Homestay Kolam Renang Best Melaka, Cantik Dan Tenang Kat Kawasan Kampung

0 22,310

Siapa yang tak kenal Melaka. Sebuah negeri yang kaya dengan tempat bersejarah. Ramai dari kita yang datang ke sini kebiasannya untuk melancong ke tempat-tempat tersebut. Jarang sekali untuk mendapatkan percutian santai dan merehatkan diri di tempat penginapan yang menarik. Apa kata kali ni sambil melancong ke sini, kita menginap di homestay kolam renang best Melaka ni.

 

 

Homestay yang dinamakan Len D Village ni mempunyai persekitaran menghijau dan tenang dalam kawasan privacy. Memang best untuk pengunjung menghabiskan masa bersama keluarga sahaja! Persekitarannya tenang sangat, bersih dan selesa.

 

 

 

Terletak di Merlimau Melaka, homestay ni ada 8 unit penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga yang ramai. Memang tempat yang sesuai untuk bercuti dengan keluarga dan saudara mara sambil-sambil melancong ke negeri Melaka tu.

Ada 2 buah kolam renang

Menariknya di sini ada 2 buah kolam renang khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Seronok kalau dapat berendam dari pagi ke malam dalam suasana kampung sebegini. Dapat pula berehat santai di depan kolam renang, tak rugi rasanya menghabiskan masa percutian bersama.

 

 

 

 

Penginapan ni mungkin nampak simple, tetapi tarikan persekitaran kampung dan kolam renangnya pasti menjadikan percutian anda di sini sangat bermakna.

Ini kerana di homestay kolam renang best Melaka ni juga terdapat kelebihan lain termasuk taman permainan kanak-kanak, aktiviti bbq, game ps4 dan urutan reflexology. Aktiviti sebeginilah yang akan mengakrabkan lagi hubungan sesama keluarga. Memang best dapat buat macam-macam aktiviti santai di sini.

 

Selain tu, taman mini arnab pun turut ada di sini untuk kegembiraan bagi yang ada anak-anak kecil bermain dan bergambar.

 

 

Penginapan di sini ada 2 jenis iaitu 1 rumah konsep banglo dan 7 unit jenis chalet:

Rumah Banglo di sini terdapat 1 unit. Di dalamnya mempunyai 2 bilik iaitu 3 katil queen dan satu katil single. Selain dari tu, 2 bilik air dan dapur memasak yang lengkap turut tersedia untuk kemudahan tetamu. Maksimum tetamu di dalamnya ialah 7 orang termasuk kanak-kanak. Dan harganya semalam ialah RM350.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang seterusnya ialah penginapan Chalet 3 Unit. Chalet ini ada 1 bilik yang mempunyai 2 katil queen, 1 ruang tamu dan 1 bilik air. Dengan jumlah maksimum 4 orang termasuk kanak-kanak, harga 1 malam ialah RM280.

 

 

 

 

Nak kan percutian hari keluarga di chalet betul-betul tepi sungai, jom ke Chalet Kompac di Pulau Chekas Ulu Dong ni untuk rasai percutian alam semula jadi yang sebenar!

 

 

Untuk penginapan Chalet 1 Unit pula, di dalamnya turut ada 1 bilik yang mempunyai 2 katil queen. Selain tu ianya juga terdapat 1 ruang tamu dan 1 bilik air. Namun yang membezakannya dengan Chalet 3 Unit tadi ialah dapur memasak lengkap yang disediakan. Harganya semalam ialah RM280 dan boleh memuatkan maksimum 4 orang termasuk kanak-kanak.

 

 

 

 

Dan yang terakhir sekali ialah Bilik 3 Unit. Dengan konsep bilik, ianya mempunyai 2 katil queen dan 1 bilik air. Dengan maksimum 4 orang termasuk kanak-kanak, harganya semalam ialah RM200.

Bagi yang ingin menambah bilangan tetamu, caj yang perlu ditambah ialah RM10 untuk setiap 1 orang. Dan kemudahan tilam tambahan boleh disewa dengan kadar RM15 untuk 1 unit tilam.

Sekiranya ingin merasakan keseronokan bercuti bersama ahli keluarga je di sini, pengunjung boleh menyewa keseluruh tempat ni dengan harga RM2070 satu malam. Tempah kesemua unit penginapan dan buat family day di sini dengan keluarga pasti berbaloi-baloi.

Nama: Homestay Len D Village

Alamat: Lot No 1312, Taman Sri Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka.

No phone: 018-618 5824

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/