Homestay Cantik Depan Sungai Kawasan Kampung Janda Baik, Sesuai Untuk Percutian Yang Tenang Jauh Dari Kesibukan Bandar

0 40,701

Sebut je Janda Baik terus terbayangkan keindahan kawasan perkampungan dan air sungainya. Jika inginkan percutian dalam suasana nyaman kawasan sebegini, apa kata jom ke homestay cantik depan sungai dalam suasana kampung di Janda Baik ni.

Kat sini memang betul-betul dalam persekitaran alam semulajadi yang sebenar. Pastinya menjanjikan percutian yang tenang dan mendamaikan.

Penginapan homestay ni dinamakan Ena’s Place Janda Baik. Terletak di Chemperoh Bentong, kedudukan homestay ni dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan sahaja.

Di sinilah boleh manjadi tempat orang-orang bandar yang selalu sibuk bekerja dan inginkan percutian tenang kawasan kampung yang sejuk dan tenteram.

Kolam ikan yang berada di sebelah sungai kecil di belakang homestay

Apa yang menarik di sini, lokasi homestay berhadapan je dengan sungai dan hanya merintasi jalan kampung kecil di hadapan homestay.

Sungai air jernih dan sejuk yang terletak di depan homestay dan seberang jalan kampung sahaja

Sungai kat sini cantik, tak tercemar, sejuk dan tak begitu deras. Nak mandi manda dengan keluarga dan anak-anak kecil memang seronok sangatlah.

Yang bestnya di sini siap ada kolam renang dalam kawasan chalet. Cantik sangat pemandangan sekeliling dengan view kampung dan pohon-pohon menghijau. Terasa nyaman sangat bila berendam kat dalam kolam ni.

Bukan tu je, halamannya yang luas dengan rumput-rumput segar dan dikelilingi pokok buah-buahan seperti durian, membuatkan tempat ni lebih damai dalam suasana kampung.

Kawasan lapang ni boleh menjadi tempat bagi keluarga yang datang ke sini untuk main permainan sukaneka atau beriadah.

Homestay yang disediakan kat sini luas dan selesa. Ada 8 unit kesemuanya. Pengunjung boleh datang menginap untuk satu keluarga dalam 1 unit homestay. Terdapat 4 jenis homestay dan tiap satunya ada 2 unit.

KELAH A / KELAH B (TINGKAT ATAS)

  • RM350/malam (maksimum 8 orang)
  • 2 bilik (katil queen)
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Tv

TENGAS A / TENGAS B

  • RM300/malam (maksimum 8 orang)
  • 2 bilik (katil queen)
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Tv
  • *Attached unit

SELUANG A / SELUANG B

  • RM250/malam (maksimum 6 orang)
  • 1 bilik besar (2 katil queen)
  • 1 bilik air
  • Tv
  • *Attached unit

BUJUK A / BUJUK B

  • RM200/malam (maksimum 5 orang)
  • 1 bilik (1 katil queen + 1 katil single)
  • 1 bilik air

Klik sini bagi yang ingin berkelah tepi sungai dan bermalam dalam chalet kawasan kampung.

Harga di sini kira sangat berpatutan. Sesuai sangat berkumpul dengan keluarga untuk buat family day di sini.

Bila dah berkumpul beramai-ramai tu tak sah pula kalau tak masak-masak dan makan bersama-sama.

Di sini pengunjung tak perlu risau kerana pihak homestay ada menyediakan ruang bbq dan dapur memasak yang terletak bersebelahan anak sungai di belakang homestay.

Kadar sewaan dapur ialah RM10 sehari dan tempat bbq pula RM50 sehari. Tak perlu lagi pengunjung mencari makan di luar. Hanya perlu bawa bahan mentah sahaja untuk dimasak.

Bagi yang suka suasana kampung tu, jom cepat-cepat booking homestay cantik depan sungai ni dan plan percutian keluarga ke sana.

Pasti pengunjung tak akan kecewa kerana boleh rasai sendiri percutian di persekitaran menghijau dan kesejukan air sungai yang ada di Janda Baik ni.

Nama: Ena’s Place Janda Baik

Alamat: Lot 8533 Kuala Lurah, Chemperoh Bentong.

No phone: 019-298 9818

Leave A Reply

Your email address will not be published.