Homestay Kolam Renang Best Untuk Port Hari Keluarga Di Melaka

0 23,148

Hari keluarga sudah menjadi satu acara tahunan dalam kebanyakan kita. Biasanya yang menjadi keutamaan sebelum mengadakan acara ni adalah mencari tempat untuk berkumpul nanti. Bagi mereka yang ingin mencari tempat penginapan yang luas dan selesa di Melaka untuk aktiviti hari keluarga, jom ke homestay kawasan kampung yang tenang yang terletak di Kuala Sungai Baru. Dinamakan D’Kebun Najibah, ianya merupakan salah satu homestay kolam renang best yang terdapat di daerah ni.

Apa yang menariknya ialah homestay ni tenang sebab jauh dari kesibukan bandar, dan mempunyai suasana kampung yang nyaman dan berdekatan dengan pantai. Lagi-lagi kat sini ada beberapa buah kolam renang dalam satu halaman yang berbumbung. Seronok untuk anak-anak mandi dan berendam dalam cuaca panas sekalipun.

Homestay kolam renang best ni terletak di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru. Antara tarikan lain yang ada di sini ialah berdekatan dengan pantai. Hanya 1 minit berjalan kaki sahaja untuk ke sana. Kalau nak beriadah atau main game hari keluarga dekat pantai pun tiada masalah, selain boleh memancing. Jadi bagi yang kaki pancing tu pun boleh melayan hobi memancing di sekitar pantai ni.

Namun sekiranya ada yang ingin jalankan aktiviti hari keluarga di homestay ni sahaja pun sudah cukup menyeronokkan. Homestay ini berada dalam kawasan yang cantik dan tenang penuh kehijauan. Dekorasi halaman dan landskapnya yang cantik dan selesa cukup seronok untuk bersantai beramai-ramai.

Dengan ada kemudahan halaman yang luas dan bersih, sesuai sangat untuk jalankan aktiviti hari keluarga di sini.

Selain tu, di sini terdapat kemudahan dapur memasak outdoor yang boleh diguna percuma. Di sini juga ada ruang duduk, dewan makan dan tempat bbq. Kemudahan ni semua dah cukup lengkap untuk menyempurnakan program hari keluarga nanti.

Dewan boleh disewa dengan harga RM200

Ditambah lagi dengan layanan terbaik yang diberikan oleh pemilik homestay ni. Kawasan homestay ni sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang bersih. Selain dari tu, kalau tiba musim buah, tetamu diberi peluang untuk menikmati buah-buahan yang ada di kebun Najiha. Layanan baik yang diberikan seperti inilah membuatkan percutian kita tu lebih bermakna.

Di homestay ni terdapat banyak pilihan bilik yang luas, bersih dan selesa untuk didiami. Ada penginapan jenis chalet dan homestay yang dikategorikan mengikut harga.

Chalet RM160 mempunyai 5 unit dan di dalamnya ada 2 katil queen.

Chalet RM150 pula mempunyai 2 unit dan turut mempunyai 2 katil queen.

Bagi Chalet RM130, ianya ada 5 unit dan terdapat 1 katil queen dan 1 katil single di dalamnya.

Chalet RM180 pula mempunyai 2 unit dan terdapat mini ruang tamu dan sofa di dalamnya. Untuk katil, chalet ni mempunyai 2 katil queen.

Dan akhir sekali bagi penginapan jenis chalet ni ialah Chalet RM100. Chalet ni ada 1 unit sahaja. Berbeza dengan chalet yang lain, ianya berbentuk tiga segi yang ada 1 katil queen di dalamnya.

Kesemua chalet-chalet di sini mempunyai kemudahan tv, aircond dan kipas.

Di Selangor turut ada homestay yang sesuai untuk program hari keluarga yang mempunyai kolam renang besar di depan pintu sahaja! Jom tengok chalet ala kampung yang berada di Tanjung Karang ni!

Bagi penginapan homestay pula, di sini terdapat 2 unit homestay sahaja. Pertamanya ialah Homestay RM250. Homestay ni ada 2 bilik. Setiap bilik ada 1 katil queen dan 1 katil single dan aircond. Di dalamnya juga turut ada ruang tamu, tv led, dan dapur memasak.

Yang keduanya ialah Minihomestay RM220. Yang membezakan homestay ni dengan Homestay RM250 ialah saiznya yang lebih kecil dan ianya tidak mempunyai bilik. Namun di dalamnya terdapat 2 katil queen, sofa, aircond, tv dan dapur memasak.

B‍‍‍‍‍‍oleh dikatakan kemudahan dalam chalet dan homestay ni lengkap dan berpatutan dengan harganya. Malahan boleh dirasakan ianya lebih murah berbanding homestay lain yang berada di luar sana.

Bukan itu sahaja. Walaupun homestay ni berada dalam kawasan perkampungan, di sini juga mudah untuk mendapatkan kedai makan yang berhampiran. Bagi yang ingin dapatkan makanan dari luar atau merasai hidangan orang Melaka, bolehlah berkunjung ke kedai makan yang berada di sana.

Yang tengah mencari-cari tempat untuk buat hari keluarga tu bolehlah jadikan D’Kebun Homestay ni sebagai salah satu destinasi yang bakal dituju nanti.

Nama: D’Kebun Najibah Chalet & Homestay

Alamat: Batu 27, Lorong Koko, Kampung Telok Gong, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

No phone: 012-616 0025 / 0111-306 4432

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100