Homestay Kampung Kolam Renang Untuk Percutian Lebih Tenang Dan Privacy Di Melaka

0 1,351

Jika dilihat semula, sebenarnya lebih ramai antara kita yang sukakan tempat percutian yang lebih dekat dengan suasana perkampungan. Mana tidaknya, di sinilah nak mengimbau semula kenangan tidur dan berkumpul beramai-ramai dengan keluarga dan sanak saudara. Malahan lebih tenang dan nyaman udaranya. Homestay kampung kolam renang di Melaka ni boleh menjadi salah satu port percutian keluarga yang menjanjikan suasana kampung yang sebenar.

Dinamakan Rumah Mak Embun, penginapan ini terletak di Kampung Bukit Larang, Melaka dan merupakan villa kampung yang mempunyai halaman yang luas dan berada dalam kawasan privasi. Ia menawarkan penginapan percutian yang tenang dalam suasana kampung desa yang menghijau.

Menariknya villa kampung ni ialah disebabkan mempunyai reka bentuk rumah klasik tradisional, ada halaman yang luas dengan rumput menghijau dan mempunyai serambi. Betul-betul seperti rumah kampung tok nenek kita dulu-dulu.

Bukan biasa-biasa reka bentuk rumahnya. Dekorasi luaran dan di dalam rumah pun ala-ala melayu klasik. Cantik dan kemas binaannya dan ditambah lagi dengan keindahan landskap dan tanaman pokok di sekitar homestay. Selesa untuk didiami sepanjang bercuti di sini sebab bersih dan sentiasa dijaga rapi.

Sedap mata memandang dan tenang dengan persekitaran yang lebih sunyi berbanding kawasan bandar, boleh dikatakan di sini menjadi terapi bagi mereka yang ingin berehat setelah penat bekerja. Bukan tu je, bagi yang ingin buat hari keluarga juga sesuai dilakukan di homestay kampung kolam renang ni kerana mempunyai kemudahan yang lengkap dan halaman yang luas untuk aktiviti hari keluarga.

Menariknya lagi homestay ni, walaupun hiasan dalamannya ala melayu klasik, namun kelengkapan di bilik tidur disediakan dengan konsep moden dan selesa. Memang cozy dan 5 star sangatlah!

Tak boleh lupa juga dengan kelebihan kolam renangnya. Setiap jenis rumah di sini ada private swimming poolnya sendiri yang berdekatan denga unit masing-masing. Seronok bila dapat mandi manda dalam kolam bersama anak-anak dalam suasana kampung sebegini.

Agak unik homestay perkampungan ni kerana ianya terdapat 3 unit penginapan yang ada “feeling” yang berbeza.

Pertamanya ialah Rumah Induk Tiang Seri.

Rumah ni merupakan main house yang mempunyai 4 bilik. Boleh memuatkan sehingga 20 orang, ianya rumah yang bersambungan ke unit tengah dan bawah yang tampak moden dan ada hall yang luas. Dapur, pangkin, serambi dan beranda pun turut ada. Sesuai sangat untuk berkumpul beramai-ramai. Tambahan lagi, private poolnya  terletak bersebelahan dengan rumah je.

Ramai yang tak tahu, di Hulu Selangor juga terdapat homestay rumah kayu klasik yang turut mempunyai private pool sendiri. Boleh juga menjadi tempat untuk majlis keramaian dan hari keluarga yang ramai.

Rumah kedua pula merupakan Tree House.

Rumah ni yang paling unik sekali. Tree house ni berada di kawasan yang sama dan merupakan unit studio untuk 2 orang. Disebabkan kedudukan paras pokok, dari atas bilik je tetamu dah boleh nampak pemandangan sekitar homestay. Terasa nyaman sangat bila bermalam di sini kerana ianya terletak di celah-celah dahan pokok buah-buahan.

Yang ketiga pula ialah Chalet Berloteng.

Unit ini merupakan chalet rumah kayu yang baru je dibina selepas mendapat banyak permintaan dari pengunjung. Walaupun chalet kayu, bahagian di dalamnya sangat selesa, luas dan mempunyai kelengkapan aircond. Chalet ni terdapat 3 unit dan ianya boleh memuatkan 6 orang dalam setiap 1 chalet. Paling teruja sekali, chalet ni pun ada private kolamnya sendiri yang ada di depan tangga chalet sahaja.

Kadar harga homestay ni berbeza-beza mengikut unit penginapannya. Untuk Rumah Induk Tiang Seri, harganya RM1500 pada hari biasa, RM1800 pada hujung minggu dan cuti am, dan RM2000 pada musim perayaan.

Rumah Tree House pula berharga RM210. Manakala untuk Chalet Berloteng, harganya ialah RM320 pada hari biasa, RM380 pada hujung minggu dan RM420 pada musim perayaan.

Harga ni semua termasuk sarapan pagi. Jika dibahagi-bahagikan, tidaklah begitu mahal untuk penginapan yang menarik dan selesa sebegini.

‍‍‍‍‍‍‍Bukan tu je. Selain mandi kolam renang, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati suasana sekitar kampung. Di sini turut ada pakej tambahan untuk menaiki kereta kuda dan lembu mengelilingi kampung. Boleh menjadi satu pengalaman baru terutama pada anak-anak yang biasa membesar di bandar selama ni.‍‍‍‍‍‍

Nama: Rumah Mak Embun

Lokasi: KM 11, Kampung Bukit Larang, Melaka

No telefon: 012-300 3266

Leave A Reply

Your email address will not be published.