Homestay Kolam Renang Kawasan Perkampungan Yang Sejuk Di Kuala Pilah

0 39,426

Bayangkan kalau dapat berendam dalam kolam renang sambil menikmati pemandangan gunung ganang dan pokok menghijau di sekeliling kita. Tenang dan nyaman je rasanya kan. Bagi yang mencari tempat sesuai untuk mengadakan hari keluarga, homestay kolam renang kawasan perkampungan di Kuala Pilah ni boleh menjadi destinasi anda!

 

Yang ni bukan di Janda Baik atau Hulu Langat yang biasa kita dengar sebagai port percutian terbaik dalam kawasan kampung. Tapi jangan tak tahu, di Kuala Pilah Negeri Sembilan ni pun memiliki ciri-ciri perkampungannya yang tersendiri. Di sini mempunyai banyak kawasan hutan dan pemandangan gunung-ganang yang bila dipandang, terasa ketenangannya.

 

 

Homestay ni dinamakan D’Fahmy Eco Garden yang mempunyai tarikannya tersendiri. Terletak dalam kawasan kampung yang privacy dan tenang, di sini terdapat banyak pokok-pokok tinggi menjulang yang menjanjikan pemandangan yang indah.

 

Yang menariknya, di persekitarannya juga terdapat pokok buah-buahan kampung seperti durian, langsat, manggis dan macam-macam lagi. Kalau tiba musim buah, tetamu homestay dapatlah merasa buah-buahan yang ada di sini.

 

 

Ada kolam renang style moden dan style kampung!

Homestay kolam renang kawasan perkampungan ni terletak di Kampung Ulu Pilah, Kuala Pilah. Dalam keluasan 1 ekar, di sini terdapat 2 buah rumah dan 2 buah kolam renang besar yang tersedia untuk pengunjung.

Menariknya, 1 kolam renang di sini dibina ‘moden style’ dan 1 lagi ialah ‘natural style’. Yang dimaksudkan dengan moden style ialah kolam renang yang biasa kita lihat di bandar. Dan satu lagi kolam renang style kampung yang dibina secara natural di tepian pepohon dan kaki bukit. Berkumpul di sini untuk aktiviti hari keluarga amat menyeronokkan.

 

 

Baru-baru ni ada lagi 1 unit rumah dinamakan Garden Suite yang dibina di kawasan ni. Memang lain ‘vibe’nya berbanding 2 unit homestay lagi. Pemandangannya pun cantik dengan adanya garden view dan kolam ikan depan mata.

Bagi 2 buah rumah asal yang tersedia tadi, ianya dinamakan Rumah Utama Dan Pool House.

Rumah Utama

Rumah ni merupakan banglo 2 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 20 orang. Tingkat atas ada 3 buah bilik dan tingkat bawah juga mempunyai 3 buah bilik. Boleh dikatakan serba lengkap dengan kemudahan seperti di rumah sendiri kerana adanya ruang tamu, fully furnished kitchen, ruang makan, surau, penghawa dingin dan macam-macam lagi.

 

 

 

 

Klik sini untuk lihat chalet rumah kampung kolam renang luas depan rumah je di Tanjung Karang, Selangor.

 

 

 

 

 

Pool House

Bagi rumah ni pula, ianya lebih kepada studio style. Ada 2 unit dan setiap satu unit boleh memuatkan sehingga 4 pax. Di dalamnya terdapat 1 katil queen, sofabed, tv, Astro, penghawa dingin, mini fridge dan kettle.

 

 

Untuk gabungan kedua-dua rumah ini boleh memuatkan sehingga 28 orang dengan harga RM2000/malam.‍‍‍‍‍‍‍‍

Garden Suite

Penginapan ni baru je dibuka bulan Ogos 2020. Seni binanya amat cantik dibina di kawasan penuh pemandangan pokok-pokok menghijau di sekeliling. Siap ada balkoni yang luas dan mini kitchen. Di dalam suite ni ada 2 katil queen dan 2 sofa bed yang boleh memuatkan 8 orang, dan harganya ialah RM650/malam.

 

 

 

 

Jika tetamu menempah ketiga-tiga unit penginapan ni iaitu Rumah Utama, Pool House dan Garden Suite, harganya ialah RM2500/malam.

Bila dah buat hari keluarga tu, selalunya paling kurang 3 hari 2 malam barulah seronok untuk menghabiskan masa bersama keluarga kan. Jadi, sekiranya tetamu mengambil kesemua unit rumah di sini untuk 2 malam, harganya RM4000.

Kira berpatutan untuk 2 malam bagi bilangan tetamu lebih 30 orang untuk tempat yang sangat menarik seperti ni kan. Dan kalau ada extra orang lagi, pengunjung boleh deal dengan pemilik homestay untuk penambahan bilangan pax.

Selain dari tu, dengan konsep suasana kampung dan garden, di sini turut ada 1 kolam ikan yang ada pelbagai jenis ikan. Buat masa ni, kolam ikan ni masih belum dibuka untuk aktiviti memancing. Tetapi, pengunjung masih boleh bagi anak-anak merasai pengalaman bagi ikan makan di sini.

 

 

 

Sumber air bukit dan mata air yang sejuk

Yang paling bestnya, sumber air homestay ni datangnya dari air bukit dan mata air. Sudah pasti airnya sejuk dan amat menyergarkan. Yang tak biasa dengan tempat tinggal di kampung tu, dapatlah merasai pengalaman mandi air bukit yang sejuk dan segar di sini!

Selain menikmati suasana kampung yang tenang di sini, pengunjung juga berpeluang untuk melawat ke beberapa tempat tarikan dan kemudahan yang berhampiran dengan kawasan homestay. Antaranya ialah:

▶️ Ladang Alam Warisan (7.3km) untuk horse sports dan archery sports

▶️ Bukit Sikai, Bukit Senaling, Gunung Angsi (dalam 300-800m) untuk aktiviti hiking

▶️ Paintball Jungle Park YKSNS (14km)

▶️ Seri Menanti (Istana Lama, Istana Tasik, Masjid Diraja Tuanku Munawwir, dll) dalam 8km

▶️ Tempat makan viral (Kedai Cendol Durian Gula Enau, Zaini Salai House, D’Sawah Breakfast)

▶️ Mall – Giant (17.4km) dan Econsave (16km)

Nama: D’Fahmy Eco Garden

Alamat: 7359 A, Jalan Kampung Kelubi, Kampung Ulu Pilah, Kuala Pilah Negeri Sembilan

No phone: 019-252 1331 / 011-3792 8072

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/