + 1 katil single, 1 tandas dengan water heater & 5 towel, aircond, tv led + Astro Njoi, dan mini fridge. Harga termasuk sarapan pagi (nasi lemak 5 pax + teh o) RM400 pada hari weekdays dan RM450 pada weekend.

▶️ Chalet Kayu Q1 (1 unit)

Di dalam chalet ni ada 2 katil king, 2 tandas dengan water heater & 4 towel, aircond, tv led + Astro Njoi, mini fridge dan microwave. Boleh menginap sehingga 5 orang. Dan harganya RM550 untuk weekdays) dan RM600 untuk weekend termasuk sarapan pagi (nasi lemak 4 pax + teh o).

Nak rasai penginapan suasana kampung siap kolam renang air bukit, jom ke Homestay D’Taj Sg Lui di Hulu Langat ni!

Bagi yang merancang untuk buat family day tu, ada juga pakej khas yang disediakan untuk keenam-enam chalet kayu dan 4 chalet batu. Boleh memuatkan sehingga 50 orang, harganya serendah RM4850/malam termasuk makanan siang dan bbq.

Tapi sekiranya nak berkumpul dalam bilangan ahli keluarga yang kecil sedikit, tetamu juga boleh memilih untuk menginap di homestay private yang ada di sini. Boleh memuatkan sehingga 18 orang, homestay ni mempunyai 1 kolam renang private, 4 bilik dan 3 bilik air dan harganya serendah RM1800.

Boleh dikatakan banyak juga pilihan chalet dan homestay di sini yang boleh menjadi pilihan dengan harga yang agak berpatutan.

Selian tu, ada lagi kemudahan lain yang turut disediakan di homestay ni. Antaranya ialah ruang sukaneka, mini surau, ruang makan (muat 50 pax) + penapis air sejuk/panas + microwave, kelengkapan bbq dan iron.‍‍‍‍‍‍ Pengunjung tak perlu risau akan tahap kemudahan dan keselasaan sepanjang menginap di sini.

Jadi, pada mereka yang nak bawa mak ayah, family dan saudara mara tu, jomlah ke homestay ala kampung ni untuk luangkan masa beramai-ramai. Sambil tu boleh throwback moment sewaktu kecil di kampung halaman tok nenek dulu.

Alamat: Homestay Inap Santai, Kampung Sungai Gulang Gulang, 45500 Tanjung Karang, Selangor.

No phone: 017-659 5985

Leave A Reply

Your email address will not be published.