Homestay Kolam Renang Kawasan Kampung Di Hulu Langat, Kolam Renang Best Bersumber Air Bukit!

0 19,509

Wahh dengar je kolam air bukit, terus teruja rasanya kan. Dah boleh bayangkan kesegaran mandi manda di dalam kolam ni. Bagi mereka yang mencari tempat best untuk percutian santai dan untuk buat family day di kawasan yang tenang dan nyaman, apa kata jom ke homestay kolam renang kawasan kampung yang dikenali sebagai D’Taj Sg Lui di Hulu Langat ni. Pemandangan di sini memang awesome dengan gunung-ganang dan pohon menghijaunya.

Ada pelbagai jenis rumah dan bilik yang boleh menampung lebih 30 ke 50 orang dalam satu resort. Sesuai untuk mereka yang nak bercuti beramai-ramai dengan keluarga.

Tarikan paling utama di sini sudah tentu kolam renangnya yang bersumber air bukit dan berdekatan je dengan homestay. Kolam renang yang besar ni sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Sejuk dan nyaman mandi manda dalam persekitaran kampung macam ni.

Nak memancing pun boleh juga kat kolam memancing ikan air tawar yang ada di sini. Seronok sangatlah feeling-feeling seolah-olah bercuti kat kampung. Dan kalau tiba musimnya, tetamu dapat menikmati buah-buahan tempatan yang ada kat sekitar homestay.

Homestay ni terletak di Jalan Sg Lui, Hulu Langat Selangor. Hanya perjalanan 40 minit je dari Kuala Lumpur dan 1 jam dari Seremban. Percutian penuh kedamaian boleh dirasai di sini. Mana tidaknya, masuk je ke kawasan homestay, terus boleh nikmati sepuas-puasnya pemandangan bukit-bukau menghijau kat sekitar homestay.

Di sini ada 9 unit penginapan yang besar dan selesa dengan kemudahan yang lengkap dan tiptop. Sesuai sangat untuk percutian keluarga.

Berikut merupakan senarai penginapan yang ada dan ciri-cirinya:

Rumah Banglo (10-16 pax)

Banglo ni ada 3 bilik, 1 loteng dan 3 tandas.

  • Bilik 1 ada 1 katil queen xl + 1 extra tilam queen
  • Bilik 2 ada 1 katil queen + 1 extra tilam queen
  • Bilik 3 ada 2 katil single + 2 extra tilam queen
  • Loteng pula mempunyai  4 katil single + 2 extra tilam single

Dalam banglo ni juga turut mempunyai ruang tamu yang lengkap dengan tv dan astro. Kadar penginapan ialah RM1099 (weekdays) dan RM1580 (weekend/ph).

Rafflesia (2-4 pax)

Di dalam penginapan ni ada 1 bilik, 1 loteng dan 1 tandas.

  • Dalam bilik ada 1 katil queen + 1 extra tilam queen
  • Loteng pula ada  2 katil single + 1 extra tilam single

Dilengkapi tv astro, harganya RM290 (weekdays) dan RM380 (weekend/ph).

Sakura (4-8 pax)

Penginapan ni mempunyai 2 bilik, 1 ruang tamu dan 2 tandas.

  • Bilik 1 ada 1 katil queen + 1 extra tilam single
  • Bilik 2 pula ada 1 katil queen + 1 extra tilam single

Ruang tamu juga dilengkapi tv astro dan harganya ialah RM290 (weekdays) / RM380 (weekend/ph).

Cempaka (4-5 pax)

Rumah Cempaka ni juga turut ada 2 bilik, 1 ruang tamu dan 2 tandas.

  • 1 katil queen + 1 extra tilam single
  • 1 katil queen + 1 extra tilam single

Ruang tamu dilengkapi tv astro dan kadar harganya ialah RM280 (weekdays) / RM350 (weekend/ph).

Kemboja 1 Tingkat Atas (3-5 pax)

Unit Kemboja ni mempunyai 1 bilik dan 1 tandas.

  • 1 bilik 1 katil queen + 1 extra tilam queen
  • 1 katil single + 1 extra tilam single

Dilengkapi tv astro, harganya RM250 (weekdays) / RM300 (weekend/ph).

Kemboja 2 Tingkat Bawah (2-4 pax)

Kemboja 2 juga ada 1 bilik dan 1 tandas.

  • Di dalam bilik 1 katil queen + 1 extra tilam queen

Dilengkapi tv astro, harganya ‍‍‍‍‍‍RM230 (weekdays) / RM280 (weekend/ph).

Teratai, Mawar 1 dan Mawar 2 (2-3 pax dalam setiap unit)

Untuk ketiga-tiga unit ni, tiap satunya mempunyai 1 bilik dan 1 tandas.

  • Di dalam bilik ada 1 katil queen + 1 extra tilam single

Dilengkapi tv astro, harganya RM190 (weekdays) / RM250 (weekend/ph) seunit.

Bagi yang ingin buat family day dan booking 8 unit sekaligus tak termasuk rumah banglo, harganya:

▶️ 1 malam = RM2199

▶️ 2 malam = RM4199‍‍‍‍‍‍

Klik sini untuk lihat satu lagi resort di Selangor yang mempunyai pemandangan indah memukau di kawasan perkampungan dan berdekatan dengan sungai!

Selain aktiviti mandi manda kolam air bukit dan memancing, pengunjung juga boleh buat permainan outdoor dan sukaneka. Di sini terdapat gelanggang futsal, badminton, bola tampar, permainan dart dan basikal yang disediakan.

Banyak juga acara sukaneka yang homestay turut sediakan antaranya bowling kelapa, bawa bola ping-pong dengan sudu, gelung dan bola, musical chair dan macam-macam lagi. Pengunjung boleh pilih untuk menguruskan acara sukaneka sendiri dengan menggunakan beberapa peralatan yang pihak homestay sediakan. Seronokkan. Siap ada pakej sukaneka untuk aktiviti hari keluarga di sini.

Bukan tu je. Banyak lagi fasiliti dan kemudahan lain yang ada di sini termasuk surau yang lengkap penghawa dingin, wakaf iaitu wakaf utama, wakaf terapung dan wakaf mini, dewan makan dilengkapi dapur, peralatan memasak, alatan bbq dan peti sejuk.

Untuk makanan di sini, selain masak sendiri, pengunjung juga boleh menempah makanan dari pihak homestay. Pakej harga makanan yang disediakan mengikut jumlah bilangan orang. Pengunjung boleh mula deal dengan pengurusan homestay 5-6 hari sebelum check in ke sini.

Selain dari tu, kat sini pun turut ada set karoke, projector dan PA sistem dengan kadar sewa tertentu yang ditetapkan. Boleh dikatakan kemudahan dan perkhidmatan di sini lengkap sangatlah. Mudah untuk menguruskan program hari keluarga atau event di sini.

Apa lagi. Sesiapa yang ingin merancang family day tu, bolehlah masukkan homestay kolam renang kawasan kampung ni dalam list percutian nanti. Rasai keseronokan bercuti dalam kawasan kampung yang sangat nyaman dan indah sebegini!

Nama: D’Taj Sg Lui Homestay

Alamat: Lot 30113, Batu 25, Jalan Sg Lui, Hulu Langat Selangor, 43100 Cheras

No phone: 016- 363 6447

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100